FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label CuLTuRe. Show all posts
Showing posts with label CuLTuRe. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

aKu SaMBuT MeRDeKA 2013

HaLuuu....

Salam Satu Malaysia.... Salam Jom Pi Jalan, JOM!!!!

Dah 3 9 haribulan rupanya... Macam semalam je aku habiskan malam dan pagi di kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur.  Gigih!!  Memang lain macam aku sambut Merdeka tahun ni.

Malam merdeka kalau ikut perancangan asal sebenarnya menanti dengan penuh debar nak jumpa sorang kawan ni yang katanya dari hometown nak ke Kolumpo... Dek bahana jalan raya di seluruh pelusuk negeri, maka pertemuan itu pun telah dibatalkan dan dengan cepatnya terganti dek benda lain...  Ada sorang sahabat ni, tiba-tiba ajak ikut dia dan kawan-kawan buat program #feedthehomeless.  Hurmmmm pertama kali la aku dengar pasal program ni...  Tapi sebenarnya dah lama dah ada, aku je kot yang tak sedar.  Program ini dibuat secara sukarela oleh beberapa individu dan ada dua tiga kumpulan yang aktif buat kerja-kerja ni..  

Katanya,
"Mas, jom ikut bergelendangan"
"Hah??? Hahaha biar betul?"
"Jommmm......"

Malam merdeka, mujur lrt dilanjutkan tempoh sampai jam 2 pagi.  Terus naik lrt sampai Masjid Jamek.  Muka dengan malu-malu kucing teruslah menyapa beberapa orang yang aku rasa dari kumpulan sukarela tu...  Kawan aku pula tak sampai-sampai lagi.... haisss ai shyyyy..... hahahahaha #drama

Apapun, dari aktiviti malam tu... semasa berjalan dan mengedarkan makanan kepada orang-orang gelendangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, aku rasa debar. Ya debar... sebab masuk ke tempat-tempat yang bolehlah dikira sebagai agak sepi... Tak pasti pun yang duduk bawah selimut-selimut guni, selimut-selimut kotak itu orangnya yang bagaimana...  Cuma masa itu, aku pegang pada niat dan semoga urusan dipermudahkan.  

Kalau diikutkan program  sebenar, diorang bukan setakat edarkan makanan tetapi ada juga dibuat tayangan video (pakai projektor) dan juga sesi berkongsi cerita.  Dah selesai semua, maka yang sukarela ni akan dibahagi-bahagi kumpulan untuk hantar makanan ke 'port-port' gelandangan ni..  Baru aku tahu rupanya diorang ni  (gelandangan), tidur secara berjemaah juga.  Kalau satu tempat tu ada, maka bercampurlah diorang...  Ada yang tempatan, ada yang asing, campur...

Esok paginya, aku bersama Kaki Berangan (Henry Fox - nama buat masa ni, hahaha) dan Janggeltrekker ke Dataran Merdeka pula.  Pertama kali bersesak-sesak nak tengok perbarisan Hari Merdeka secara 'live'.  Sebab aku lambat sampai (dek malam tadi pun, pukul 3 baru nak sampai rumah... huuuu zzzzz), maka aku duduk jauh dari diorang berdua yang ceritanya duduk bertentangan dengan khemah Agung... Uiiiii untungla....  Jadinya, kat sini nak kongsi beberapa keping gambar yang untuk tatapan.  Pagi merdeka, selain dengan gembira dan bersentuh hati menyanyikan lagu NegaraKu, wajah-wajah kecil yang berada disekeliling lebih menarik tumpuan lensa ku.

Terkenang, wajah yang ku lihat malam tadi.  Harapanku, agar kita semua kekal merdeka walau dalam apa jua aspek yang terlintas di minda.  

  
Dekat pukul sebelas baru nak keluar!!  

Tempat bertanggak sebelum membuat edaran.

Huwarkhhhh awalnya nak kena pi Dataran...  Biasanya celik mata, tak yah mandi pun dah leh tengok perarakan Hari Merdeka kat televisyen!!

Nak cari Henry Fox ngan Janggel memang taklah.... Mana nak ku redahkan orang yang dah ber'lapis-lapis' depan dataran tu....

Dah boring depan dataran, tukar port depan DBKL pula.. Baru puas dapat tengok dekat-dekat.

Selepas perarakan kereta berhias, ada pancaragam...

