Sambungan cerita sebelum ini --> INDia PaRT 8 : TaJ MaHaL the WoRLD WONDeRS
Amboihhhh bercinta sungguh aku nak habiskan entri Mengembara Di Bumi Kari ni. Tambahan lagi dah yang nak akhir-akhir ni ya, makin banyak memori, makin sukar untuk diluahkan. Pengalaman mengembara hampir 8 hari di tempat seperti ini banyak memberi ujian dan pengajaran. Tiada yang buruk kerana akhirnya membawa kepada segala yang terkandung di bawah 'Incredible India'.
Pada pagi hari terakhir di India, kami masih berada di Agra. Awal-awal pagi kami sudah bersiap-siap dan pemandu tuk-tuk kami (dah janji siap-siap) hantar ke Stesyen Keretapi. Nak balik dah ni, tak tahu nak kata apa. Untuk meninggalkan Agra, adalah antara yang dinantikan sebab bandar Agra ni sangat kusut bagi aku. Satu-satunya tempat yang menjadi NADI Agra ialah keajaiban Taj Mahal sedang yang lainnya #pitam!
![]() |
| Tempat penginapan di Agra - Tourist Rest House (~ RM18/seorang) |
| Matahari baru nak muculkan diri dan kami dah bersedia untuk meninggalkan Agra. Gambar ni dari depan hostel. Kalau dah siang, tempat ni sebenarnya warna kelabu sahaja. |
![]() |
| Ini adalah keadaan di sekitar stesyen keretapi.... Ishkkk bila nak masuk tunjuk kabin nih??? Keadaan di luar berkabut kelabu dan kelihatan rumah-rumah bewarna bata. |
Kami meminta bantuan hotel untuk mendapatkan taxi bagi airport transfer dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak Rs 600. Selesa dan semua barang dapat dimuatkan di belakang tanpa perlu meriba-riba. Kami tiba awal di Indra Gandhi Airport. Sempatlah orang tu berbaring dan lena kejap. Ya, ruang menunggu untuk penerbangan jauh lebih selesa berbanding ruang di ketibaan. Cukup keperluan untuk 'landing ~ tidur', charging gadget, makan, toilet dan juga tempat solat (macam tak percaya jer). Kami balik ke Malaysia dengan menaiki penerbangan AA pada jam 9.20 malam dan sampai di Malaysia lebih kurang 6.15 pagi. Penerbangan selama 5 jam, bagai siri ngeri di dalam pengalaman naik kapal terbang kerana terdapat penumpang yang mengunyah sireh siap bunyi ludah (tak tahulah ludah dalam apa), budak menangis dan segala macam bau.... Memang flight penuh malam tu ~ Wooooo PITAM!!!!!!
Perbelanjaan
Jumlah perbelanjaan selama hampir 8 hari di India termasuk perbelanjaan pengangkutan (termasuk tiket penerbangan), penginapan, makan minum, tiket masuk dan shopping (tak termasuk belian sari) ~ RM2000 (maksimum).
Detail boleh tengok kat tempat John --> Perbelanjaan Di India
Secebis Pengalaman
Pengalaman Mengembara Di Bumi Kari merupakan pengembaraan yang tak dapat aku lupakan. Macam-macam pengalaman manis, masin, pahit yang aku lalui bersama dua teman aku Janggel (Jehan) dan John (Johnny John) menjadikan perjalanan kami sangat bermakna.
Incredible India sama seperti namanya. Tidak kurang dan tidak lebih. Aku melihat kemiskinan, kegigihan dan keterpaksaan serta keadaan yang sangat terdesak sehingga adakalanya aku geli dan jijik melihat segelintir mereka. Pengotor, putar alam adalah sebahagian yang disebabkan dari keadaan dan juga kebiasaan mereka. Kami ditipu secara sindiket, kami juga dipaw sebuta-tuli di awal hari di Delhi, juga aku bertemu petugas kaunter yang kurang jujur. Kalau diingatkan nanges!! Di sana penuh si pengambilkesempatan hanya jika kita tidak cukup bersedia. Dengan keadaan seperti ini, kami tetiba-tiba menjadi sedikit 'miskin'. Hilang sudah taraf 'anak jutawan' <-- walaupun hanya perasaan macam kaya je. Kejadian yang berlaku pada awal-awal perjalanan kami di India, membuatkan kami berhati-hati dan alhamdulillah pada peringkat seterusnya, perjalanan kami menjadi lebih mudah. Ya bukan semua mereka, kerana masih terdapat warga-warga yang jujur dan baik hati. Aku berterima kasih kerana bertemu dengan Bhaijan di Jaipur, tidak cukup-cukup membantu kami di sana malah mengganggap kami seperti saudara. Ya aku masih berhutang dengannya.... Kami juga dibantu oleh Alok dari hotel yang bersungguh-sungguh membantu dan memenuhi permintaan kami. Berjalan dan berlari dia ke merata tempat, "Not this one?", "Wrong, sir?", "I'll get for you sir".
