FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label GoPeNG. Show all posts
Showing posts with label GoPeNG. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

GoPeNG : HeRiTaGe HouSe a.k.a MuZiuM GoPeNG (MuST Go!)*

Haluuuu... Salam Satu Malaysia. Salam Perak Aman Jaya dan Salam Jom Pi Jalan!! Ke mana? 

Gopenghegen The Ghost Town (matilaaaa aku kena marah ngan orang Gopeng! Hahahaha... memang kalau sebut dengan kengkawan Ipoh tu #negaraEeypoh, kalau Gopeng tu nak ke Gopenghegen. Kira-kira bajet cam oberC la kengkonon kannn)..

Jom jalan pergi Gopeng, Perak.  Jauh dari pekan Ipoh (Bandaraya larrr, haisss ikut suka larrr.... piap! piap!) lebih kurang 20 kilometer.  Naik bas dari stesyen bas Ipoh sampai ke stesyen bas Gopeng ni kalau tak salah RM1.20 kot.  Lepas tu boleh jalan kaki je pergi tempat ni.. Errrr... ada ke yang datang naik bas???? Tapi tip yang aku bagi ni betul tau.  Kalau datang dari highway PLUS, pekan lama ni betul-betul di antara persimpangan keluar Simpang Pulai dan Gopeng, jadi bolehla pilih memana exit yang korang nak.  Tapi senang lagi tanya cik Carmen Garmin.  Dah masuk pekan Gopeng, carilah satu-satunya roundabout dalam pekan ni.  Mana??? Haaaaaaa.... Cer cari :D

Heritage House atau juga dikenali dengan Muzium Gopeng telah dibuka semenjak April 2009 dan dimilliki oleh orang tempatan di sini.  Untuk masuk ke sini, tiada bayaran yang dikenakan cuma terdapat beberapa cenderahati dan juga tabung derma untuk pengunjung memberikan sumbangan jika mahu.  Sumbangan ini bagi membolehkan muzium ini terus dibuka dan diperkembangkan.

Antara yang dikongsikan di muzium ini adalah sejarah Gopeng iaitu bermula dari awal tahun 1850-an, sumber hasil utama iaitu getah dan bijih timah, barang-barang antik dan di suatu bahagian dan perspektif yang lain, muzium yang berkonsepkan rumah ini turut membawa kita ke 'suatu ketika dahulu'.  Kalau nak tahu, bangunan muzium ini juga sebenarnya telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.

Heritage House a.k.a Muzium Gopeng
No 6, Jalan Sungai Itek, 
Gopeng (look for Gopeng roundabout)

Pesanan khidmat masyarakat : 
muzium ni dibuka dari jam 9 pagi sehingga 3 petang sahaja. Pastikan masa perjalanan di'adjust' bebetul okaysssss.....

Moh kita terojah (masuk) dalam Heritage House.


Heritage House terletak di deretan bangunan lama yang telah dibina lebih 100 tahun yang lalu.  Ciri-ciri bangunan lama  terutama dari bingkai-bingkai tingkap, tiang-tiang di laluan pejalan kaki dan atap masih lagi dikekalkan.

Yang korang tengok ni merupakan salah satu dari bangunan muzium.  Ada satu lagi yang jaraknya hanya 50m dari bangunan ini.  Kalau pusing-pusing roundabout pekan Gopeng ni, memang akan nampak..

Owhhh, satu lagi, dalam bangunan yang ini ada kopitiam di bahagian dapur kedai.  Tak boleh nak cerita lebih-lebih sebab tengok dari pintu ke dapur sahaja.  Ramai dan penuh juga orang, best kot?  Tempat nampak selesa tapi hidang apa tu, teman idak le tahu.

Ok jom masuk.  Dah lama dah ngidam nak masuk tempat ni.  Asyik tak kena masa je.. Sampai je dah tutup, sampai je dah tutup.  Oleh yang demikian, diingatkan sekali lagi supaya rancanglah masa perjalanan ok.

Ini dari muzium yang pertama.  Dalam bahagian ini dipamerkan sejarah Gopeng dari tahun 1950-an dan di bahagian dinding yang satu lagi dipanjangkan sehingga tahun 2000.  Menurut auntie dan seorang cikgu berbangsa Cina yang tengah duduk dalam muzium ni, sejarah Gopeng ini akan diperkembangkan lagi dan ditambah dari masa ke semasa.