Yang hensem-hensem ini, pengawal istana

Polis trafik wanita... Wahhh ramainya...  Bangga aku! Lagi bangga, kalau aku leh cuba bawa motor besar nih :D

Saja nak 'try' 'test' tengok kasut berkilat dak


Semasa nyanyian Lagu NegaraKu... Semangat woooo nyanyi....  Dah sudah nyanyi, ada bedilan meriam pula :D

Dan, yang berikut-berikut ini, dikongsikan gambar adik-adik, anak-anak yang berada di sekitar Dataran Merdeka pagi tersebut.  Tabikkkkk.....









Tuesday, March 19, 2013

GoPeNG : HeRiTaGe HouSe a.k.a MuZiuM GoPeNG (MuST Go!)*

Haluuuu... Salam Satu Malaysia. Salam Perak Aman Jaya dan Salam Jom Pi Jalan!! Ke mana? 

Gopenghegen The Ghost Town (matilaaaa aku kena marah ngan orang Gopeng! Hahahaha... memang kalau sebut dengan kengkawan Ipoh tu #negaraEeypoh, kalau Gopeng tu nak ke Gopenghegen. Kira-kira bajet cam oberC la kengkonon kannn)..

Jom jalan pergi Gopeng, Perak.  Jauh dari pekan Ipoh (Bandaraya larrr, haisss ikut suka larrr.... piap! piap!) lebih kurang 20 kilometer.  Naik bas dari stesyen bas Ipoh sampai ke stesyen bas Gopeng ni kalau tak salah RM1.20 kot.  Lepas tu boleh jalan kaki je pergi tempat ni.. Errrr... ada ke yang datang naik bas???? Tapi tip yang aku bagi ni betul tau.  Kalau datang dari highway PLUS, pekan lama ni betul-betul di antara persimpangan keluar Simpang Pulai dan Gopeng, jadi bolehla pilih memana exit yang korang nak.  Tapi senang lagi tanya cik Carmen Garmin.  Dah masuk pekan Gopeng, carilah satu-satunya roundabout dalam pekan ni.  Mana??? Haaaaaaa.... Cer cari :D

Heritage House atau juga dikenali dengan Muzium Gopeng telah dibuka semenjak April 2009 dan dimilliki oleh orang tempatan di sini.  Untuk masuk ke sini, tiada bayaran yang dikenakan cuma terdapat beberapa cenderahati dan juga tabung derma untuk pengunjung memberikan sumbangan jika mahu.  Sumbangan ini bagi membolehkan muzium ini terus dibuka dan diperkembangkan.

Antara yang dikongsikan di muzium ini adalah sejarah Gopeng iaitu bermula dari awal tahun 1850-an, sumber hasil utama iaitu getah dan bijih timah, barang-barang antik dan di suatu bahagian dan perspektif yang lain, muzium yang berkonsepkan rumah ini turut membawa kita ke 'suatu ketika dahulu'.  Kalau nak tahu, bangunan muzium ini juga sebenarnya telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.

Heritage House a.k.a Muzium Gopeng
No 6, Jalan Sungai Itek, 
Gopeng (look for Gopeng roundabout)

Pesanan khidmat masyarakat : 
muzium ni dibuka dari jam 9 pagi sehingga 3 petang sahaja. Pastikan masa perjalanan di'adjust' bebetul okaysssss.....

Moh kita terojah (masuk) dalam Heritage House.


Heritage House terletak di deretan bangunan lama yang telah dibina lebih 100 tahun yang lalu.  Ciri-ciri bangunan lama  terutama dari bingkai-bingkai tingkap, tiang-tiang di laluan pejalan kaki dan atap masih lagi dikekalkan.

Yang korang tengok ni merupakan salah satu dari bangunan muzium.  Ada satu lagi yang jaraknya hanya 50m dari bangunan ini.  Kalau pusing-pusing roundabout pekan Gopeng ni, memang akan nampak..

Owhhh, satu lagi, dalam bangunan yang ini ada kopitiam di bahagian dapur kedai.  Tak boleh nak cerita lebih-lebih sebab tengok dari pintu ke dapur sahaja.  Ramai dan penuh juga orang, best kot?  Tempat nampak selesa tapi hidang apa tu, teman idak le tahu.

Ok jom masuk.  Dah lama dah ngidam nak masuk tempat ni.  Asyik tak kena masa je.. Sampai je dah tutup, sampai je dah tutup.  Oleh yang demikian, diingatkan sekali lagi supaya rancanglah masa perjalanan ok.

Ini dari muzium yang pertama.  Dalam bahagian ini dipamerkan sejarah Gopeng dari tahun 1950-an dan di bahagian dinding yang satu lagi dipanjangkan sehingga tahun 2000.  Menurut auntie dan seorang cikgu berbangsa Cina yang tengah duduk dalam muzium ni, sejarah Gopeng ini akan diperkembangkan lagi dan ditambah dari masa ke semasa.

