Jalan raya di Putrajaya, wallaweiiiii sosak! Sesiapa yang nak ke pasar malam pada hari Jumaat lepas memang lupakan sahaja melainkan kalau memang dah ada kat tapak pesta! Ramainya manusia gara-gara Pesta Belon Panas!
Den dapat pergi ke Pesta Belon Panas ni pada petang hari kedua. Teringin nak masuk ke dalam kawasan penerbangan belon yang sememangnya dibuka kepada photographer (dengan kupon). Wallaweiiii (buat kali keduanya!), ter'hina' diri Den ni bila makcik guard kata dengan 'kamera' saja. Den jawab, "Den ado kamera". Balas makcik guard tu, "Kamera BESAR je ye...". Waduh! Seb baik juga dengan pengalaman penyamaran yang pernah dibuat dibeberapa 'event' sebelum nie, Den berjaya juga masuk! YeaY!!!!!
Pagi hari ketiga, Den terus amek port kat tempat lain. Port dah cun, tapi lupa pulak nak cas bateri camera.. Sempat cas lepas subuh sebab malam sebelumnya terlupa! Ermmm sabar jer lar... Gambar jadik tak berapa nak cun (ermmm). Dah habis ambil gambar, kawan Den L telefon. Rupanya L, K dan S ada di Putrajaya. Makan sarapan together-together...
L : Ambil gambar dari mana? You tak boleh masukkan?
KL : Hari ni memang tak ada cita-cita nak amek gambar dekat. Den kat tepi tasik.
L : Hari nie, siapa bawak camera kompak dari kawasan tu guard suruh keluar! Kau tahu tak?!
KJ : Ermmmm tak kisah
K : Not nice larr saying sape ada kamera besar je yang boleh ambil gambar
Hari terakhir merangkap hari keempat, Den tanyo dengan Omak Den.
Den tanyo, "Ibu, Ibu nak pergi tengok belon ke? Jomlah nak bawa."
Omak Den jawab, "Malaih! Ramai orang. Tengok kat rumah je."
Den tanyo laei, "Nampak ke?"
Omak Den jawab, "Kalau nampak"
Magik betul, sebab sepanjang pesta ni berlangsung memang kawasan Den tu tak termasuk dalam laluan penerbangan tahun ni waiima tahun lepas pun! Tiba-tiba je pagi tu bila Den pandang luar, Eh! Macammana belon-belon ni boleh terbang menghala ke sini??? Ai magik!
Kat bawah ni, Den kongsikan antara gambar-gambar yang sempat diambil :)
Nak masuk dan guling-guling dalam ni? Den tak mau.... Ishkkk, oklar teringin jugak! Hahahah
Bestnya, kalau Den yang naik belon nih!
Pandangan dari bawah
Berangan-angan lagi
Ni tengah nak kembangkan belon
Yang oren ni tahun lepas dah ada. Panaih betul hari, bestnya kalau dapat air fresh orange.. Slurp. slurp.
Sambung lagi angan-angan
Sampai bila nak habis angan-angan nak naik belon panas nih?
Wowweeee
Awat muka belon ni tak senyum??
Dari satu angle yang lain laksss... yezza
Flying.... Den nengok je dari bawah....
Belon baru dalam pesta! Eh, ada orang halimunan nih!
Paraglider....
Aikkkk jangan landing atas bumbung tu!
Persembahan 'Glow In The Dark'. Cantik!
Macammana laks leh landing kat sini???
Wahhhhh, untunglah puan Ibu!!
Hahaaaa.... KaKi JaLaN melaporkan....
psst psst : Leh tak Den nak lotupkan belon-belon nih???
Bestnya, kalau Den yang naik belon nih!
Pandangan dari bawah
Berangan-angan lagi
Ni tengah nak kembangkan belon
Yang oren ni tahun lepas dah ada. Panaih betul hari, bestnya kalau dapat air fresh orange.. Slurp. slurp.
Sambung lagi angan-angan
Sampai bila nak habis angan-angan nak naik belon panas nih?
Wowweeee
Awat muka belon ni tak senyum??
Dari satu angle yang lain laksss... yezza
Flying.... Den nengok je dari bawah....
Belon baru dalam pesta! Eh, ada orang halimunan nih!
Paraglider....
Aikkkk jangan landing atas bumbung tu!
Persembahan 'Glow In The Dark'. Cantik!
Macammana laks leh landing kat sini???
Wahhhhh, untunglah puan Ibu!!
Hahaaaa.... KaKi JaLaN melaporkan....
psst psst : Leh tak Den nak lotupkan belon-belon nih???
[Nota 1 : Semua orang pakai kamera besar, kecuali Den. Ermmmmm]
[Nota 2 : Petang hari ketiga sampai ke malam duduk di tapak pesta lagi! Eh syiok jugak berposing... Nunggu gambar posing dari D, hehehe]
[Nota 2 : Petang hari ketiga sampai ke malam duduk di tapak pesta lagi! Eh syiok jugak berposing... Nunggu gambar posing dari D, hehehe]
9 comments:
hahha..
aritu nak pegi..
but tak jadii..
jelouusss, nice Ballonn....
huhuuuuu.....
rugissssssssssss
tak ada nasibbb sebaik kamu.. :P
panasnye cuaca time ni , eden tak leh tahan sobek tu den tak poie
salam....Mazs kalau naik belon ni balik kampung aku buleh tak...heheehe
Koishie, tahun depan mungkin rezeki kamu... mana tahu ada peluang terbang bersama belon?! :)
Xplorer, kalau datang pagi memang cun. Petang, most of the day belon pun 50-50 boleh terbang ke tak sebab mendung nak hujan dan angin kuat... Ikut nasib.
Hang Nadim, salam. Lama eh hilang jadik orang pulau! Nak cuba ke balik kampung naek belon nih? Takut tiba-tiba angin tiup, sampai kampung laen laks ;)
MAS ADA NAIK BELON KAT PUTRAJAYA TU JUGAK KA?? SAYA CUMA NAIK BELON MASA KAT SARAWAK DULU, BILA BALIK MALAYA TAK NAIK BELON LAGI TAPI NAIK KAPALTERBANG.
amboih cek Rashid, sempat jugak naek belon ya! Saya sempat berangan ja ;)
amboih cek Rashid, sempat jugak naek belon ya! Saya sempat berangan ja ;)
Post a Comment