FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, December 31, 2012

My SeLaNGoR SToRY KaTaNYa!!!

Entri terakhir kot untuk tahun 2012.  Dalam masa tak sampai dalam tempoh 24 jam, 3 entri aku pos! Terpaksa kagum dengan diri sendiri sekejap! 

Apapun, semalam dapat jemputan untuk join My Selangor Story 2013.  Wahhh, terkejut gitu!! Senyum tapi tak pasti betul ke ni?  Tiba-tiba dapat jemputan dan nak kena submit entry sebelum detik doblas malam tahun baru... Denggggg.... sempat ke nak buat nih?!  Naaaa sekarang aku tengah taip ikut suka hati sambil berangan Cuti-Cuti Malaysia aku tahun depan.  Nampaknya akan lebih banyak di Selangor jika aku terpilih!  Hoyeahhhhh....  

Katanya kena tulis kenapa aku harus terpilih jadi top 20 diorang??  Senyum sendiri sambil jari ketuk-ketuk meja ~ fikir macam mana nak buat ni.  Sumpah kalau nak tulis ayat buku, entri-entri macam tu dalam KaKi JaLaN memang tak wujud.  Semua santai dan tulis ikut suka, ala-ala bersembang dengan yang membaca kekdahnya.

Memang aku suka berjalan.  Suka masuk segala ceruk tempat dan cari apa yang aku dengar dan baca.  Suka juga singgah atau sanggup juga berpatah balik semata-mata untuk tengok apa yang aku nampak sepanjang perjalanan.  Suka mencuba sesuatu yang baru.  Cari tempat makan best???  Weeeee... siapa yang tak suka ye dak???  Paling penting, bila buat sesuatu tu, gambar wajib ambil, buat nota ringkas dan kemudian kongsi dalam KaKi JaLaN.  Dengan tabiat aku ni, kadang-kadang orang ingat aku ni wartawan! Hahahaa... overest sangat.  Kalau ada event?? Oklah aku mengaku bahawa aku memang sama taraf sibuk macam wakil media!! Perasan habis tu..

Aktiviti lasak, masuk hutan dan ber'camping' salah satu aktiviti yang aku suka bila ada kesempatan.  Aku juga hantu air... Ajaklah mandi laut dan main air kat sungai, memang tak keluar-keluar dari air sampailah lapar atau dah nak balik.  Aktiviti lasak lain juga bukan asing, tapi ada beberapa aktiviti lasak di Selangor di dalam pembacaan aku, sangat menarik dan belum aku cuba.  Yer, aku teringin sangat nak buat paragliding kat Jugra, rafting di Kuala Kubu, main air kat Puchong dan aku yakin ada banyak lagi yang ada kat Selangor yang aku tak tahu.  Yakin semuanya best!!

Beralih dari sukan lasak, aktiviti masuk kampung juga aktiviti yang menjadi kesukaan.  Ia  mengingatkan aku pada zaman budak-budak dahulu. Aku suka suasana kampung. Homestay kampung salah satu hasrat yang terpendam kerana kampung sendiri sudah menjadi rumah batu.  Mungkinkah aktiviti masuk kampung turut menjadi agenda di My Selangor Story 2013?? Ye, aku  nak pergi!!!

Sejujurnya, Selangor bukanlah tempat asing kerana aku pernah menetap di sana selama beberapa tahun.  Walaubagaimanapun, aku tahu masih banyak lokasi dan aktiviti-aktiviti menarik yang ada di Selangor menunggu untuk diterokai dan dicuba.  Tak sabar untuk bersama-sama di dalam My Selangor Story 2013.  Di detik-detik akhir ini, aku berdoa supaya aku antara yang bertuah terpilih supaya pengalaman di Selangor ini dapat aku dikongsikan di KaKi JaLaN.  Aku rasa inilah peluang yang terbaik juga untuk aku mengenali Selangor dengan lebih dekat.  Pilihlah aku kalau rasa cara yang aku tulis ni lagi dekat dengan  korang :D


Jom main lalang di Bukit Broga, Semenyih!
Amacam? Berani?  Ekekeke...  Menjengah di Paya Indah Wetlands, Dengkil.



