FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, June 26, 2009

BeBeLaN Di PeTaNG JuMaaT


Aii terberhenti cerita Gawai Den arini.. Memang disahkan kalau orang lapar ni memang 'hemo' ye!!!! Hahaha [ketawa sendiri] - iya betul! Den sahkan kenyataan itu benar belaka!

Petang ni, Den ambil kesempatan untuk keluar sekejap dari pejabat sebab (1) roadtax dan insuran kete Den mampuih hari ni (arini line clear kalo nak kuar). Dan disobabkan line clear tadi, Den buleh sambil selam, sambil minum air. (2) Den nak pi cari kain nak buat lining baju (setelah sekian lama tertangguh dek kerana sudah lama tidak ke tempat membeli dan belah) dan (3) Den pun nak survei tukaran matawang kat money changer. Kira pakej larr.... Hari Jumaat, rehat panjang, jadi kalau nak tuang masa pejabat tidaklah lama.

Sebenarnya nak membebel pasal KFC Kajang kat sebelah Metro Kajang nie... Kalau tidak dikenangkan perut Den yang sudah teramat lapar ni, memang Den dah kuar dari KFC ni. Nak ke McD kena menapak lagi. [siapa yang tak pernah sampai Metro Kajang ni, dalam tu hanya ada food stall yang kecik-kecik aje!] Jadinya, pilihan lain memang tak ada melainkan KFC ni jer lar sebab Den tak kuasa nak menapak kek tongah2 panaih dan lalu kat tepi jalan yang sesak dengan kereta yang tak bergerak sebelah tu. Banyak gas rumah hijau, beracun dan Den tak mau bau asap. Den nak masuk opis balik nanti rasa tak besh pulak!

KFC Kajang dengan rasminya akan disenarai hitamkan oleh Den disobabkan:
1. Sinki tak ada air! Ishkkkk... (boleh ke kedai makanan tak de air nak basuh tangan?? Tak hygenic langsung!)
2. Air bikarbonat tak de langsung (udah ler Den ngidam nak minum air cola arini!). Ada jus oren ngan milo sahaja. Eeeeee.... dah tentu lerr tak seswai kalau nak makan dengan burger atau ayam KFC! Ingat Den ni budak2 ke?
3. Ada orang amek menu, jadi aku tak leh nak tengok menu. Eeeee.....
4. La ni Den tengah tunggu Zinger Den tak sampai-sampai lagi. Dah lama Den nunggu nih..... Mamak goreng mee lagi cepat larrrrrrrr.... (haaaaa.... sampai pun Zinger aku nih.... Lama giles... Dah naik kebuluran dah ni!) (EH!!!!!...... sabar jer larrrrr..... awat ayam dalam ni seciput jerrrrrrr????) Owhhh......

2 comments:

Ren said...

wakakakaka boleh pulak,,....

masMZ KaKiJaLaN said...

macam tak percaya je kan!!!