FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label SaRaWaK. Show all posts
Showing posts with label SaRaWaK. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

PaKaN : KeNa KeJuT uNTuk NGaJaT

Shhhhh.....  Sebenarnya aku nak bagitahu rahsia (ecehhhhhh rahsia sangatlah kan????)

Aku pernah kena kejut dekat pukul empat pagi semata-mata untuk ngajat!

"Ngajat tu apa?"
"Tu naaa yang menari keliling pokok"
"Nak kena buat jugak ke?"
"Tengok je tak boleh?"
"Hahahahaha.."

Dengan baju tidur, sempat pakai baju sejuk je terus kena tarik ke ruai rumah (serambi)... Omaiiiiiiii..... #pitam!

Cerita lanjut leh baca kat GaWai : NaK KeNa NGaJaT JuGaK Ke??  dan siri-siri Me iN HaLF KaMPuNG n HaLF JuNGLe GiRL.

Sila pitam tengok aku ngajat pakai stokin tidur!

Nahhhhh wanita pahlawan taw!  Siap pakai parang lagi!!!!

Wednesday, July 29, 2009

CLiMbiNG SaNTuBONG : ADuYaiiiii kaLaH!!!

Berkawan dengan orang-orang 'gila' memang selalu menerbitkan kerja-kerja 'gila'. Dari mengambil cuti seminggu dan memberi alasan "Bos, anggaplah saya .....", kemudian 4 hari di rumah panjai, balik semula ke Kuching dengan perjalanan yang panjang, esok paginya terus menuju ke Santubong!! Owhhh..... entah apa juga bermain di kepala aku nih!

Santubong, aku datang... macam tak percaya. Ermmm... dua kali tak percaya. Yang pertama sebab betul pulak akhirnya ke Santubong dan yang kedua berjaya juga sampai ke atas sebab kali ni, teruk - pancit! Post-mortem sendiri, sarapan apa eh aritu???, rehat tak cukup (sampai Kuching dah malam), obstacles pun waduh dah dekat 90 darjah, motivation leh down - apasal larrr dan mungkin juga sebab tak cukup preparation. Teruk! Ann cakap, tengok muka Mas dah tak macam muka orang dah! Cess....


Di awal pagi nie, aku dengan kengkawan semua berkobar-kobar nak mendaki Gunung Santubong. Masa ni semua ada rupa orang lagi.

Jangan tidak-tidak daftar nama dan kena pastikan turun ke bawah sebelum jam 6 petang. Entrance fee RM1. Cerita Luvis nak masuk tandas kena bayar RM2, mahalnya!
Antara jenis laluan mendaki. Aku rasa kawan aku yang sorang je yang senang hati panjat tangga dari kayu berlian ni sebab kaki dia panjang!!!

Salah satu tempat rehat, tapi tak boleh nak rehat. Iko je yang sempat tengok-tengok sekeliling. Cepat weh, tak leh rehat. Kita rehat kat atas! Makkkkkkkkk!!!!!


Memang cantik pemandangan kat Santubong nih. Baru naik separuh jalan pun dah memang 'wow'. "Boleh tak tinggal kat sini jer? Korang naik aaa sampai atas, nanti aku follow!"

Dah dekat nak sampai puncak gunung, leh pulak nampak plat ni. Ada satu ukiran cam rupa orang kat batu yang ditampal plat ni. Tak terdaya nak mengambil gambar masa berhenti lihat kat sini. Owh.... recharge.. recharge!!

Pemandangan dari puncak gunung. Takut pulak nak ke depan lagi, walau niat dalam hati nak tengok semua kawasan. Cantiknya pemandangan, tapi panas terik masa nih, membakar!
Simpang yang memisahkan untuk melihat orkid atau tempat rehat. [Orkidku.... ermm...]Soothing.
Nak kena turun bawah pun mencabar jugak! Nasib baik sudah tiga suku perjalanan baru hujan turun dengan mencurah-curah(padanlah panas terik semacam jer!). Kalau hujan masa di puncak??? Alamat memang menangis lah kat atas tu, macam mana nak turun kalau trek licin??? Berlari dalam hutan, sorry kengkawan, kalo turun berlari kira gudbye larrr korang.. Hahahaha.
Muka-muka pendaki yang dah ready nak turun balik. Sebelum tu siap bersihkan kawasan lagi. [bebelan : Bukan ke kat puncak gunung ni sepatutnya bebas dari sampah? Siapa bawa apa saja, air botol ke and what so ever, kenalah bawa bekas tu turun balik. Macam mana tempat cantik tapi bertaburan plastik makanan? Nie kerja pendaki yang sangatlah tak bertanggungjawab. Eeeyyy diorang nih!].