2012 : MaSa uNTuK UcaPaN SeLaMaT TiNGGaL (PaRT 2)

Part 1, klik kat sini.

JuLai 2012 :


Dalam tahun 2012, kasut lari pada kebanyakkan masanya bukan lagi di kaki.  Gantung!  Memang gila-gila gantung kasut.  Few events registered, but during the event mesti jatuh masa sibuk dan tak boleh nak cuti atau jauh dari lokasi pekerjaan aku sekarang.  Dem i'm so tensi weiiii....

Seingat aku lah, tahun 2012 ni, dua event sahaja yang aku dapat masuk iaitu Ipoh Run dan yang keduanya seminggu selepas itu di Port Dickson International Triathlon yang mana event yang ini memang merupakan event kegemaran yang ditunggu oleh aku dan kengkawan sebab pada masa inilah dapat jumpa dengan ramai kengkawan.  Masa lain susah nak berkumpul ramai-ramai macam ni.  Aku tak jumpa entri pasal event ni untuk 2012 ni, hahahaha... i guess this is another entry yang aku tak sempat buat :(

PD iNTeRNaTiONaL TRiaTHLoN : yeayyyy


With the mates...  Partner tetap dengan Den Ombak... Woiii bersara lar... Aku dah bersara! Hahahaha... Pigi dahhh... Penipu je ko nih Mas!!..  Among all, hanya aku dengan Den je yang tak reti-reti nak upgrade buat solo.  Kita sama-sama meriahkan event dengan support kengkawan je sudah ya Den.  Hahahaha.


Satu lagi trip bersama Travelholics... yang terakhir bagi tahun2012 katanya...   Masa trip inilah kak Anash di'up'kan menjadi #tansreecoco kerana antara kami semua, beliau sahaja yang mempunyai bicboi... nyampasss! Hahahahahaha....

OGoS 2012 :

Bulan Ogos sibuk bertawaf satu negeri dan salah satu tempat yang aku paling suka ialah dekat satu kilang ladang kelapa sawit.  Pertama kali masuk dalam kawasan ladang dan kilang rasa macam masuk tempat pelancongan dan masa ni lah tiba-tiba rasa macam nak kawen dengan anak tokey ladang boleh? Hahahahaha.... Drama!

SePTeMBeR 2012 :

CuRi MaSa Di CaMeRoN HiGHLaNDs MaRDi, TiMe TuNNEL etc


Seingat aku, yang naik ke Cameron masa ni untuk pergi mesyuarat kot?!  Hurm ada dua kali naik atas, tapi tak ingat minggu-minggu bila.  Biasalah kalau dah kerja luar, haruslah sambil selam minum air yer dak?????  Rasanya masa Ogos pun ada naik.

Misi HiDDeN GeM di #negaraEeypoh ie THe MYSTeRiOuS TaSiK CeRMiN, JuGa kE KeK LooK ToNG, PeRaK ToNG daN GuNuNG LaNG, Gua TeMPuRuNG, KeLLieS CaSTLe daN KaPaL KoReK TaNJuNG TuaLaNG

Orang kata tulisan aku masa tulis siri Misi Hidden Gems di #negaraEeypoh ini agak drama.  Masa ini aku baru bebas sikit dari sibuk pejabat dan hanya berhujung minggu di #negaraEeypoh.  Mula-mula sekali ajak Byya datang, kemudian datang pula John (sekarang dah Henry Fox pulak?!) sebab tak tahan provokasi hidden gems misteri dan disusuli oleh Maszuber hahhahahhaa.....  Yeahhh aku suka sangat siri misi Hidden Gems ini kerana berjaya juga ke beberapa buah tempat dan tak mungkin aku nak menjejak ke sana sorang-sorang.  Terima kasih semua :D

SaMBuTaN HaRi LaHiR YaNG PaLiNG SaDis

Tahun ni bukan setakat cuti raya yang paling pendek, tapi sebenarnya aku lah orang yang paling akhir mula bercuti dan antara yang paling awal kembali ke pejabat.  Semuanya kerana ada acara pejabat yang bakal diadakan ~ rentetan dari kerja tawaf satu negeri aku pada bulan lepas.

