FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label MaNJuNG. Show all posts
Showing posts with label MaNJuNG. Show all posts

Friday, May 22, 2015

KeNaLi PeNYu, SaYaNGi PeNYU 2015

Haluuuuuu.....
Assalamualaikum....
Selamat pagi Jumaat....
Esok dah hujung minggu ~yahOooOOOOOOoooooooo #jeritdalamhatisambiljogetlambak!

Minggu ni kerja sibuk bertawaf daerah-daerah jajahan (eceh!), dan ada satu event ni memang nak sangat pergi dengan harapan kengkonon dapatlah merasa lepaskan penyu lagi...  Tapi kali ni cita-cita nak lepaskan penyu beso pula ~ gitukan cita-cita.

Jadi, pada hari Selasa yang baru ni ada jemputan daripada Malakoff Power Berhad untuk program tanggungjawab sosial korporat diorang di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang dengan Jabatan Perikanan Negeri Perak,  Ada yang tak pernah pergi tempat ni?  Haaa leh kelik balik kat sini.  

Program ni memang tiap-tiap tahun ada dan aku rasa best sangat terutama untuk orang yang macam aku ni la ~ emo hahahahaha.  Selalu 'touching' bila tengok benda-benda camni...  Cam happy la, tengok penyu kembali ke laut lepas dan doa untuk 'survival' dia. Macam penyu ni, dia diam je, baik, tak kacau orang dan kalau boleh pun tak nak orang kacau dia (eh cam aku laks!).  Kalau datang nak bertelur pun, dia datang usha-usha pantai beberapa hari tengok line clear ke tidak.  Sama tak macam tempat dia menetas dan first sampai air.  Pantai sama lagi?  Rasa pasir sesuai dak?  Bersih? Misteri macam mana penyu boleh berenang beribu-ribu batu, tapi boleh kenal lagi kat mana hidup dia bermula.  Kita?  Bila kita dah berada di puncak, kita balik tak ke tempat asal kita?  Adakah kita kacang lupakan kulit?  Jangan..  Tinggi mana pun kita sesekali pandang jualah ke bawah kerana di situlah bermulanya kita.  Tak naik ke atas kita ni, kalau tak mula dari bawah.  Hehehe tetiber citer lain pulak!  Oklah, penyu ni memang itulah kebiasaannya.  Biasanya akan kembali ke tempat asal untuk bertelur, macam mana dia ingat untuk 'capture landscape dan feel view' tu memang kuasa Allah lah.  Hebat!!

Macam mana kalau pantai tu berubah?  Tiba-tiba menjadi pantai peranginan?  Pantai penuh hotel?  atau pantai menjadi kotor bila ombak membawa sampah-sampah yang hanyut dan akhirnya tersadai sepanjang pantai?  Macam mana kalau pantai penuh minyak dari aktiviti kapal-kapal?  "Aku usha, tapi aku takkan naik dan kembali ke sini lagi!  Kotor! Sesak!!  Terganggu!!!..."  Takkan lagi ada penyu naik bertelur.  Takkan ada lagi anak-anak penyu yang akan meng'capture magnetic memory' pantai kita.  Dan akhirnya, generasi muda kita hanya akan sebut, "owhhh ye ke kat Malaysia dulu ada 4 spesies penyu dari 7 spesies di dunia?  Kagumnya!".  Tak ada lagi Penyu Belimbing,  Penyu Karah, Penyu Lipas dan Penyu Agar.  Tak ada juga yang mendengar 'penyu menangis. Hiuhiuhiu.

Oklah nak kongsi gambar masa program hari tu, enjoy ;D 

 Ada briefing dari Malakoff dan juga Jabatan Perikanan.  

Ada sesi mandikan penyu..  Haa sampai licin hilang dah lumut-lumut atas cengkerang tu.  Suka bebudak ni.

 Macam pegang baby pulak ye?!  Yeayy dah mandi dah :D

Saya seekor penyu..  Cuba tuan/ puan, adik-adik sekalian senaraikan perbezaan saya dengan kura-kura.

Meh bergosip... Ok soalan dua, ini penyu apa? (kenapa pulak tetiber ada kuiz ni?)