Masa ni, muka aku dah jadi orang dah....

Whooooo tengah recover nih.... Jangan kacau!!!!!!!!!!!!!!!!!! [nape tak bawak air lebih?? nak turun tak de air?? ermm...]

[I'M ALIVE!!! Dehidrated dan hujan lebat, ermm..... I'M ALIVE!!!]

Monday, July 20, 2009

HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe : KeNGKawaN

Perjalanan ke rumah panjang mungkin tidak akan semeriah dan segembira yang aku rasa tanpa teman-teman seperjalanan yang sekepala dan sporting giles..... Terima kasih banyak buat semua..... Lepas ni kita berjalan lagi ya?!!!!!!!!
(ehemmmmm Santubong, here we come! Ekekeke)
EDisi MasUk KaMPuNG 2 : RuMaH PaNJaNG 2009
Ini Luvis a.k.a Abang Long aku a.k.a Long yang bermaksud panjang. Long dapat nama masa masuk hutan mencari pantu. Long lebih banyak senyum kalau tak bercakap, tapi bila dah mula bukak mulut..... ermmmmmm siaplarrr kena layan dia bercakap. Long sebenarnya suka bercerita dan macam-macam cerita yang Long ada. "Long tengah tunggu siapa nih?"
Ni Mahmud a.k.a Baning a.k.a kura-kura dengan anak muridnya Iko (adik Ann). Mud, ilmu yang baik-baik jer tau!!!!! Har har har..... Mud, dapat nama Baning masa di Kuching lain sebab minat sangat dengan kura-kura kat rumah Ann di Samarahan. Mud, paling excited nak cuba dan nak buat macam-macam kecuali dekat dengan amau (kucing), sembelih ayam dan ermmmm...... pegang ikan mentah! Mud, paling banyak cakap dan paling banyak gelak. Amboi Mud, kat sini jaga skrip aaaaaa... Hahahaha.....
Wan a.k.a Dom a.k.a (Dom ni sebenarnya panggilan kepada anak lelaki yang disayangi). Orang yang terakhir dapat nama Iban (well, sebenarnya sekali ngan aku larrr sebab Auntie ngan Uncle penat cari nama untuk kami berdua... Mud jangan jeles, susah bagi nama sebab kitaorang baik kat sana :p). Wan, yang aku tahu sangat ringan tulang dan macho habes (akhirnya ayam itu berjaya jugak disembelih). "Basuh kain sendiri Wan???" Ekekeke
Jay a.k.a TeKuyung a.k.a 'siput sedut', most famous (ermmm famous???, famous tu aku larr!!!!), salah. Salah.... Jay a.k.a TeKuyung a.k.a 'siput sedut', most favoured by tuan-tuan rumah kat sini sebab Jay sorang jer yang nyirup iaitu minum tuak. Jay sebenarnya penyelamat kami kat rumah panjang :) (lagi sekali ermmmm..... tapi sebenarnya Jay selalu hilang sebab selalu kena 'kidnap' ngan tuan-tuan rumah kat sini). This is the special friend of mine, Ann. Gadis Iban terakhir (alamak, kononnya larrrr! Ekekeke). Terima kasih banyak sebab jemput ke rumah panjang. Best sangat-sangat kat rumah panjang. He'eh lepas ni kita ada wedding ceremony pulak eh kat sana???? (ahai.... * Larikkkkkkkkkkkk)
Orang-orang bando yang masuk kampung, gini lerr ghupe nyerrr.... Ni gambar malam tahun baru (Gawai).... Jay sebelum palau, Luvis sebelum pening, Mud, Wan dan aku sebelum 'mabuk' air oren (mabuk air gas - kejap coke, kejap fanta grape, kejap oren.... ahaiiiiiii). Pengalaman yang tak boleh dilupakan, what an experience i had here :) Thank You for all. Best!!!

HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe : PLaCe THaT i STaYED n NGaBaNG

Teringin nak naik kat loteng... Mak Ann cakap, dia pun tak pernah naik atas. Ada setengah rumah je yang ada tangga naek atas... Ni dari umah siapa pun aku tak ingat, yang pasti diajak naik, apalagi.... ngeh ngeh ngeh larrrr lagi pun dah lama tak buat perangai panjat-panjat bumbung nih......
Dari atas. Bukan semua dilantai elok. Kena berhati-hati berjalan kat atas loteng nie. Nasib baik juga aritu tak tersalah pijak, kalau tak mahu juga terpatah riuk terjatuh ke bawah...
Raga-raga yang dianyam disimpan kat loteng. Elok jer bersusun gantung.

Ni raga-raga yang diletak atas lantai loteng. Agak-agaknya, masa menganyam ni bermusim kot! Sekali anyam, terus anyam banyak-banyak. Tak tertanya pulak masa kat sana. Ermmm..

Ini yang mesti semua orang tertanya-tanya, termasuk aku. Kat rumah panjang ada tengkorak manusia tak??? Jawapannya ada, tapi tidaklah macam orang zaman dulu-dulu bersusun-susun lagipun itu zaman dulu-dulu yang dulu-dulu. Yang ada nie pun entah berapa puluh tahun umurnya???

Nak cerita rumah panjang yang aku duduk tu tinggi atau tak, cuba tengok tempayan yang kat bawah tangga ni... Tinggal kecik je kan! Sebenarnya hajat di hati nak merasa turun guna tangga ni, tapi macam 'scary' giles... Diorang pun tak kasik turun guna tangga nie, ermm... Tinggi rumah ni ada dekat 5 meter kot! Kalau mandi, kat atas ni jagalah sabun dan barang-barang jangan kasik jatuh. Siapa pulak lar nak turun pergi ambil??? Hehe... tak kuasa :)

Takar-takar ni sebenarnya tempat simpan air dan beras. Entah kenapalah aku selalu fikir ada abu mayat dalam nie??? Itu memang ajaran sesat. Now i knew... [dulu kecik-kecik mandi air tempayan :), kat sini rupanya mandi tadah air tempayan jugak! Hihi]
Rumah panjang yang beratapkan kayu berlian. Fuh, kalau kita larr kan.... atau aku larr kan (cewahhhhh), tu memang dah kira cam orang kaya dah tu.... Ahaiiiiiiii.... Aku suka gambar ni, cam klasik.... Pemandangan dari beranda kat belakang dapur. Dalam gambar nampak sket palang sidai kain... Ada sket cam citer cina dulu-dulu....

Beranda kat depan, ada seorang datuk tengah menung. Mana datang anjing tu pun tak tahu larrr. Agaknya tuan dia datang ngabang kat rumah panjang nih. Gambar ni amek dari tangga sebelah... Heeee tak berani dok kat tangga ni lama-lama sebab cik anjing tu dah usha [ni kes fobia anjing sebenarnya!]. Lepak kat beranda ni tengok orang lalu lalang dan amek angin luar memang best, sementelah pulak masa ni time kering, memang panas...

Pemandangan dari jauh rumah panjang Apai Ann. Rumahnya bukan setakat memanjang, tetapi melebar juga ke belakang. Kira-kira cam sama besar dari rumah teres kita kat Semenanjung ni larrr... Puas juga dok dalam rumah sebab luas dan besar.

Rumah panjang kedua yang aku ngabang bersama famili Ann dan kengkawan. Rumah ni dah dibina dengan batu dan dah jadi rumah bawah. Kurang sket feel berbanding rumah panjang Apai Ann. Konsep kat dalam rumah ni tetap sama, pintu banyak tapi terus masuk ke ruai (jadi tak kisah larr nak masuk ikut pintu mana pun).

Rumah panjang yang ketiga, Apai Ann bawa kami ngabang. Lokasi masih di Pakan, Sarawak. Rumah ni diadakan Gawai Antu, iaitu satu acara yang diadakan dalam sepuluh tahun sekali. Gawai Antu diadakan sebagai satu upacara rasmi, untuk memisahkan hubungan roh saudara-mara yang telah mati dengan orang yang masih hidup. Gawai Antu diadakan pada hari kami pulang ke Kuching. Alahai, ruginya rasa tak dapat tengok upacara yang jarang-jarang diadakan ini.

Ni rumah panjang yang kami pergi di Sibu. Ngabang cousin Ann, Ambi. Rumah nie dah
moden, disambung rumah batu, dilengkapi bekalan elektrik dan ada tandas macam tandas moden. Kalau duduk sini, tak merasalah macam duduk kampung seperti di rumah panjang Apai Ann di Pakan. Rumah panjang ni biasa menerima pelancong dari luar.