Sekali pandang, memula tertipu tempat yang ditampal dengan nama jalan ini adalah jalan asal Jalan Sungai Raia (eeee tepuk dahi!) sebab memang ada lorong yang rupanya hanya ke belakang rumah. Keunikkan penanda nama jalan ini, adalah dari penanda nama jalan yang asal dan diperbuat dari besi berat.  Tak percaya, boleh datang tengok dan pegang sendiri.

Antara lampu-lampu antik iaitu lampu-lampu minyak tanah... Ada satu tu yang ada gambar makwe cina, mana ntah mak  letak erk??

Sebahagian dari jam-jam dinding dan radio zaman dulu.

Set-up dapur rumah dulu-dulu.   Ni dapur orang kaya ni sebab tempat masak dah siap simen.  Kalau tidak, bukan ke masak pakai bata lepas tu baru letak kuali??? Cuba tengok kat dalam almari, mangkuk sia, mangkuk tingkat, tembikar semua ada.

Yang ini guna untuk buat kuih bulan???

Ok, satu.. dua.... tap!! Siap! Peralatan penggambaran antara yang dipamerkan bersama 800 barang antik yang lain.

Peralatan menoreh getah dan mesin getah sekerap.  Getah merupakan salah suatu sumber ekonomi utama di Gopeng suatu ketika dulu.  Kalau ada sesiapa tak pernah masuk ladang getah, sila lajak sampai ke Kampung Jahang sini, ada ladang getah dan kelapa sawit. 

Dah pindah masuk Heritage House utama, jumpa ini.  Yer, saya pernah kena dodoi dalam buaian yang sama  macam ini.

Ingat entri yang sebelum ini, ada suruh teka gambar tu gambar apa kan? Haaaa inilah dia rupanya buaian (errrr) raga dodoi budak.  Ini pertama kali tengok! 

Salah satu tangga dalam rumah.

Umah sapa nih??? Chombi mana? Hahahaha... Dah serupa nak lari rumah dah nih...

Kalau rumah siapa yang ada katil besi dulu-dulu kat rumah mesti dah biasa tengok tiang kat tepi tu.

Rumah yang kita pergi ni mesti rumah orang kaya tauke ladang getah atau lombong nih...  Ni tempat cuci muka.  Iyalah  muka kena maintain sebelum keluar dari bilik.  Hampir semua bilik tidur dalam Heritage House ini ada tempat mencuci muka.  Ada yang diletakkan bersebelah dengan katil, dan ada yang diletakkan di sebelah meja solek.

Percaya atau tidak, ini ruang rehat yang letaknya di atas loteng.

Ruang makan.  Yang tangga naik atas tu ialah tangga untuk naik ke loteng.

Bilik tidur utama.

Tempat aku rehat bersenang-senang... eh???  Hahahahahaha....  

Oklah jom kita balik ke zaman asal.  Untuk hari itu, aku dan Maszuber menghabiskan dua jam dalam dalam kedua-dua bahagian Heritage House ini.  Memang berbaloi sangat pergi dan aku syorkan Moh ler ke Perak!!  

Orrait... sekian untuk siaran kali ni...  Teman nak menyukat jalan ni.... Keroje...





Thursday, March 14, 2013

GoPeNG : PeKaN LaMa, PeKaN HaNTu??? (HaiSHHH)

HaLuuUUuuu..... Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Pi Jalan!!!!

Cuti-cuti Malaysia katanya..  Hujung minggu pun boleh pergi jalankan???

Hari ni nak kongsi sikit tempat aku dan MasZuber pergi beberapa minggu lepas.  Tempat ni memang aku dah lama nak pergi tapi sebab ada 'hantu' yang dok kacau aku suh pi sukat hiway PLUS tu jer (beli caravan, berumah di RnR? hurmmm), jadi tempat ni aku dok tangguh-tangguh nak pergi....  Mana????

Taraaaaaaaa.......


#drama sikit ehhh.... 

Satu hari tu masa Maszuber datang, aku ajak pergi pusing pekan Gopeng kat Perak...  Gopeng ni sebuah pekan lama... kalau dari #negaraEeypoh (Ipoh) ke sini, jaraknya dalam 20 km.  Lapang dan sunyi je pekannya.  Aku pernah tengok dalam tv dulu, katanya pekan ni dah jadi pekan hantu.  Hurmmmm ikut suka hati deme saja yer.  Kisahnya sebab dulu tempat ni meriah, ramai orang.  Yer lar dulu orang sibuk kaut hasil bumi kat sini, sumber pendapatan utama - BIJIH TIMAH!!!