Ok, penyu yang nak dilepaskan ni di bawa dalam kain..Berat wooo tu la ramai kena angkat!  Lagi dewasa lagi berat.. Lagi besar saiz dia lagi panjang umur penyu ni bila dibandingkan antara spesies.  Ok soalan tiga, spesies penyu yang mana mempunyai jangka hayat yang paling panjang?

Ok, nampak tak benda pelik atas cengkerang tu?  Itulah peranti yang dipasang atas badan penyu untuk kita pantau pergerakan penyu. Maksudnya ke mana penyu ni berenang, pit stop berhenti dia ada apa kat situ,  port rumpai laut ke?, suka main-main kat mana haaaa. Macam mana kita boleh tahu?  Sebab penyu ni perlu naik ke permukaan untuk bernafas dalam masa sejam atau dua jam sekali.  Setiap kali naik, satelit kan kesan dan data akan direkodkan, macam tu.

 Ok dah ready nak lepaskan balik penyu ni.

 Good bye dear.  Have a safe journey and please come back ;D

 Huhuhuu.... mesti best dia nak berenang balik dalam laut tu.

Semoga Pantai Pasir Panjang Segari ni akan kekal dalam ingatan.  "Snap! Snap! Snap!" Betul ke sebelum jauh meninggalkan pantai, anak-anak penyu ini akan berpaling dan meng'capture' semua memori pantai supaya dia akan sampai ke sini balik??  I adore you :D



Tuesday, July 2, 2013

SeGaRi : PuSaT KoNSeRVaSi DaN PeNeRaNGaN PeNYu daN PaNTai PaSiR PaNJaNG

Haluuuuuu...... salam langit biru dan salam jom pi jalan..... 

Hehehehe... Sebulan sekali entri keluar.... bagus sangat ko punya KPI ni kan???? 
Errrrrr...tak boleh meii????

Jom kali ni nak pi Manjung...  Cadangnya nak jumpa kawan dan makan tengah hari.. tapi.... tak tahulah macam mana tiba-tiba aku boleh kena kidnap pi Manjung nih...  Lepas makan, aku pun tengok muka kawan aku tu....

"Haaa nak buat apa pasni? Balik ke?"
"Entah?!(?)"  errrr ada tanda soal pulak dia nih!!!
"Dah pernah sampai Segari?"
"Errr... belum..."
"Nak pergi?" amboiiii ke main soalan aku ni dah macam chekgu sekolah, cam garang yakmats bunyinya
"Ikut je..."
Yeayyyyy kikikiki...... *sambil dalam hati melompat-lompat

Segari ni terletak dalam 16km dari bandar Manjung.  Tidaklah jauh sangat nak pergi pun.  Kalau dari Manjung tu, ikut arah ke Taiping/ Pantai Remis / Segari, nanti mesti jumpa papan tanda ke Pusat Konservasi ni... Kome ikut jer la.... 

Aku pertama kali pergi tempat ni dulu masa kecik-kecik ber'camping' dengan ayah dan juga geng-geng dialah...  Kira-kira ada kenangan manis la kat sini dan seingat aku, memori yang tersimpan dalam kepala aku ni memang tempat ni memey cunggggg aaaaaa, hehehehee.

Jommmmmm.......

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Segari

Dah pernah tengok penyu secara life?  Heheheh rupanya ada yang buat pengakuan ini kali pertama tengok penyu hidup depan mata.. Hahahahaa...  Amacam???


Woooo okay kita dah sampai ke tempat yang dituju....  Nak pi mana dulu? Jalan tepi pantai ke "Hi pada Squirt?!" dulu?  Hehehehe.... Jom la kita masuk kat dalam tempat ni dulu..  nanti tutup la pula kann....

Info....
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu ini telah dirasmikan pada April 2011.  
Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang, dan ditutup rehat pada 12.30 - 2.00 petang pada hari biasa, 12.00-2.30 pada hari Jumaat.
 

Dalam pusat ini ada satu bangunan yang ada penerangan-penarangan mengenai Pusat ini dan juga mengenai konservasi penyu.  Kalau datang jangan lupa masuk dan baca....  Ada banyak info yang menarik dalam ni...

Ikon penyu.... Ni ke?  Mana yang hidupnya???  Katanya konservasi???