Minggu kerja sampai malam dan berhujung minggu di pejabat.  Masa hari 'gembira' aku tu dah mula demam tapi kerja dan  selepas event, aku demam dan disusul hilang suara selama beberapa minggu.  Ko hade takde suara yang bukan main lama cam aku?

Yang mengubat hati bila tak semena-mena ada panggilan yang tak terjangka dari kenalan lama..  Hoyeahhh terima kasih. That's really makes my day finally!


SeMaRaNG KoTa LaMa daN KaRiMuNJaWa beRCuTi BeRSaMa RaNcANGaN TeLeViSYeN  INDoNesia (wow gitew kan?!)


Weeeeeeeeeeeeeeee......  percutian yang penuh drama.  Almaklumla cuti tengah waktu sibuk...  Apapun pergi cuti ni memang best dan Karimunjawa best!!!  Hehehhehee bertabahla tunggu entri ni habis :D

OKToBeR 2012 :

KaYuHaN HiJaU Di LuMuT kaTaNYa

Balik dari Semarang, masuk je pejabat terus kena tarik untuk uruskan Program Kayuhan Hijau di Lumut.  Selain sebab tak sihat, sebab aku hilang lama inilah dianya.  Ada permintaan buat lagi tahun depan?  Pitamlah saya kalau main terkejut-terkejut lagi nih..

SuNSeT Di CHaNGKaT LaDa

Berhenti tepi jalan dekat sawah semata-mata nak tunggu matahari melabuh tirai.  Masa kat sinilah hati rasa betul-betul tenang dan melepas nafas lega.  Semoga berlalulah kesibukkan yang bukan-bukan selepas ini.


NoVeMBeR 2012 :

Hey ADa PoRT BaRu NaK KeNa CaRi LuBOK TiMaH jom!!!


Yerr tak tipu ada tempat macam ni dah tak jauh dari bandar Ipoh a.k.a #negaraEeypoh.  Rasa macam tak sangka je..  Cita-cita nak menjenguk tempat ni akhirnya terlaksana juga bersama Maszuber dan DanArif.  Weeeeeeee~  Hurmmm batuk2... Ya, entri tempat ni belum tulis jugak!

BerCaMPiNG Di BuKiT CaHaYa SeRi ALaM DeNGaN OMBaK OLD BuDDieS

Mas, bila nak turun?  Mas nanti roger-roger.. Dan sekali tu memang aku nekad untuk turun sana dan peruntuk satu hujung minggu khas untuk kengkawan di Ombak.  "Mud, rindu bau hutan"  "Bau hutan ke tanah?" "Har har har.... Hantu ko!"  I missed my days with them..  Training macam nak rak bila event nak dekat dan kejebakkan aku dengan diorang memang hebat.   

KaYuHaN PeRTaMa GoMBaK ke GeNTiNG SeMPaH


Kan dah kata kalau dengan bebudak Ombak ni, boleh terjebak macam-macam.. Setelah sekian lama tak beraktiviti berat, tiba-tiba aku ikut kayuh dari Gombak ke Genting Sempah.  Gila macam nak mati sebab dah la baru kali pertama tapi kayuh naik bukit! Setan sungguh! Apapun aku suka sangat masa pergi nih sebab jumpa kawan-kawan baru, kayuh rileks2 merentas kesegaran pagi tengah hutan, yezzaaaaaaa.... NAK BUAT LAGI ok!  Terima kasih Ann, Mud, Ani, Abang Omm dan Abang Din dan semuanya larrr.... Dudu, Auntie Latifa, lagi hurmmmm heehehe tak ingat nama! Hahahaa