Friday, July 17, 2009

HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe GiRL : ME

Tertangguh lama blog HaLF KaMPuNG HaLF JuNGLe GiRL (HKHJ). Banyak yang aku nak tulis, tapi banyak perkara lain yang menuntut aku. Kesibukkan kerja, kekacauan jiwa seterusnya membawa kepada kesihatan yang tidak begitu mengizinkan untuk aku lama di sini.

Blog HKHJ sebenarnya satu catatan perjalanan istimewa aku. Untuk ke rumah panjang bukan satu pengalaman dan perjalanan yang aku bayangkan, apatah lagi untuk bermimpi. Beberapa tahun aku di Sabah, tidak pernah kaki menjejak ke rumah panjang. Di sebuah daerah pedalaman di Sarawak ketika kerja memanggil tidak juga rumah panjang itu aku masuk. Cukup sekadar di luar. Tidak pernah sama sekali terniat untuk pergi apatah lagi untuk merasai kehidupan di rumah panjang.

Aku budak kampung. Aku menghabiskan lebih banyak masa bersama Opah. Benar rumah Opah bukan rumah kampung, tapi kami tinggal di pekan kecil. Walaubagaimanapun, kehidupan dapur kayu, ke kebun, mengopek kelapa, mengukur kelapa, menangkap ayam sudah biasa. Aku juga sering bermalam di kampung sejarah tepi sungai. Kampung adik beradik Opah, justeru ramai saudara-saudara di sana. Lokasi bermalam biasanya di rumah Opah Cu yang letaknya hanya beberapa meter dari sungai sejarah. Ermmm... Kehidupan kampung yang aku hilang kerana berlalunya waktu. Aku rindukan kehidupan tenang kampung :(

Pertama kali melangkah masuk ke rumah panjang, melalui ruai menuju ke pintu ruang tamu rumah langsung menuju terus ke dapur rumah. Tuan rumah dan saudara-mara ramai berkumpul, suasana meriah dengan gelak ketawa. Duduk dan memandang sekeliling, rasa seperti di alam mimpi. Terasa seperti kembali kepada zaman kanak-kanakku.

Rumah kayu. Tangga tinggi. Lantai jarang. Terbayang masa lalu. Nostalgia. Nostalgia teramat. Seperti dejavu. Terasa mahu menangis kerana keceramukkan perasaan yang indah, segar, mengujakan dan diselam selang dengan perasaan tidak percaya. Bukan setakat rumah, tapi hampir semua di sini pada masa ini. Rumah, barang-barang rumah, hiruk dan kemesraan dalam rumah, semuanya! Aduh, macam mana boleh aku gambarkan?

Rumah di kampung sejarah sudah lama berubah. Sudah ada rumah bawah, sudah di lantai simen, tangganya juga sudah rendah semenjak rumah diangkat pindah ke lokasi lain. Lantai jarang sudah tiada kerana rumah sudah ada tandas. Dahulunya cuma ada kolah air dan di dinding zink sedikit. Dan dahulunya takut mahu turun ke bawah untuk membuang air kecil (takut biawak dsb), buang air dari atas di lantai jarang yang terletak dekat dengan dapur (sebab kat situ ada sinki). Kalau mandi dan mahu membuang air besar, kami ke sungai. Timbul 'pelampung-pelampung' dari kain kemban, kelakar! Membuang air besar di tandas gantung atas sungai. Ikan-ikan lampam di bawah akan merebut hasil. Takut mencangkung di atas papan yang dilintangkan, bagaimana kalau jatuh ke dalam sungai? Namun begitu, melihat ikan-ikan yang banyak, jarang sekali menidakkan rasa 'jakun' dan gembira jiwa kanak-kanakku. Indah cerita zaman dahulu, tapi jangan pula ada yang tak makan ikan sungai lepas nie. Ikan pekasam tetap menjadi pujaan hatiku, dulu, kini dan selamanya. :)

Kembali ke rumah panjang, dari lantai, dinding dan bumbung semuanya dibuat dari kayu berlian. Kayu balak yang paling tinggi nilainya. Usia rumah ini sudah berpuluh tahun, namun masih lagi kukuh. Jika tidak, masakan penghuni dewasa di sini masih berani berlawan lari dalam guni di tengah ruai? Arghhhhhh, kita bercerita dari gambar sahaja. Susah hendak aku gambarkan keadaannya :)

Rumah panjang - satu cerita baru, satu cerita dari masa lampau, satu cerita mimpi dan satu cerita yang tidak dapat aku lupakan. Semuanya indah buat aku di sana.