Sekali pandang, memula tertipu tempat yang ditampal dengan nama jalan ini adalah jalan asal Jalan Sungai Raia (eeee tepuk dahi!) sebab memang ada lorong yang rupanya hanya ke belakang rumah. Keunikkan penanda nama jalan ini, adalah dari penanda nama jalan yang asal dan diperbuat dari besi berat.  Tak percaya, boleh datang tengok dan pegang sendiri.

Antara lampu-lampu antik iaitu lampu-lampu minyak tanah... Ada satu tu yang ada gambar makwe cina, mana ntah mak  letak erk??

Sebahagian dari jam-jam dinding dan radio zaman dulu.

Set-up dapur rumah dulu-dulu.   Ni dapur orang kaya ni sebab tempat masak dah siap simen.  Kalau tidak, bukan ke masak pakai bata lepas tu baru letak kuali??? Cuba tengok kat dalam almari, mangkuk sia, mangkuk tingkat, tembikar semua ada.

Yang ini guna untuk buat kuih bulan???

Ok, satu.. dua.... tap!! Siap! Peralatan penggambaran antara yang dipamerkan bersama 800 barang antik yang lain.

Peralatan menoreh getah dan mesin getah sekerap.  Getah merupakan salah suatu sumber ekonomi utama di Gopeng suatu ketika dulu.  Kalau ada sesiapa tak pernah masuk ladang getah, sila lajak sampai ke Kampung Jahang sini, ada ladang getah dan kelapa sawit. 

Dah pindah masuk Heritage House utama, jumpa ini.  Yer, saya pernah kena dodoi dalam buaian yang sama  macam ini.

Ingat entri yang sebelum ini, ada suruh teka gambar tu gambar apa kan? Haaaa inilah dia rupanya buaian (errrr) raga dodoi budak.  Ini pertama kali tengok! 

Salah satu tangga dalam rumah.

Umah sapa nih??? Chombi mana? Hahahaha... Dah serupa nak lari rumah dah nih...

Kalau rumah siapa yang ada katil besi dulu-dulu kat rumah mesti dah biasa tengok tiang kat tepi tu.

Rumah yang kita pergi ni mesti rumah orang kaya tauke ladang getah atau lombong nih...  Ni tempat cuci muka.  Iyalah  muka kena maintain sebelum keluar dari bilik.  Hampir semua bilik tidur dalam Heritage House ini ada tempat mencuci muka.  Ada yang diletakkan bersebelah dengan katil, dan ada yang diletakkan di sebelah meja solek.

Percaya atau tidak, ini ruang rehat yang letaknya di atas loteng.

Ruang makan.  Yang tangga naik atas tu ialah tangga untuk naik ke loteng.

Bilik tidur utama.

Tempat aku rehat bersenang-senang... eh???  Hahahahahaha....  

Oklah jom kita balik ke zaman asal.  Untuk hari itu, aku dan Maszuber menghabiskan dua jam dalam dalam kedua-dua bahagian Heritage House ini.  Memang berbaloi sangat pergi dan aku syorkan Moh ler ke Perak!!  

Orrait... sekian untuk siaran kali ni...  Teman nak menyukat jalan ni.... Keroje...





Monday, February 25, 2013

IPoH : RoYaL BeLuM WoRLD DRuMS FeSTiVaL 2.0

Salam Monday Blues. Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Pi Jalan :D 

Mula-mula sekali nak ucap terima kasih banyak-banyak buat semua kengkawan kat sini yang sudi undi blog KaKi JaLaN kat MITBCA 2013. Weeeeeeee, ai tacing taw dengan semua orang pasal support menyaport nih.... Terima kasih.....  Doa la pulak untuk ke peringkat seterusnya... #terustadahtangan

Ok.. meh kita jenguk Royal Belum World Drums Festival 2.0 (versi tahun kedua kekdahnya) yang aku dan Maszuber pergi malam tadi di Padang MBI, Ipoh.  Fiuhhhhhhh, memang cuaca tak berapa nak best satu hari suntuk di Ipoh dari pagi sampailah ke malam.  Hujan!!!  Masa kami keluar, hujan dah ala-ala sidang tapi sampai sahaja kat padang MBI tu, nahhhhhhhh..... "Hadeiii, lebat la pulak!  Jom kita layan tekak dulu lar nak?!"  Nasib baik tempat event tu betul-betul sebelah dengan gerai-gerai makan... Ngeeeee...... 