MeNJeNGaH LeNGGoNG TaPaK WaRiSaN ARKeOLoGi DuNia


Atas urusan pekerjaan, satu hari suntuk aku di Lenggong.  Sempat juga ke Tapak Perkelahan Ulu Lawin (dah tulis) dan satu lagi tempat yang memang aku teringin sangat nak pergi Muzium Arkeologi Lenggong (yang ni tak tulis lagi entrinya).  Balik dari trip ni, ada satu cita-cita baru dan terasa ingin lagi ke tanah Lenggong.  Ada tak sesiapa berminat untuk menjenguk tapak-tapak warisan di gua-gua di Lenggong?  Jomsss!!!

DiSeMBeR 2012 :

WaTeR RaFTiNG Di GoPeNG best okeysssss


Masa kawan offer jadi urusetia, tengok tarikh memang tak kena sebab akan berada di lokasi yang berlainan.  Tapi sebab nak juga main rafting, "N, korang punya rafting hari pertama ke kedua?  Pukul berapa?" Dan akhirnya aku pun menyelitkan diri dan awal-awal bagi sign memang datang nak main saja sebab terus nak cabut ke KL selepas tu.. Hurmmmm percaya tak percaya, entah macam mana aku boleh terus bermalam kat sana dan esoknya jam 5 pagi aku keluar dari Sungai Itek tu dan terus shoot ke KL.  Gigih sangat aku nih! Hahahaha...  (entri Gopeng ni belum tulis lagi)

HaRi KeLuaRGa di LiNGGi, MeLaKa

Gigih memandu dari Ipoh ke Melaka dengan masa perjalanan selama 7 jam seorang diri demi keluarga! Cewah!  Ini sebahagian dari keluarga di sebelah ibu dengan beberapa famili yang tak dapat hadir termasuk famili adik aku dan Nadia sebab baru beberapa hari dapat baby, dan famili2 dari Ipoh sebab sibuk nak urus kenduri kawen pada 22 Disember.  Kalau semua sekali datang, memang habis semua chalet kami booking! Hehehehe....  

KeSiMPuLaN daN HaRaPaN

Alhamdulillah, habis juga entri summary 2012 nih..  Bila dah buat macam ni, baru nak sedar diri betapa banyaknya entri yang aku tak tulis lagi.  Setiap bulan berlalu tanpa sunyi dan kehidupan yang agak pack hampir nak setaraf Perdana Menteri kot!  Baru juga sedar, kenapa selama bertahun aku duduk di #negaraEeypoh ni tak pernah kena bayar bil letrik! hahahaha...  Dah tak lekat kat rumah, memang la bil rendah sampai tak payah bayar!  HEhehehe Alhamdulillah rezeki.

Sedar tak sedar dah dua tahun lebih aku duduk di #negaraEeypoh ni.  Banyak juga tempat yang dah pergi, tapi ada juga tempat yang tak sempat nak terjah masuk lagi.  Masih lagi hutang nak ke Muzium Gopeng dan Taman Herba.  Bilalah #tansreecoco nak mai negara Eeypoh ni???

Untuk 2013, kemungkinan besar aku akan berhijrah dari negara Eeypoh.  Doakan kejayaan aku di tempat baru.  Tahun 2013 telah diisi dengan beberapa perancangan perjalanan ke beberapa tempat (semua ke timur katanya).  Semoga perjalanan kali ini dipermudahkan dan tak ada lagi drama-drama dari lokasi pekerjaan.  Niat tahun 2013, aku nak pakai balik kasut lari dan mungkin juga tambah kasut? Hehehee...  Andai kata betul pindah ke tempat baru ni, aku niat sesekali pergi keroje naik basikal gitew... :D

Selamat menyambut tahun baru untuk semua kengkawan dan semua yang sudi singgah ke KaKi JaLaN.  Sila vote aku jadi duta pelancongan Perak yerrr... Hahahahahaha.... eh kansel larrr sebab Tahun Melawat Perak habis hari ni.... Haaaaa undi aku untuk duta pelancongan Terengganu sebab tahun depan Tahun Melawat Terengganu katanya :D

Selamat tinggal 2012. Selamat datang 2013.