Selepas empayar perusahaan bijih timah ni jatuh pada era 1980-an, pekan ni beransur-ansur menjadi suram....

Barisan kedai lama...  masih lagi berbumbung genting dan berpintu kayu berlipat.  Kalau pintu ni buka je, mesti aku dengan muka tak malu dah jenguk dalam.

tapi bila ada yang buka, takut pulak! [haihhhhh ko nihhhhhhh]

haip.. haipppp.... misi nak cari benda lain larr.... fokus. fokus.  *tapi tetap aku sayang nengok deretan kedai lama nih.....


Makanya, kami pun pusing dan memasuki laluan deretan kedai separa batu juga bangunan lama...  Ni kalau dulu-dulu sah beca-beca yang parking kat tepi-tepi tunggu orang.


Yerr sunyi... tapi aku kesah???? Sebabnya, pekan lama Gopeng ada lebih dari yang korang tengok ni.

Yang penting, korang pernah tengok baju kebaya pendek dari songket zaman mak-mak kita pakai dulu?????  Kalau nak cerita, baju diorang ni yakmats la keciknya, saiz budak-budak je.  Memang tak celuih (lepas/ muat) la, kalau kekita ni yang berangan nak pakai.

Korang tahu raga rotan ini apa dia??? Haaaaaa.... Cuba teka.

Yer tiba-tiba nampak sorang puteri nih dalam rumah orang kaya-kaya zaman 1970-an  *dengan pengabaian tepon besor kat tangan tu.... hehehehehe

Dan sebenarnya, ini teaser sahaja.... Hahahahahahaha larikkkkkkkkkkkkkkk....

Nanti KaKi JaLaN akan mula siri Tersembunyi Di Gopeng..... tungguuuuu......


*mood siri 7 Hari 7 Perhentian tak sampai lagi! hihihi... Soweeee




Wednesday, January 30, 2013

MiSi IPoH PaRT 5 : WoNDRouS Gua TeMPuRuNG

Assalamualaikum dan salam jom pi jalan dan (tambah lagi satu) salam moh ke Perak!!

Siri ni sambungan dari MiSi IPoH HiDDeN GeM PaRT 4: TaSiK CeRMiN the mysterious hidden lake. Dah habis dahh misi Ipoh Gem sebab yang dicita-cita telah ditemui dan Tasik Cermin itu memang awesome okayyy....


Perjalanan diteruskan ke Gua Tempurung yang terletak kira-kira 35 km dari pusat bandar Ipoh atau lebih kurang 10 km dari pekan lama Gopeng.  Jika menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan, exit yang paling hampir adalah Gopeng (Exit 135 : Persimpangan Gopeng).  Keluar dari lebuh raya, belok kiri dan pandu terus sehinggalah nampak sebesar-besar papan tanda Gua Tempurung di sebelah kiri.  Dah belok, 3 km lepas tu sampailah lokasi yang hendak dituju.

Gua Tempurung ini sebenarnya sebuah batu kapur dan ianya disebut sebagai gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia.  Panjang gua jika gigih untuk hiking sehingga ke hujung (sampai tempat mabeles keluar je boleh tengok lebuhraya PLUS <-- ok tempat ni aku dah sampai masa sekolah menengah dulu yer! ekekeke... #motif sangat nak bagitahu!) ialah 1.9 km.  Di dalam gua ni, terdapat lima domes utama  dan mempunyai formasi stalagmites dan statactites yang berbeza mengikut suhu, aras air, juga kandungan batu kapur dan marmar. 

Gua Tempurung suatu masa dulu gelap.  Hanya ada satu cara untuk masuk ke dalam gua ini dan harus menuju sehingga ke hujung gua.  Kalau datang, memang sahih akan basah dan kotor.   Walaubagaimanapun, pada tahun 1997, keadaan gua ni dah berubah dan sesiapa sahaja mampu untuk masuk, waimma dengan baju kurung sekalipun!  Sudah ada laluan/ jambatan di dalam gua dan tangga-tangga serta lampu untuk pengunjung masuk dan menikmati keindahan gua batu kapur ini tanpa bersusah-payah.