Ada orang tanya, "Mas, best ke tengok orang main drum ni?"
Sebab minat orang yang berbeza-beza, jadi jawapan aku seharusnya. "Hoyeahhh BEST OKAYSSSS"
Bak lagu Kesha tajuk dia 'Die Young' yang tengah popular sekarang nih "I hear your heart beat, to the beat of the drum.... (ok lirik lepas tu dah tak berkaitan!) #motip pulak tetibe letak lagu omputih! Errrr.....

Drum ini universal dan worldwide (apakah bezanya??).  Peranan drum atau lebih umumnya muzik di kalangan sesetengah masyarakat sangat besar dan memainkan peranan penting sama ada dalam upacara keagamaan, kebudayaan mahupun dalam kehidupan harian diorang.  Macam kat Malaysia sekarang ni, masih lagi demam Tahun Baru Cina, bergendang-gendang drum tarian naga dan singa.  Tiba masa cuti sekolah, berpalu-palu bunyi kompang mengiring pengantin (kelopak jantung, kelopak jantung bunyinya).  Belum pula kira pada hari-hari istimewa, bila nobat dimainkan di adat istiadat istana.  Kalau nak cerita memang, bersiri-siri agaknya entri ni, hehehe :)

Untuk aku, kalau dengar bunyi drum ni, memang hati tu rasa macam kena palu.  Bukan dalam cara yang tak baik, tapi dalam cara yang aku suka (tolak tepi bunyi yang palu drum bingit).  Ada seni dan sentuhan.  Oleh yang demikian, memang tak dinafikan sekiranya ada orang memperkenalkan kaum etnik, budaya masing-masing menggunakan drum (namanya berbeza mengikut alat).

Jom, nak kongsi gambar-gambar yang sempat aku bidik.  Sesambil tu cerita macam biasa deh!  Hadoiiii jauh ke main dari pentas, ramai orang dan hujan!! Huwaaaa sob. sob!

Ini persembahan yang pertama yang kitaorang tengok.  Dari Republic of Maldieves, Harubee namanya


Masa tengok persembahan ni, memang terkejut jugakla tengok yang dua orang kat depan tu menari.  Bukan ala-ala yang bhangra (camne ke ejanya?) tu atau dalam filem-filem hidustan ke tamil, tapi ada gelek seh!!! hihi..... 

Ini persembahan dari Nakhornsawan Rajabhat University dan Absolutely Thai.

Dari Tataloe Perkusi, Thailand Indonesia

Wicket Aura dari Singapura.  Mantap!!!

Persembahan drum dari barang-barang kitar semula.  Antara bahan yang digunakan oleh Tataloe Perkusi termasuklah periuk, tong sampah, zink, kuali, botol dan apa lagi eh??? Lidi kot!


Persembahan dari kumpulan tempatan dari Perak iaitu Perkusi Gatra.  Siap nyanyi lagu Wan Lebor iaitu lagu rakyat negeri Perak, hihihi....  Sangat meriah!!

Pancarsura dari Bandung, Indonesia memainkan musik etnik seperti Sunda, Bali di Indonesia yang diharmonikan dengan musik jazz

Persembahan dari ASWARA.  Yeahhhh 'beat the drum!!!!!' I'll go with you!!!!!

Persembahan dari Egyptian Nile Folklorik Musical Troupe, membawakan persembahan Tanoura.  Kalau ikutkan, persembahan ini biasanya dipersembahkan dalam Egpyt Sufi Festivals.  Kain yang penari tu pakai sebenarnya ada 2 lapis, ada satu lapis tu beratnya ada 7 hingga 8 kilogram.  Jom tengok lagi.

hebat kot yang menari ni.  rasanya kalau aku yang menari, harus pening dan pitam.  Berpusing-pusing.  Kalau korang search lagi kat internet, wahhh siap macam terbang lagi penari nih....





Gigih tunggu sehingga persembahan yang terakhir iaitu dari Republic of Azerbaijan iaitu Natiq Rhythm Group.. Wahhh simpan diorang yang terakhir!! Strategi sangat!!!  Pemain utama iaitu Natiq Shirinov baru-baru ini telah dinobatkan sebagai 'naghara greatest player'.  Katanya yang paling laju, fiuuuuuuuu #LapPeluh!  Apapun memang persembahan beliau dan kumpulannya hebat!

Gambar terakhir sebelum simpan kamera.. Hihihi..

Oklah nak balik dah... Nak cari lagu Wan Lebor.. Awat ntah, bila dah pindah kawasan jajahan ni, selalu pula dengar lagu ni.. Terpaksa nyanyi!! Hahahahaa.