Dalam bahasa melayu, ngaban bermaksud melawat. Selepas ucap selamat tahun baru, semua tuan rumah akan menghidangkan makanan di ruai di hadapan dengan pintu (rumah mereka) dan tetamu yakni penghuni lain akan datang ngabang dari rumah ke rumah sampai habis.
Adat Iban menyambut tetamu adalah dengan menyuakan tuak (air tapai). Jika tetamu di'langgar' tuak, tetamu perlulah me'nyirup' (nyirup bermaksud minum) air tuak tersebut sebagai menghormati tuan rumah. Jika tidak, bimbang tuan rumah merasa kecil hati. Walaubagaimanapun, kami dipesan kaedah untuk menolak tuak. Caranya dengan hanya menyentuh cawan tuak tersebut sahaja tanda hormat atau jika tuan rumah masih menyuakannya, maka tuak itu boleh diwakilkan kepada orang lain untuk menyirupnya. Semasa kami di sana, oleh sebab Uncle telah memberitahu kepada penghuni rumah dan kami juga ngabang bersama Uncle, maka tuan rumah menyediakan air berkarbonat dan air kotak untuk kami. Kalau tidak, bertuang-tuanglah air tuak, langkau atau bir (owhhhh tidak!). Semasa ngabang juga, air dalam cawan jangan terus dihabiskan kerana sebaik sahaja cawan kosong, tuan rumah akan menambah air dalam cawan. Bila Uncle sebut "mari", baru kami habiskan air.
Makanan yang dijamu kebanyakkan lebih kurang sama dengan kuih raya di Semenanjung, cuma lebihnya sudah tentulah kek lapis Sarawak. Kebanyakkan rumah menghidangkan kuih jala Iban (kuih karas), kuih acu (loyang), gula-gula dan kekacang. Ada juga makanan lain di sesetengah rumah seperti pulut dan lauk-lauk, tapi cukuplah makan kek lapis dan kuih jala sahaja (hihi, tak berani kami).
[Tuak ialah air tapai yang diperam selama dua minggu dan ada yang bertahun!!]
Ngaban dari hujung rumah ke hujung rumah. Untuk mengelak terlalu lama menunggu untuk ke rumah sebelah, jangan ngaban lama-lama. Paling-paling pun sepuluh minit sahaja. Semasa ngaban perlu minum kerana orang Iban menunjukkan penghargaan mereka melalui makanan. Semasa Gawai, pakaian baru tidak dititikberatkan berbanding makanan (kalau di Semenanjung, dua-dua sama naik! Baju baru, kuih muih, amboiiiiiii!)
Ngabang kat rumah yang rumah yang kedua. Masa ini semua boleh senyum lagi sebab bersemangat waja dan belum kenyang air lagi.
Alamak aiiii, kena tarik menari poco-poco wakil dari kumpulan kami. Baru nak duduk di rumah yang pertama, sudah dipanggil. Malunya masa ni!! Poco-poco pengaruh baru yang dibawa masuk dalam perayaan gawai moden. Semasa kami ngabang, ada sekumpulan lelaki poco-poco dari rumah ke rumah dan minta minum. Sengaja mereka bersuka menambah kemeriahan. *Gelas berisi air jangan lepas dari tangan. [Haiiii.... sedang aku malu kat tengah rumah ni, korang gelak-gelak jer erk! Sungguh kurang asam boii wahai kengkawan ku sekalian]

No comments:
Post a Comment