Ada empat pakej yang disediakan untuk masuk ke dalam Gua Tempurung iaitu yang paling mudah dinamakan pakej Golden Flowstone, pakej Top Of The World, pakej Top of The World and short River Adventure dan pakej yang terakhir merupakan pakej yang paling adventure ialah pakej Grand Tour yang akan memakan masa minimum 3 jam  setengah.  Waktu masuk terakhir bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut keperluan setiap pakej.  Oleh yang demikian, jadual perlulah dirujuk terlebih dahulu.  Info boleh tengok kat www.guatempurung.com.  Memandangkan pada hari tersebut kami tiba pada jam 3+ petang, kami hanya sempat untuk mengambil pakej yang pertama iaitu yang leisure sahaja.  Ralit juga kerana pakej yang dihajati tidak kesampaian. 

Bayaran masuk / pakej Golden Flowstone adalah RM6 bagi dewasa, RM2.50 bagi kanak-kanak dan RM3 untuk warga emas (kan dah kata sesiapa pun boleh masuk!).  Last entry untuk pakej ni pukul 4 petang, jadi kalau sampai selepas jam empat memang tak boleh masuk dah dalam gua ni.

Sudah, jom masuk gua jom! 

Eh?????

Ok, jom kita masuk Gua Tempurung! 

uweeeeeeeeeee.... masuk-masuk dah impress okay!  Ada ke masuk gua camni???  Ni kiranya pertama kali masuk gua yang  boleh jalan dengan lalalalalalala *senang lenang








Nahhhhh... Boleh tahan juga jauh jalan dalam gua nih... Turun naik tangga okay!


Walaupun tempat dalam Gua Tempurung ini dah cantik, dan macam dah boleh jalan pakai baju kurung, pemilihan kasut sebenarnya haruslah sesuai kerana dalam ni mungkin licin.




Yeay selesai misi Gua Tempurung...  Pergi mana pula lepas nih? Agak-agak sempat lagi tak kalau kita kejar pergi Kapal Korek????  Owhhh yerrrr..... #ehem hem hemmmmmm cam nak tampor diri sendiri bila gatai mulut cakap kat brother jual icecream ni tak paham apa aku cakap bila tetiba kali dia menjawab nanti soalan aku... Apa eh?? "Faham. Nanti dulu"??? Omaiiiiii cam nak pitam!!!! pang pang pang! Sudehhhhhh..... jom gerak. jom......


Maklumat tambahan :  Tiada tour dibuka pada hari JUMAAT

.

Sunday, June 10, 2012

iPOH : GaHaRu Tea VaLLeY GoPeNG

Soalan : Kat Ipoh ada ladang teh??????????? 

Haaa jawab! Jawab!! Jawab larrrrrrr....... Hahahahaha....

Kisah sebenar hari ini nak ke pejabat.  Aku nak pegang kunci, dia pun nak pegang kunci.  Katanya nak datang pagi.  "Baiklah.  Betul ya pagi?" "Ha, saya pun ada banyak kerja nak buat ni.  Esok pagi saya datanglah".

Jam 10 aku dah keluar meronda pi Pasar Karat (sekarang hari Sabtu dah buka kat RTC Perak yang dulunya dikenali sebagai TEMAN).  Kejap je ronda kat sini sebab aku rasa Pasar Karat (Lorkin) hari Ahad kat dalam pekan Ipoh lagi best (mungkin sebab yang kat RTC ni masih baru dan belum popular).  Telefon si pemegang kunci "Pukul doblas lebih lar saya datang, nak pi makan kedai mamak dulu." PANG!!!! 

Memandangkan aku sudah berada di Gopeng, maka aku pun merayau ler masuk segala ceruk lorong belah-belah belakang pekan Gopeng.  Sampailah ternampak papan tanda 'tea valley'.  Ternganga kejap sambil tenyeh-tenyeh biji mata.  WOW!!!!

Nasib baik senang nak cari tempat ini.  Kalau sesiapa yang pernah pergi water rafting kat Sungai Itek, tempat ini memang di laluan yang sama.  Kalau tak perasan papan tanda nak ke Gaharu Tea Valley ni boleh ikut jalan masuk myGopeng Resort sebab kita akan jumpa tempat ini dulu.


Info lanjut :
Gaharu Tea Valley Gopeng
[Gaharu Technologies Sdn. Bhd.]
Lot 9840, Mukim Teja,
Kampung Pintu Padang,
31600 Gopeng Perak.
Tel : 05-357 5999

Weeeee.... tetiba macam nervous nak masuk sebab pintu gerbangnya gah sungguh.  Ala-ala kota dan tembok besar China gitu.  Tidak ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam tempat ini.  Bangunan pentadbiran / tourist point dekat je dengan pintu gerbang.  Kat dalam ni ada tempat jualan teh, minyak wangi, kayu dan berbagai lagi cenderahati untuk dibawa pulang.  Satu lagi jangan lupa rasa teh gaharu percuma :) <- wangi

Bila masuk je terus kagum.  Cantiknya!  Ada tempat macam ni kat Ipoh?  Seriously????  Terus senyum sensorang.  Maklumlarr macam dah lama giles tak nengok pokok.... Rindu dah nak cium bau hutan.

