FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label KeNYiR. Show all posts
Showing posts with label KeNYiR. Show all posts

Monday, March 1, 2010

TaSiK KeNYiR: PaRT 2 (uLaNGaN)

Air Terjun Lasir
Pemandangan di Kenyir cantik. Den ini ‘Hantu Ayer!’, mampu termenung mengadap air berjam-jam lamanya. Kalau merendam diri, lagilah pula! Selagi tidak terbakar kulit oleh pancaran matahari, selagi itu tak nak kuar dari air!! Di Kenyir, Den mampu mengadap air tasik sahajalah. Nasib baik juga ada slot mandi di Air Terjun Lasir.... Cantik tempatnya. Ada 3 air terjun kat situ. Airnya sejuk! grrrrr [gigil. gigil.gigil]

* Gambar air terjun yang pertama tu setakat boleh tengok sahaja!!! Airnya terus jatuh dalam tasik! Siapa berani nak terjun tasik tu? Aiiii tak mau!!

** Gambar akhir : Danish dah serupa "My Precious. Precious" dari LOTR!
Memancing, Rezeki dan Jiwa
Ikan? Ermmm... tidak ada rezeki mereka agaknya.... Balik-balik lampam juga yang dinaikkan. Kemudian adalah seekor dua baung yang lekat. Yang Den naikkan? Ada larrr tapi Den sebenaunya tak minat sangat memancing nih!!! Tak jiwa walaupun cuba dijiwai berkali-kali. Takpe larrr.... korang saja yang teruskan, Den tumpang-tumpang sibuk je erk!


Den : Lebih suka melihat bintang di lantai langit dari menung menunggu ikan dari lantai tasik!

TaSiK KeNYiR: PaRT 1 (uLaNGaN)

Apa yang ada di Kenyir????

Untuk Part 1, Den kongsikan sedikit panorama di Kenyir dan rumah bot yang Den duduk selama 3 hari 2 malam. * Jangan tidak tahu, rumah bot yang Den naik ada astro dan malam siap leh karaoke lagi!
Pemandangan Di Kenyir

Keadaan dalam Rumah Bot


Nota: bila melimpasi rumah-rumah bot yang lain, rupanya ramai juga yang membawa keluarga termasuk anak kecil.

Wednesday, March 11, 2009

TaMaN NeGaRa KeNYiR, TeReNGGaNU (PaRT 4)


Makan dan Makan-Makan
Makanan terakhir yang dijamah hanya sarapan pagi tadi. Jadi pada pukul empat, memang sudah lapar bangat! Berhenti makan di Restoran Terapung Puteri (berdekatan Pasar Payang)! Nikmatnya makan. Perjalanan diteruskan dan kerana duit kutipan masih berbaki, berhenti lagi makan di Tanjung Lumpur. Sampai di Kuala Lumpur sudah hampir 3.30 pagi dan paginya terus kerja!! Uuiiii....
Ni Den nak kenalkan Kembar Den, Pid. Hehe...sama ker???
Patut pose buka spek baru betul!! Mak Yaya n Danish.

NI kebetulan kembar sebab sama kaler baju ngan Den.
The only indian guy yang join trip nih..

Ni Dhahiya a.k.a Yaya.. Keje Den kat Kenyir maen ngan dia jer...

Lagi gambar ngan Yaya & Danish (abang Yaya)... Kek depan tu Aireen...
Disertakan lagi beberapa gambar Den dan My Momments....

*kureng asam diorang amek gambar ngantuk nih!

Pagi : Ikut diorang g casting. Konon Den casting gak lar.. Sebenaunyer g posing n amek gambar jer.. ekeke

Tengah hari : Main ngan 'anak' Den. Perasan muka sama sebab Mak Yaya tu katanya macam Twin Den!!

Malam : Lepas selesai makan, Den layan jiwa. Hajat hati nak tengok bintang :)

Orrait... itu sahaja catatan KaKi JaLaN di Kenyir!!
[Paling cantik perjalanan ke Kenyir semasa berhenti melihat bintang bertaburan di langit (kebetulan kena berhenti menunggu salah sebuah kereta menukar tayar). Macam duduk dalam bola kristal kerana banyaknya bintang dari hujung langit ke hujung langit. Lokasi pemandangan : Bukit Besi]
* info Kenyir akan diusahakan kemudian.....

