FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label KuaLa SeLaNGoR. Show all posts
Showing posts with label KuaLa SeLaNGoR. Show all posts

Wednesday, April 8, 2009

TaMaN ALaM KuaLa SeLaNGoR (PaRT 3)

Entri ketiga untuk Taman Alam.. Kali nie, KaKi JaLaN nak kongsi apa yang KaKi2 JaLaN, TuKaNG2, aDik2 dan semua2 yang sudi menyinggah di blog KaKi JaLaN akan dapat tengok kat Taman Alam Kuala Selangor ni :)


Bila mendongak ke atas, what u can expect ermmm...... what else???? Monyet larrr.... tapi dalam ni semua dah lari :( Most of it silvered leaf monkey yang ala-ala pemalu gitu.
Good spot for bird wacther. Lebih banyak burung boleh dilihat kalau memanjat ke menara pandang. Di menara tersebut terdapat 'guide' burung-burung yang biasa kelihatan di kawasan ini.
Kat sini, KaKi JaLaN memang terkojut besar tiba-tiba ada biawak 'terjun' ke dalam air. Biawak memang banyak kalau anda benar minat dan betul-betul memerhati :)
Ketam warna-warni boleh dilihat sepanjang trail melintasi kawasan bakau. (Gambar zoom sebab ketamnya comel a.k.a halus sangat!)
Hi this is a Mud Skipper a.k.a Belacak yang Janggel kata comel tu! Ini versi yang kecik, ada yang besau-besau kat sini.
Sebenarnya ada satu lagi yang sangat istimewa kat sini yang tak dapat KaKi JaLaN kongsikan kat sini... Banyaknya helang terbang di langit dan tiba-tiba menjunam dan menyambar ikan dalam anak sungai kat bawah ni. Pemandangan yang sangat-sangat dan sangat menarik dan menakjubkan. KaKi JaLaN dan kengkawan rasa tak nak bergerak dari tempat ni walaupun matahari sebenarnya dah tengak atas kepala..... Kalau tak salah namanya Brown Eagle.... Memang cantik, menarik dan tertarik!!! Subhanallah.

Lain-lain binatang yang ada kat sini (yang Den tengok kat pamplet aaaa):
  • smooth otters
  • leopard cats
  • silvered leaf-monkeys (memang banyak!)
  • macaques
  • local birds (98 spesies)
  • migratory birds (57 spesies)
  • butterflies n other insects
  • replities
  • molluscs
  • mudskipper (sepanjang trail yang becak!)
  • mud lobster
  • 15 spesies of crabs (including the king crab!) <- fuh awat Den tak nampak?!!! Ghugi tui!
[Ada satu lagi entri untuk Taman Alam Kuala Selangor yang akan Den usahakan secepat mungkin *WiNK*]

Tuesday, April 7, 2009

TaMaN ALaM KuaLa SeLaNGoR (PaRT 2)

Taman Alam Kuala Selangor, kawasan tanah lembap yang terletak dengan perjalanan lebih kurang satu jam dari Putrajaya/ Kuala Lumpur memang tempat yang menarik bagi kaki-kaki, tukang-tukang, budak-budak sekolah singgah. KaKi JaLaN juga akan ke sana lagi untuk ber'trekking'.
Taman Alam Kuala Selangor merupakan kawasan yang mempunyai landskap yang unik dan berkeluasan lebih kurang 497 ekar. Kawasan yang dipenuhi dengan kawasan bakau pelbagai spesies. Dianggarkan terdapat 13 spesies bakau dan dipasangkan papan tanda yang ditandakan dengan nama dan sedikit maklumat. Ada juga yang pelik-pelik! Perkara yang kita perlu tahu mengenai bakau, ia sangat penting untuk ekosistem, mengawal hakisan, fish breeding dan wahhhh panjang lagi kalau kita nak tulis (simpan untuk entri lain!).
Untuk ber'trekking' di Taman Alam, laluannya tidaklah sesusah yang dibayangkan. Kalau ber'trekking' dengan selipar juga sudah memadai kerana trailnya elok (melainkan kalau nak lagi mencabar dan turun ke becak!). Ada 4 trail untuk dicuba iaitu:
  • Engret Trail (550m) - anggaran masa 30 minit
  • Macaque Trail (436m) - anggaran masa 25 minit
  • Eagle Trail (988m) - anggaran masa 50 minit
  • Langgur Trail (1100m) - anggaran masa 80 minit (very worth it!!!!)
Kat bawah ni, KaKi Jalan kongsi trail yang KaKi JaLaN dan teman-teman lalu.... Banyak monyetnya, tapi bila dah dekat tiba-tiba semua sembunyi kat tepi. Sepanjang laluan, kita boleh nampak macam-macam... Follow me in the next entri :) *wiNK*

Sunday, April 5, 2009

TaMaN ALaM KuaLa SeLaNGoR (KuaLa SeLaNGoR NaTuRe PaRK)

Kita sudah lama tidak berjalankan? Den kekadang konpius jugak dengan blog Den nih... Namanya Kaki Jalan... Jalan ke mana??? Isinya bermacam-macam... [biasalah tu... menulis ikut 'tema' bulan... Kalau tiba masa ke hutan, kita ke hutan. Kalau tiba masa ke pulau, kita ke pulau. Kalau tiba masa ke teater, kita ke teater. Kalau tiba masa berjiwa (sentimental)... masa bershopping, ... Eh banyak larr pulak... Almaklumlah, Den ni bak kata 'teman jiwa' banyak rumahnya... Bila jawab ada di rumah, pasti soalan seterusnya "Rumah mana?". Uiii terasa tau!!!]
Untuk entri ini Den tak nak tulis panjang pasal tempat yang KaKi JaLaN letak gambar ni. Khas buat semua KaKi-KaKi JaLaN di luar sana, KaKi 'HiKiNG', TuKANG-TuKaNG FoTO, TuKaNG-TuKaNG 'oBseRVe' (iNseCTs/ BiRDs/ RaPtoRs WaTcHeR) dan tukang-tukang yang suka bertukang (hehehe), have a feel first... Hehehe

Amacam? Ermmmm... tempat ni memang menarik. Sebenarnya kita tak perlu jadi kaki-kaki atau tukang-tukang yang Den sebut di atas untuk berada di tempat ini. Selamat datang ke TaMaN ALaM KuaLa SeLaNGoR atau KuaLa SeLaNGoR NaTuRe PaRK yang terletak di Kuala Selangor, Selangor.

* [Maklumat lanjut KaKi JaLaN akan sediakan dalam entri-entri yang akan dipecahkan selepas ini... EnJoY!!]