Ini pemandangan dari salah satu puncak bukit.  Sebab baru masuk kali pertama, aku bayar RM10 naik van untuk jalan-jalan dalam ni (tour dalam 1 jam).

View lain pula.  Dalam bulatan ada pokok misteri!!!!!  Bangunan warna putih tu pula rumah burung.  Pokok-pokok gaharu yang kelihatan dalam gambar ini berusia 1.5 tahun - 3 tahun.

Pokok gaharu yang paling tua sekali dalam ladang ni.  Di tanam pada tahun 1992, dah dua puluh tahun dah nih.  Tinggi melangit, tapi daun dah tak berapa nak ada.

 'ibu' pokok gaharu bagi ladang ni.

Orang cina percaya pokok gaharu ni paling dekat dengan tuhan.  Kononnya kalau peluk dosa hilang.  Dalam cerita lain pokok ini banyak ion positif, maka bila peluk ion-ion negatif dalam badan akan keluar.  Aku peluk bukan sebab yang kat  atas ni tapi nak tunjuk yang batang pokok ni besar je... Bestnya cium bau pokok!!!!!

 Ini rupa pokok gaharu yang umurnya 3 tahun err 2?



Best jalan kat sini.  Tapi kata pemandu van, pernah ada babi hutan termasuk kat kawasan ni.  Almaklumlah belakang tu memang kawasan hutan (siap ada waterfall dengan kebun durian lagi!)

Buah dari pokok gaharu.  Biji benih dia yang warna merune.  Comel je, kalau tak tengok betul-betul tak perasan.

Pokok gaharu ada bunga!!  Nak tengok dekat tak boleh sebab tinggi.  Bunga pokok gaharu lagi comel saiznya dari buah pokok gaharu.

Siapa tak pernah tengok pisang hutan, ni larrr rupanya.  Kurus-kurus panjang.  Boleh makan tapi banyak biji.

Dalam pusing-pusing dalam ladang, jumpa satu pokok gaharu yang bergayut-gayut sarang burung tempua.  Memang ada burung dalam tu (bukti nampak sendiri).  Setahu aku burung ni suka tempat ada air dan bawah pokok ni memang ada satu kolam.  Jadi aku rasa, ni memang burung tu datang buat sendiri kat sini :D

Owhhh patah balik pada cerita pokok misteri nih....  Sebenarnya ada dua pokok besar dalam gambar ni.  Satu warna putih dan satu lagi warna seakan-akan hitam (gelap) tapi yang warna gelap dalam gambar ni terlindung sikit.  Digelarkan pokok berdua ini 'pokok peluk' berdasarkan cerita dahulu kala dari bawaan orang asli (ok ini berdasarkan cerita dari pemandu van).  Ceritanya yang putih itu perempuan mat saleh dan yang warna gelap itu adalah pemuda dari orang asli. Mereka bercinta dekat situ dan keadaan pokok itu seolah-olah yang lelaki sedang memeluk si perempuan (angkat tangan sebelah peluk kat bahu).  Haaaaa mana rupanya, kena larr datang sendiri.  Lepas tengok dari dua tiga  lokasi berlainan baru aku faham apa yang dimaksudkan dengan pokok peluk ni (lepas tu aku pula jadi pemandu pelancong kat orang lain dalam van, haahahaha)

Lepas puas tengok pokok gaharu, aku ronda-ronda lagi keluar masuk ladang kelapa sawit, ladang getah, kampung bagai.  Semua lorong pun aku masuk hari ni sebab macam gigih sangat nak cari apa lagi yang ada kat sini.

Akhir sekali aku jumpa tempat ni.  Jom boleh piknik!  Dalam kawasan ni ada banyak resort (nak buat water rafting pun best - blog tak buat-buat sampai sekarang, errrrr) dan kalau nak merasa duduk homestay rumah kampung boleh lar lajak sampai Kampung Jahang.  Air sungai dia memang best wooooooooooOOOOoOOOOOO....... Main air yuk!!!!