Sunday, December 30, 2012

2012 : MaSa uNTuK UcaPaN SeLaMaT TiNGGaL (PaRT 1)

Dah akhir tahun. Betul-betul di penghujung dah ni, cepat sungguh masa berlalu sebab tika dan saat ini masih terasa macam di awal tahun.. Huuu macam pemabuk mabuk je kejap akhir tahun kejap awal tahun yerrr.. Sudah tentu terasa awal tahun, hei 2013 dah depan mata ok!!

Jom flash back sebelum we say bye-bye 2012 dan ucap selamat tahun baru 2013.

JaNuaRi 2012 : MeNJeNGaH uTaRa TaNaH aiR

BeR'CRuiSe' di PeNaNG dan TRiP ke TaiPiNG



Percutian sambutan tahun baru ala-ala  anak jutawan di atas Cruise to Nowhere bersama Abang Leman, enchek Harun, cik Aloyah dan Datin RaFe'ah.  Ini trip pertama yang membuka tirai 2012.  Yup, kira-kiranya inilah kali pertama aku dan Janggel berholiday bersama #tansreecoco dari Coco Nutz dan JoHN dari KaKi BeRaNGaN.

Tak cukup dengan percutian atas kapal, kami sambung berjalan-jalan di pekan Taiping dan  #negaraEeypoh.

DaRi BeToNG 'terlajak' ke PeNaNG : MeRaSa KeTaM BeRTeLuR BaKaR


Sumpah macam mana boleh sampai Penang walaupun sebenarnya  berjalan di Pengkalan Hulu dan Betong..  Trip bersama kengkawan di Ombak, buat gila nak menyeberang melajak jauh demi ketam bertelur bakar.  Gigih sungguh tapi hasilnya Yummeh!!!!


FeBuaRi 2012 : MaCaM-MaCaM AGeNDa BeRGeMBiRa


Masa Hari Wilayah, aktiviti yang paling best ialah naik bas Hop On Hop Off (HoHo) sebab harga istimewa dan jalan raya di #PekanKolumpo agak lengang.  Masa Hari Wilayah inilah, pertama kali bersua muka bersama Maszuber pemunya blog Journey Of My Life.  Sebab yang bersama-sama pada hari tu semuanya bermula dengan huruf M maka aktiviti pada hari itu dinamakan sebagai Trio M Menjelajah Kolumpo.. ehehehe (Hang Dhamin (Min), masMZ dan Maszuber).

Dalam trip kali ini juga pertama kali dapat merasa aiskrim Lebanese yang tonggengkan terbalik tetap setia dalam kon!  Yeayyyy aku suka!!!


TRaVeLHoLiCs ke UNiVeRSaL STuDiO SiNGaPuRa dan TeMPaT BaNYaK KaLeR


This is unforgetable!!!  First ever TravelholicsAwesome bertogether-together cuti dan hampir semua ahli telah hadir tanpa gagal.  Yezza i had so much fun there in USS dan pengalaman menapak ke BetelBox bak budak pengakap pulang petang.  Hahahahaa...

Selang beberapa minggu kemudian, kami berkumpul lagi demi birthday Sammy boy dan makan kek pelangi sedap di rumah Ely (This Is Our LalaLand - gilo lama bersarang dah! akuikui).  YiPpie...  Masa inilah kami semua pertama kali bertentang enam empat mata dengan pemilik fatt  Backpacker Busuk... yawwwwwww busuk kersss???? ekekeke. 

THe RoYaL BeLuM DRuM FeSTiVaL di #negaraEeypoh 



Tahun Melawat Perak 2012 katanya.  Nasib baik sempat juga aku menyinggah ke Festival Drum ni walaupun hanya untuk raptai.  Penuh pengharapan bagi aku Tahun Melawat Perak ini membolehkan aku jatuh hati dengan #negaraEeypoh.