TaMaN NeGaRa KeNYiR, TeReNGGaNU (PaRT 2)


Air Terjun Lasir
Pemandangan di Kenyir cantik. Den ini ‘Hantu Ayer!’, mampu termenung mengadap air berjam-jam lamanya. Kalau merendam diri, lagilah pula! Selagi tidak terbakar kulit oleh pancaran matahari, selagi itu tak nak kuar dari air!! Di Kenyir, Den mampu mengadap air tasik sahajalah. Nasib baik juga ada slot mandi di Air Terjun Lasir.... Cantik tempatnya. Ada 3 air terjun kat situ. Airnya sejuk!!!

* Gambar air terjun yang pertama tu setakat boleh tengok sahaja!!! Airnya terus jatuh dalam tasik! Siapa berani nak terjun tasik tu? Aiiii tak mau!!
** Gambar akhir : Danish dah serupa "My Precious. Precious" dari LOTR!
Memancing, Rezeki dan Jiwa
Ikan? Ermmm... tidak ada rezeki mereka agaknya.... Balik-balik lampam juga yang dinaikkan. Kemudian adalah seekor dua baung yang lekat. Yang Den naikkan? Ada larrr tapi Den sebenaunya tak minat sangat memancing nih!!! Tak jiwa walaupun cuba dijiwai berkali-kali. Takpo larrr.... korang jer yang teruskan.

Tuesday, March 10, 2009

TaMaN NeGaRa KeNYiR, TeReNGGaNU (PaRT 1)

Lama aku menangguhkan hutang Kenyir. ‘Musim berjalan’ memang sengaja dibekukan buat sementara waktu. Hampir setiap minggu dalam tempoh dua bulan aku berjalan. Dari satu hutan ke satu hutan. Dari satu pekan ke satu pekan. Masa itu sebenarnya memang pulun habis-habisan untuk menghadapi minggu-minggu yang aku tak boleh cuti dan keluar bandar. Kiranya kini sudah sebulan lebih aku tidak keluar jauh melainkan di kawasan sekitar dan paling jauh sampai ke Gombak sahaja.

Ke Kenyir kerana desakan seorang rakan yang mahu aku menemaninya. Lama aku berfikir mengenangkan haiii susahnya nanti bila aku di sana. Duduk atas bot sahaja, aiya!!! Lain betul kalau masuk hutan atau berada di pantai. Korang memancing? Aku? Layan jiwa sajalah agaknya!! Lagi pula hanya rakan aku sahaja yang aku kenal baik dan dua tiga rakan lain yang aku kenal-kenal begitu saja.

Mengenangkan desakan tanpa jemu selama berbulan-bulan, aku juga tidak sampai hati untuk meletakkan dia di kumpulan yang sangat minoriti. Sudah minoriti, disangatkan pula kerana dalam satu kumpulan yang besar, wanitanya sedikit dan sesungguhnya sangat sedikit. Tidak dapat aku menahan dia lagi kerana kumpulan besar itu kenalan-kenalannya dan dia terlalu amat sangat untuk turut serta.

Apapun, perjalanan ke Kenyir pengalaman yang berbeza bagiku. Aku namakan perjalanan ini sebagai ‘Perjalanan Separuh-Separuh’. Separuh jiwa pada ketika itu mahu juga mengambil kesempatan ini untuk lari dari wilayahku. Separuh jiwa pula tidak habis-habis mengenangkan ”Matilah aku!!!!” Semuanya gara-gara menghilangkan diri dari tugasan walaupun cuti telah dibekukan termasuk cuti hujung minggu. Janjiku akan membawa semua dokumen dan bersedia di hujung telefon. Memang berat juga beg yang ku bawa kerana itu, dan tapi keadaan amat merisaukan kerana rupa-rupanya aku berada di luar kawasan perkhidmatan telekomunikasi! Cuti yang penuh risiko!!!! (Syukur, tuhan mendengar dan mempermudahkan semua urusanku).

Apa yang ada di Kenyir????

Untuk Part 1, Den kongsikan sedikit panorama di Kenyir dan rumah bot yang kami duduki selama 3 hari 2 malam. * Jangan tidak tahu, rumah bot yang dinaiki ada astro dan malamnya mereka berkaraoke!!!
Pemandangan Di Kenyir

Keadaan dalam Rumah Bot


[Nota: rupa-rupanya, bila melimpasi rumah-rumah bot yang lain, ramai juga yang membawa keluarga termasuk anak kecil. Tak pernah terbayang aku melihat keadaan begini]

Tuesday, December 30, 2008

BeaUTiFuL KeNYiR

...Suatu pagi di Tasik Kenyir...
...Percutian terakhir bagi tahun 2008...
...Tak sabar nak cerita aktiviti kat sana...