Rumah panjang - sebahagian darinya. Pintu yang dilihat di dalam sebenarnya tidak berdinding. Masuklah dari mana-mana pintu pun kerana ia membawa ke ruai rumah.

Dari satu sudut lain.
Pandangan dari satu pintu ke pintu sebelah.

Atap dan dinding rumah dari kayu berlian. Pemandangan dari belakang rumah, beranda tempat kami mandi, menjemur baju. Percaya atau tak, memang orang dari dalam rumah boleh tengok kita mandi, membasuh dan sebagainya. Aku dan Ann tunggu hero-hero keluar turun dari rumah dan tunggu malam baru mandi. Esoknya Uncle pasangkan kain supaya tersorok sikit. Mamat-mamat bandar ni tak boleh nak percaya sangat! Ahaksss..

Ni tempat mandi. Uncle dah pasangkan kain pengadang dan letak papan baru. Mandi beratapkan langit.
Ini dapur. Ada dapur gas, ada dapur kayu. Dapur kayu nak buat pangsuh iaitu sejenis masakan Sarawak yang dimasak dalam buluh. Lantai dapur jarang-jarang.

Pemandangan dari beranda belakang. Tempat mandi dan menjemur pakaian. Dari rumah ke rumah sebelah dipapankan sedikit.


[nanti akan dimasukkan lagi gambar-gambar rumah panjang dalam entri seterusnya]

Thursday, June 25, 2009

GaWai : NaK KeNa NGaJaT JuGaK Ke??

Tak mampu untuk ngabang ke semua rumah. Kami semua lari masuk rumah apabila tiba di depan rumah. Kononnya mahu ke bilik air. Nasib baik Ann memberi alasan sambung nanti.
Di dalam rumah, kami duduk bersembang sesama sendiri, hendak tidur di luar masih lagi bising. Hampir jam 4 pagi, kami dipanggil berulang kali sehingga akhirnya dituruti di rumah. Buat-buat tidur pun tidak menjadi. Semua kena keluar ke ruai, tak dapat nak lari ke mana. Penghuni rumah panjai sudah habis ngabang, kini mereka mahu ngajat. Maka sebenarnya kami yang dipanggil ini dipanggil untuk turut serta. Aku berpatah balik untuk mengambil kamera dan sesampai di ruai, terlepas nafas lega aku kerana mereka berlima sudah menari keliling pokok (batang pisang yang dihias menjadi pokok - ala-ala pokok krismas. Beza pokok krimas digantung hadiah, pokok di tengah ruai ini digantung dengan pelbagai rezeki berupa makanan).

 
Wan lari selepas satu pusingan bila tuak disua kepada Jay (Koyong), Mud menyusul dibelakang. Tak habis lagi bila Koyong diminta untuk terus ngajat dan kemudian kami juga dijemput seorang demi seorang untuk ngajat di depan semua penghuni rumah. Aduh, malu betul rasanya. Ngajat jer lar macam mana cara sekali pun, muahahaha...  Nasib semua penghuni di sini sangat bersemangat dan memberi sokongan, terus dalam perasaan memalu siput jadi cam tak berapa nak malu. Bila lagi nak mencuba???

 

Bersemangat pakcik-pakcik nie main instrumen untuk ngajat. Jika diikutkan yang sebenar, masih ada lagi instrumen yang lain.


Ewah ewah Baning dengan penuh machonya... Tapi dah serupa macam pawang siam larr... (pstt: jangan tak tahu, kalau berpakaian macam Baning pakai ni kira macam dah sangat glamor a.k.a 'over dress' kat sini beraya pakai baju t-shirt biasa je. Paling-paling bergaya pakai kemeja macam baju batik dan jaket pua kumbu di luar)


Long, you are too tall larrr... Ekekeke... Long kena rendahkan badan sebab pokoknya rendang. Nak ketawa juga masa Long kat depan nih.

Ni pakai stokin sebab dah sedia nak tidur.... Perempuan pun nak kena jadi 'warrior' ke? Kena bawa parang?