MaC 2012 : 

Ke BoTa TeNGoK TuNTuNG

Pusat Pemeliharaan Tuntung di Bota milik Jabatan Perhilitan ni memang tak akan aku singgah kalau saja-saja. Bukan tak hendak tapi waktu buka untuk pelawat adalah terhad.  Tak terkejar kalau hendak ke sini semata-samata.  Namun atas urusan kerja, Pusat yang dirasmikan betul-betul pada tarikh dan tahun aku dilahirkan ini memang menarik. (aik cam dah tulis entri terus pulak!).  Tak ada lagi entri pasal tempat ni dalam KaKi JaLaN..  Nantilah diusahakan.

JoTHY, JeHaN DaN JoHNNy MeNGeMBaRa Di BuMi KaRi 


Jehan, Jothy n Johnny (Janggel, MasMZ, John) Mengembara Di Bumi Kari, Mac 2012.  Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan dan yang paling best sekali bagi tahun 2012.  Ada 11 entri aku abadikan untuk perjalanan lebih kurang 8 hari mengembara bersama Janggel dan John.  Ada banyak kisah, bersusah-senang bersama.  We laugh, we nearly cry #drama but in the end the journey was so AMAZING and we do experienced of INCREDIBLE INDIA.


APRiL 2012 : MaCaM-MaCaM AGeNDa BeRGeMBiRa




Misi Suci TravelholicsAwesome ke Sekinchan hanyasa untuk melawat Sucisonia Maryam dan emaknya Ely..  Errrr aku tipu... bukan hanyasa ok... tapi agenda lain sebab semua tak sabar nak berposing sakan tengah bendang.. Yup, berlari-larian kami di tengah bendang yang tidak diketahui pemilik tanahnya.  Tak cukup berlari-lari, kami ke Taman Alam, Bukit Melawati (entri tak keluar2) dan makan malam di Aroma Ikan Bakar (pun entri tak keluar2).

JeLaJaH TaiPiNG daN KuaLa KaNGSaR


Heyyyy jom Taiping makan satay Pak Ein!!! Hehehehe....  Sekali lagi bersama-sama dengan kengkawan dari TravelholisAwesome menerjah ke Taiping untuk ke Taman Tasik Taiping, tempat pembuatan arang di Kuala Sepetang dan misi utama untuk merasa satay Pak Ein di Simpang.  


Tak cukup dengan Taiping, kami singgah ke Kuala Kangsar untuk ke Masjid Ubudiah dan merasa laksa sedap di Pokok Limau (macam tak tulis juga entri Kuala Kangsor nih?!)


Mei 2012 : PeRJaLaNaN DaLaM KeReTa YaNG JaUH



Huahuahuaaaa..... Jangan tanya!!! Hahahahahaa... Memang entri pasal ni tak pernah keluar!  Trip overland bersama Janggel, John dan Kak Anash (belum taraf #tansreecoco lagi masa ni).  Tataw la bila boleh keluar... Ekekekekekek....  Trip penuh dogaan dan drama.  Pertama kali naik kereta bukan main lamanya...

MeNoNToN TeaTeR uPiN IPiN Di iSTaNa BuDaYa beRSaMa JaNGGeL


Rasanya inilah satu-satunya pementasan teater yang sempat aku tonton tahun nih. Sob. Sob....

HiMPuNaN JuTaaN BeLia 2012




JuN 2012 : BuLaN SiBuK DaN TaK TeNTu HaLa

MisTeRi LaDaNG TeH Di GoPeNG jeng jeng jeng


Jenjalan cari pasal di Gopeng menemukan aku dengan sebuah ladang teh yang pada aku sangat menarik dan wajar sekali menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak / Ipoh / Gopeng.


