FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, January 28, 2013

MiSi IPoH HiDDeN GeM PaRT 4: TaSiK CeRMiN the mysterious hidden lake

Assalamualaikum dan salam domam srok srekkkkkk..... sob. sob..


Pencarian Ipoh Hidden Gem diteruskan pada pagi hari kedua.  

Seperti yang dirancangkan, terlebih dahulu kami menerjah ke Pasar Karat a.k.a Lorkin di pekan lama Ipoh.  Entri aku skip la erk sebab dah pernah tulis pasal pasar ni.  Cerr tengok kat sini entri PaSaR KaRaT LoRKiN, IPoH.

Danny dan Maszuber Whoaaaaaa setelah ditunjukkan Tasik Cermin dari buku Kinta Valley.  Hehehehehe....  Aku dengan Byya apatah lagi ekspressi bila dah tengok tempat tu masa search kat internet.  Tak banyak maklumat yang kami perolehi dapat membantu.  Tanya local pun "Tak pernah dengar", "Tak pasti" etc..  Dengan bekal tekad dan bayang-bayang, kami masuk lagi ke setiap lorong yang dijangka akan membawa kami ke situ.

Akhirnya, kami sampai di sebuah kawasan kuari.  Antara yakin dan tidak dibenarkan masuk, almaklumlah lori gaban-gaban dah tersusun kat dalam tu..  Cuma mungkin kerana kami datang pada hujung minggu merangkap cuti am, maka kuari tidak beroperasi pada hari tersebut.  Debar nak masuk tapi harus juga melajakkan diri ke depan kerana itu sajalah pilihan untuk membuat u-turn.  Driver dah risau, bolehke nak melenjan kete myVi masuk????

EEE.... masa ni debar sebab yang aku tengok memang cara nak pergi ke Tasik Cermin ni kena masuk kawasan luas (dalam youtube aku tengok kosong lagi sebab dah lama).  Bila masuk je dalam kawasan kuari dan tengok kawasan bukit tinggi keliling, "Ya Allah weiiii ni ler tempatnya!! Betul!!!"

"Macam mana nak cari?" Celah mana nak masuk kalau dalam tu ada lori, stockpile dan luas... Dinding bukit belah mana nak tuju????  Nasib baik tiba-tiba lalu pulak seorang Unkel nih dan sudi tunjukkan arah...  Lepas dia belok kat kawasan stockpile, kami tercengang-cengang lagi..  Unkel ni nak suruh pergi mana lagi... Besar kot dalam tu...  Tiba-tiba Unkel tadi patah balik mungkin sebab tengok kami belum gerak, dan tunjuk arah terowong..  Kalau cari sendiri memang SUMPAH takde siapa pun boleh jumpa!! #bolehla kot tapi ni dalam kawasan kuari, suka hati je kan nak meronda dalam ni pulak?!

Apapun, pada pendapat aku untuk masuk ke kawasan seperti ni (kuari) lebih baik kalau ada yang menunjukkan jalan.  Kawasan kuari melibatkan operasi meletupkan batuan dan juga pergerakkan lori-lori besar.  Tidak lupa juga, kawasan ini merupakan kawasan persendirian.

Nanti aku sambung tulis lagi yerr.... hahahahaha..... mesti korang nak tahu serba sedikit apa cerita tasik ni kan? kan??? will update later.... kepala dah start weng balik srok srekkkkkkkk.




Mysterious Hidden Lake - Tasik Cermin!!! Whoaaaaaaaa...... Subhanallah, cantiknya!!! Tak percaya depan mata!  Awesome! Amazing!  Soothing.........





  






bawah pelantar tu air tasik yer








Lokasinya aku simpan dulu lar yer....
tettttttt.... #sajerdramakamijertaktahutempatni kononnya kannnnn


Post a Comment