Wan a.k.a Dom, paling kelakar sekali. Kena main dengan brother ni... Ngajat kancil??? Ekekeke, dah larr susah, rupa-rupanya kata Uncle "tiada ngajat ini". Nak pecah perut ketawa masa nie. Kasihan Dom.

Gambar Dom lagi, tapi sebenarnya nak tunjukkan pokok yang kami pusing tu digantung dengan pelbagai jenis makanan. Selepas menari mengelilingi pokok ini, kena dengan gaya mencantas mana-mana 'rezeki' yang ada kat pokok nie.

Ann paling sempoi tapi kami sebut sungguh tak patut. Boleh dia ngajat pakai baju tidur jer??? [memang kami semua dah sedia nak tidur masa kena panggil ni. Jam 4 pagi kena panggil, aiiiiii]

Here come the real man. Macam dah ditelan muzik, eh cun Uncle ni ngajat!

GaWai : NGaBaNG (VisiTiNG) DaN TuaK

Dalam bahasa melayu, ngaban bermaksud melawat. Selepas ucap selamat tahun baru, semua tuan rumah akan menghidangkan makanan di ruai di hadapan dengan pintu (rumah mereka) dan tetamu yakni penghuni lain akan datang ngabang dari rumah ke rumah sampai habis.

Adat Iban menyambut tetamu adalah dengan menyuakan tuak (air tapai). Jika tetamu di'langgar' tuak, tetamu perlulah me'nyirup' (nyirup bermaksud minum) air tuak tersebut sebagai menghormati tuan rumah. Jika tidak, bimbang tuan rumah merasa kecil hati. Walaubagaimanapun, kami dipesan kaedah untuk menolak tuak. Caranya dengan hanya menyentuh cawan tuak tersebut sahaja tanda hormat atau jika tuan rumah masih menyuakannya, maka tuak itu boleh diwakilkan kepada orang lain untuk menyirupnya. Semasa kami di sana, oleh sebab Uncle telah memberitahu kepada penghuni rumah dan kami juga ngabang bersama Uncle, maka tuan rumah menyediakan air berkarbonat dan air kotak untuk kami. Kalau tidak, bertuang-tuanglah air tuak, langkau atau bir (owhhhh tidak!). Semasa ngabang juga, air dalam cawan jangan terus dihabiskan kerana sebaik sahaja cawan kosong, tuan rumah akan menambah air dalam cawan. Bila Uncle sebut "mari", baru kami habiskan air.

Makanan yang dijamu kebanyakkan lebih kurang sama dengan kuih raya di Semenanjung, cuma lebihnya sudah tentulah kek lapis Sarawak. Kebanyakkan rumah menghidangkan kuih jala Iban (kuih karas), kuih acu (loyang), gula-gula dan kekacang. Ada juga makanan lain di sesetengah rumah seperti pulut dan lauk-lauk, tapi cukuplah makan kek lapis dan kuih jala sahaja (hihi, tak berani kami).

[Tuak ialah air tapai yang diperam selama dua minggu dan ada yang bertahun!!]

Ngaban dari hujung rumah ke hujung rumah. Untuk mengelak terlalu lama menunggu untuk ke rumah sebelah, jangan ngaban lama-lama. Paling-paling pun sepuluh minit sahaja. Semasa ngaban perlu minum kerana orang Iban menunjukkan penghargaan mereka melalui makanan. Semasa Gawai, pakaian baru tidak dititikberatkan berbanding makanan (kalau di Semenanjung, dua-dua sama naik! Baju baru, kuih muih, amboiiiiiii!)

Ngabang kat rumah yang rumah yang kedua. Masa ini semua boleh senyum lagi sebab bersemangat waja dan belum kenyang air lagi.

Alamak aiiii, kena tarik menari poco-poco wakil dari kumpulan kami. Baru nak duduk di rumah yang pertama, sudah dipanggil. Malunya masa ni!! Poco-poco pengaruh baru yang dibawa masuk dalam perayaan gawai moden. Semasa kami ngabang, ada sekumpulan lelaki poco-poco dari rumah ke rumah dan minta minum. Sengaja mereka bersuka menambah kemeriahan. *Gelas berisi air jangan lepas dari tangan. [Haiiii.... sedang aku malu kat tengah rumah ni, korang gelak-gelak jer erk! Sungguh kurang asam boii wahai kengkawan ku sekalian]