Seminggu lepas melawat di Gaharu Teh Valley ni, negara di landa episod jerebu dan Perak merupakan salah satu negeri yang mencatat IPU yang tinggi.  Terpaksa tutup buku dan rancangan nak pergi jalan-jalan memandangkan cuti telah dibekukan serta merta... Hai larrrrr #pasrah.  Tapi sempat juga lari sampai ke Johor Bharu makan kacang phool? Ehehehehe... (ni pun takde entry)

Julai - DiSeMbEr DalaM PaRT II


Wednesday, December 26, 2012

SeMaRaNG PaRT 1 : MeNJeJaK PaSaR SeMaWis DaN BaNDaR LaMa SeMaRaNG

HaLoOOOoOOoOOoOoo (wow banyaknya OOOOoOoOOOOO).  Jom pi SEMARANG!!

Pergi?  Ajak tapi dah balik?  Motif sangat nak pergi lagi kan??? Tapi aku rela je, jom! jom! :D

Semarang yang disebut sebagai bandar kelima terbesar di Indonesia menggamit-gamit aku datang setelah teracun dengan gambar-gambar di Karimunjawa.  Tanpa segan dan silu serta berfikir panjang aku pun membeli tiket dari Air Asia.  Dan seperti kebiasaannya, setiap perjalanan mesti ada drama termasuklah ketika nak membeli tiket nih, permohonan cuti, dan masa nak pergi nih siap kejap demam, kejap ok tapi yang pastinya aku pergi ke Semarang tanpa suara ok (pasrah je la).

Perjalanan ke Semarang daripada LCCT mengambil masa 2 jam sahaja.  Kami tiba di Lapangan Terbang Ahmad Yani Semarang di anjung senja.  Terpaku melihat pemandangan matahari terbenam dari tingkap kapal terbang.  Sayang badan terasa panas, maka pemandangan hanya sempat diabadikan di sanubari sahaja (ayat jiwang pulak!).

Selesai urusan di imigresen, kami mengambil teksi airport untuk ke hotel.  Dengan harga Rp35,000, kami menuju ke Hotel Olympic Semarang.  Tak perlu nak susah-susah tawar atau susah hati sebab harga ni memang sangat murah.  Perjalanan ke hotel mengambil masa 20 minit (lebih kurang) dan perjalanan kami agak lapang.  Bandar Semarang tidak menunjukkan sebarang tanda 'machet' dan tenang sahaja perjalanan kami.

Mari layan cerita dengan gambar pula...


Cuaca bagus bermaksud malam nanti ada harapan untuk kami berpusing-pusing di Bandar Semarang.

Kami berehat di hotel kira-kira sejam setengah sebelum keluar untuk mencari makan dan jalan-jalan.  Supirnya kami minta dari hotel sahaja  kerana setelah dicampur tolak sama dengan harga 2 buah teksi luar sedangkan dengan supir hotel kami boleh bersama dalam satu kenderaan.

Lokasi pertama yang kami tuju ialah Kampung Laut tetapi setelah melihat kedai makan ala-ala mewah, dan supir kami Pak Yanto telah mencadangkan kami untuk makan malam di Tanah Mas.... Nanti aku tulis dalam entri berasingan.



PASAR SEMAWIS, Semarang

Dah kenyang, kami minta Pak Yanto untuk membawa kami ke Pasar Semawis.  Pasar ini hanya dibuka pada malam minggu iaitu pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.  Oleh yang demikian, sekiranya punya kesempatan berada di Semarang pada malam-malam berkenaan, jangan lupa singgah kat sini.  Perjalanan dari pekan Semarang mengambil masa lebih kurang sepuluh minit menaiki kereta.

Di Pasar Semawis ni, lebih kurang tempat berlibur-libur atau bersantai.  Suasana kat sini memang meriah sebab ada beberapa port orang berkaraoke (layan juga tengok diorang nih), tempat makan dan juga pelbagai jenis barangan (lebih kurang macam pasar karat tapi barang lama tak banyak pun).

Masa jalan-jalan kat sini, sempat juga kami merasa dua jenis masakan tempatan berasaskan pisang.  Mana tak tergoda hati (walaupun masih kenyang lepas makan malam) bila dah banyak kedai yang jual pisang nih.  Lupa dah apa namanya, ishk.  Yang pasti, kedua-dua masakan ini melibatkan pisang yang dibakar.  Tengok gambar di bawah nanti.