Dan yang paling eksaited ialah Kim... "Woooo sabaq Kim sabaq!"

Boleh ke dia kata aku tipu ini penyu?????  Haisssss.... aku tinggaikan kang!

Taraaaaaa..... kan aku dah kata ada penyu kat sini.... Ada Green Sea Turtle dan satu lagi Olive Ridley Turtle... Nama melayu nya aku pun tak pasti... Tanya Kim? Leman dijawabnya!  Hampeh!


Umur penyu yang paling dewasa yang ada kat sini ialah 11 tahun... Menurut penerangan pekerja di sini, penyu yang dilepaskan di laut sebelum ini adalah pada usia ini (11 tahun dan ke atas).. Soalan kuiz... "Berapakah anggaran jangka hayat penyu?" hehehehehe sila masuk pusat penerangan tadi ye!!!

Dah layan penyu dewasa, kami berpindah ke kawasan pusat nurseri baby penyu.... Haaaaa.... spesel dak??????  Errrr.... hok ni bukan baby... ni kanak-kanak nihhh....  Kolam lain plissss...

Taraaaaa....... inilah Squirt, baby penyu yang berlakon dalam cerita Finding Nemo tu.... Ishk yang mana satu kah nih????

Wahhhhh..... Kimmmmmmmmmm.... leh tengok guardian dia bagi makan larrr....  Penyu-penyu kat sini makan kobis dan timun rupanya.

Yummmmm.... Yummmmmm.... adehhhh ketepi la sikittttt...

Haaa.. ni dia aksi nak mencapai makanan....  Penyu-penyu kat sini sangatlah 'friendly' dan sangatlah pandai untuk memberi pose...  Agaknya sebab dah biasa jumpa tetamu :)

Lepas kolam dewasa, kembali ke kolam baby penyu...  makan ikan pulak!  Katanya lebih lembut dan senang telan..... *eceh pandai pulak aku nih :D


"Bye Sweetieeeee..... Jumpa lagi!!!!!"  Haippp Kim! overst sungguh kamu ni!!!

Sebelum balik, jangan tidak untuk menjenguk juga di kawasan penetasan penyu... Tempat ni tak boleh masuk.. Jadi tengok dari luar je sudah....  

Ok jom g pantai pulak!!!!
Weeeeeee..... Jommmmm....

Pantai Pasir Panjang, Segari

WooOOooOoOOOoo..... ini pestaim jejak pasir pantai kata Kim..  Leh mandi laut? Boleh??? 

Sepetang di Pantai Pasir Panjang di Segari.. Tempat ini memang jauh lagi bersih berbanding dengan Teluk Batik.  Lautnya lebih memanggil-manggil dan pantainya bersih.

Nak mandi??? Hehehehe... Hok tu kena fikir dulu..  Kat Pantai Pasir Panjang Segari ini, walaupun pantainya panjang dan bersih, tapi kat sini memang tak ada orang mandi.  Ombaknya lebih besar dan tinggi, belum lagi disebut dalamnya yang tiba-tiba..

Maka, tengok sahajalah sambil kaki menguis-nguis pasir dan kadangkala geram juga berlari mengejar ombak...

Dan sebenarnya tempat ini hanya untuk penjiwa-jiwa damai dan juga si kaki pancing.  Kebetulan semasa aku kat sini, harinya masih panas...  Tidak ramai yang sudah tiba dan memulakan 'operasi'. 



Di arah yang bertentangan laluan ke Pusat Konservasi terdapat rimbunan pokok...

Petang hari bukan sahaja cantik dan berlalu dengan baik.  Rindu laut dan sudi rasanya aku duduk berjam-jam kat situ.  Kalau bukan sebab 'ter'pergi, mesti dah ada bekalan tikar, makanan dan sebagainya untuk duduk-duduk di sini.


Alhamdulillah.... Terima kasih tuhan atas kesempatan yang aku perolehi hari ini.

Last but no least..... it's me and Squirt!!! 
Kim mana??? hahahahaha tataw tataw.... lalalalalalalalalaa..... Peace Yo!!!! 

Catatan :
Semua gambar dari Samsung Note 2.. Dan saya sangat gembira!!