![]() |
| Bergambar bersama Bhaijan dalam perjalanan ke Tiger Fort, Jaipur. |
Di India, aku menunaikan cita-cita emas untuk sampai ke salah satu 7 Keajaiban Dunia iaitu Taj Mahal. Rasa macam dalam mimpi melihat keindahan ketersergaman Taj Mahal yang gah di depan mata. AMAZING! AWESOME! dan semua perkataan yang sinonim dengannya. KAGUM.
Keadaan di India juga membuat aku lebih bersyukur kerana dilahirkan dan berada di Malaysia. Berada dalam kesesakan lalulintas yang tak masuk dek akal, ya sesak di tempat kita masih boleh diterima. Juga melihat langit yang tidak kelihatan birunya, sumber air yang amat terasa lainnya.... Ya semuanya jauh lebih baik di sini. Walaubagaimanapun, kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila sebenarnya aku berkongsi lalulintas dengan segala jenis kenderaan dan pengangkutan yang boleh bergerak di atasnya. Ya, berkongsi kereta, tuk tuk, motorsikal, basikal, beca, kereta lembu, unta dan gajah, belum lagi ditambah dengan troli yang ditarik oleh tulang empat kerat manusia di laluan paling kanan sekali. *melihat gajah yang digunakan sebagai pengangkutan di Jaipur dan bergerak atas jalanraya yang sama, sebijik macam filem!!
Panjang lagi jika nak diceritakan semula pengalaman di India. Kisah perut yang meragam, kisah kegigihan meriba kotak, berkonsert secara live di dalam tuktuk, semuanya dalam ingatan. Owhhhhh satu lagi ~ kenangan terasa sangat RETIS apabila beberapa kali ditahan untuk diambil gambar (ok, ni aku tumpang glamer John yang cam Korea? Japan? Malaysia? muahhaahaha). Aku harap semua kenangan Mengembara di Bumi Kari ini sudah aku dah tulis kat KaKi JaLaN nih... InsyaALLAH *kecuali di rumah Bhaijan! <-- ada pulak yang tertinggal! takpelah sebab Janggel ada tulis (hahhaa boleh gitew? Check balik gambar, takde pulak!)
![]() |
| Saat yang paling kelakar semasa berada di Delhi. Sumpah LAWAK!! Sesak nafas tapi kami masih mampu saling berpandang dan ketawa. Yerr BUDUS dan GIGIH dan PALING LAWAK! |
![]() |
| Walaupun ditimpa musibah, tak mungkin kami kalah kerana setiap perjalanan ada dramanya. InsyaAllah setiap dugaan ada hikmahnya. |
| Malam terakhir di New Delhi, @ Arakashan Road. Selamat tinggal dan terima kasih India. Perjalanan ke sini memang berbaloi-baloi :D |
![]() |
| Me expriencing INCREDIBLE INDIA!! YeaYYYYY!! |
![]() |
| Jehan, Jothy n Johnny (Janggel, MasMZ, John) Mengembara Di Bumi Kari, Mac 2012. |
Sebelum aku menutup siri paling panjang dalam KaKi JaLaN ni, terima kasih istimewa buat 2 orang teman yang sentiasa bersama mengharungi susah senang, pahit manis untuk merealisasikan perjalanan Menggembara Di Bumi Kari ini. Tanpa tolak ansur dan persefahaman serta otak yang sama 'weng', perjalanan kita takkan se'happenning' selama hampir 8 hari kita kat sini. Hehehhee..... Ayuhhhhhhh Menggembara lagi!!!! Buat kak Coco, yang setia mendengar drama kami sebelum dan semasa pergi ~ bertabahlah dengan karenah kami... Hehehehe.....
Kepada sesiapa yang teringin untuk merasai Incredible India, jangan matikan impian korang untuk ke sini. Walaupun kami diduga, kami gembira dan menghargai masa kami di sana. Penuh gelak ketawa walaupun masing-masing berada dalam kesihatan yang tidak memberangsangkan. Kalau orang lain, gaduh dah kot. Kami, bila tengok muka masing-masing ~ gelak! gelak! hahahaha... mengenangkan nasib diri yang serupa. India tempat yang selamat dan InsyaAllah akan dapat memberi banyak membuka mata kita tentang kehidupan. Banyakkan persediaan bagi menggelakkan si pemutar alam dan Go bebeh Go!! U gonna enjoy it so much... hehehehhe perghhh cam ayat #drama lakssss.... dan satu lagi jangan lupa jaga makan minum bila di sana demi kesejahteraan perut :D
Cerita versi Johnny / John klik sini : - Kaki Berangan
Cerita veri Jehan Misekin / Janggel : - Janggeltrekker's Life






