Baju-baju seperti kemeja dan tshirt banyak dijual.  Walaubagaimanapun, tshirt Semarang tidak dapat dikesan *sebenarnya memang tak ada

Gerai makan sepanjang-panjang pasar.  Bermacam pilihan makanan tempatan boleh dicuba, yummm yummmm

Sate pun bermacam jenis.. Dipilih. Dipilih mana yang berkenan dan terkecur di mulut, hahahhaaa.



Tukang racun


BANDAR LAMA SEMARANG (SEMARANG OLD TOWN)

Dek kerana malam yang masih awal, kami menuju ke Bandar Lama Semarang. Weee seronok sebab bangunan-bangunannya klasik.  Almaklumlah bangunan-bangunan di bandar kama ini dibina pada zaman kolonial Belanda lagi.  Bestnya kalau buat shooting kat sini pakai baju kebaya, berbatik lepas sambil jalan pakai payung (hehehe).


Antara bangunan yang menarik perhatian ialah Gereja Blenduk atau disebut juga sebagai Gereja Blendug.  Gereja  ini dibina pada tahun 1753 merupakan merupakan gereja yang tertua di Jawa Tengah.



Antara bangunan lama yang dijaga


Salah satu bangunan lama yang agak terbiar di bandar lama ini.  Agak sayang kerana terletak di hadapan jalan besar dan berpotensi untuk dijadikan salah satu tarikan bandar.

Bangunan Pos Indonesia juga merupakan bangunan lama.  Warna putih tersulam oren memudahkan bangunan ini dikesan. Walaupun sudah lewat malam, masih banyak beca dan angkutan di sekitar kawasan ini.

#tiba-tiba teringat poskad yang dikirim tak sampai-sampai, leboh dah agaknya

Masjid Raya Baitulrahman yang terletak di Simpang Lima mula dibina pada tahun 1968 dan selesai pembinaannya pada 1974.

Ok.. nanti sambung lagi...  Hari pertama sebenarnya tak banyak gambar kerana masih demam dan mood pegang kamera pun tak berapa nak ado.

Monday, December 10, 2012

Big Bad Wolf Books : TaK PeRGi RuGi WoOOOooo

HaLuuUuuuu.... Salam jom pi cari buku jomsss!!!

Weeee entri ringkas untuk ingatkan sesiapa yang berkesempatan dan berada di kawasan lembah Klang, jangan lupa untuk ke jualan buku terbesar di dunia katanya.... The World Biggest Book Sale okeyssss!!! Event yang diadakan pada kali kedua ini menawarkan 3 juta buku dengan harga yang super murah (sumpah tak tipu).

Semalam balik dari Melaka (motif sangat nak bagitahu nih), gigih aku menghala kereta ke the Mines semata-mata nak pergi ke Big Bad Wolf nih.  Dalam masa 2 jam, satu kotak penuh aku tapau buku kat situ.  Gila ahhhhh macam mana aku boleh begitu gagah mengangkat kotak yang berat tu...  Dapat juga me'nuai' buku fotografi, masak memasak, sukan dan buku cerita.  Buku travel dapat sebuah je... Eeeee nyampah taw!! Dah habis ke????  Jumpa yang China, India tapi tak berapa nak menangkap hati... Haishhh.....

Sebelum terlupa, tahniah kepada penganjur kerana berjaya membuka 63 jam jualan tanpa henti (yeahhh siapa sempat hari tu, diorang buka tempat ni 24 jam dan telah berakhir pada jam 9.30 malam tadi).   Tepuk tangan!!!

Info :
Big Bad Wolf Book Sale
Lokasi : Mines Convention Centre (MIECC), Serdang
Tempat : 7 - 23 Disember 2012
Masa : 9.00 pagi sehingga 9.00 malam  





opsss ambiil gambar sementara teringat sebelum sambung pusing...