FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, March 1, 2010

TaSiK KeNYiR: PaRT 2 (uLaNGaN)

Air Terjun Lasir
Pemandangan di Kenyir cantik. Den ini ‘Hantu Ayer!’, mampu termenung mengadap air berjam-jam lamanya. Kalau merendam diri, lagilah pula! Selagi tidak terbakar kulit oleh pancaran matahari, selagi itu tak nak kuar dari air!! Di Kenyir, Den mampu mengadap air tasik sahajalah. Nasib baik juga ada slot mandi di Air Terjun Lasir.... Cantik tempatnya. Ada 3 air terjun kat situ. Airnya sejuk! grrrrr [gigil. gigil.gigil]

* Gambar air terjun yang pertama tu setakat boleh tengok sahaja!!! Airnya terus jatuh dalam tasik! Siapa berani nak terjun tasik tu? Aiiii tak mau!!

** Gambar akhir : Danish dah serupa "My Precious. Precious" dari LOTR!
Memancing, Rezeki dan Jiwa
Ikan? Ermmm... tidak ada rezeki mereka agaknya.... Balik-balik lampam juga yang dinaikkan. Kemudian adalah seekor dua baung yang lekat. Yang Den naikkan? Ada larrr tapi Den sebenaunya tak minat sangat memancing nih!!! Tak jiwa walaupun cuba dijiwai berkali-kali. Takpe larrr.... korang saja yang teruskan, Den tumpang-tumpang sibuk je erk!


Den : Lebih suka melihat bintang di lantai langit dari menung menunggu ikan dari lantai tasik!
Post a Comment