FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, August 26, 2011

BuNToNG : KaMPuNG KaCaNG PuTiH

Malam semalam, dapat panggilan dari Bonda... Aiyaya 'last minute' pesan suruh beli maruku. Dalam hati dah gundah gulana, "Mana gaya nak pi beli nih??? Kuda merah, dua-dua pun sakit masuk hospital!! Mana tahu tiba-tiba pagi tadi sahabat L datang meninggalkan tali kekang kuda hitamnya . Weeeee.... alahhhhh kawan aku! Tima kasih....

Dah setahun duduk Ipoh, tak pernah pun tahu kat mana tempat yang orang sebut-sebut Kampung Kacang Putih tu. Sebenarnya tak ada niat pun nak cari sampailah masuk tv baru-baru ni. Rupa-rupanya tempat yang terkenal itu terletak di Buntong... (kat mana eh Buntong tu?? Hehe, nasib baik K.I tolong lukiskan peta yang senang!). Ce ngaku ce ngaku, agak-agaknya siapa yang tahu Buntong ni letaknya kat mana?? Ce ngaku ce ngaku, agak-agak siapa yang tahu pasal Kampung Kacang Putih nih??? Haaaa tau dah, ramai gak tak tau :p

Penempatan asal kebanyakan penduduk perkampungan ini sebenarnya adalah menetap di kaki Gunung Cheroh, Ipoh, Perak. Di mana lokasi asal perkampungan tersebut kini berhampiran dengan Kuil Sri Subramaniar, iaitu tempat perayaan Thaipusam kat Bandar Ipoh ni. Di sinilah tempat moyang mereka menetap setelah berhijrah ke Malaya pada awal abad ke-19. Penduduk di sini terdiri dari petani, pekerja dan peniaga termasuk yang menjual kacang putih.

Namun dalam satu kejadian malang pada awal tahun 70-an, bongkah batu kapur yang besar dari Gunung Cheroh telah menghempap kampung tersebut. Selepas dari kejadian itu, penempatan tersebut telah dipindahkan ke kawasan sekarang. Di penempatan baru ini, penduduk yang terselamat meneruskan perniagaan kacang putih dengan penghasilan produk kacang putih seperti kacang santong, vadei, pakoda, kacang hijau dan maruku yang telah diwarisi secara turun-temurun.

Oleh kerana hampir semua keluarga yang memulakan hidup baru di penempatan baru tersebut terlibat dalam industri kacang putih, mereka kemudiannya bersepakat menamakan perkampungan baru tersebut sebagai Kampung Kacang Putih dan ia terus kekal hingga sekarang.

Fiu.... tetiba entri kali ni cerita pasal sejarah pula ya! Jom layan, kacang putih dan maruku :)













* Kalau datang nak memborong, sila kawal diri erk.... fiuhhhhhhhh :p

Alamat kedai yang KJ pergi
P.K.H Enterprise

(wholesaler & retailer all kinds of maruku and kacang goreng)
No 14, Laluan Sungai Pari 4,
Kampung Kacang Puteh, Buntong.

** Sebenarnya ada banyak kedai kacang putih dan maruku dalam kampung ni, masuk sahaja mana-mana kedai :)










14 comments:

Anash said...

pencarian kacang putih bermula...
...wow..mengingatkan kilang kacang yang terletak dekat dgn rumah di bangi...

masMZ KaKiJaLaN said...

Anash,

Menu raya kacang putih juga ke??? Ni pi kilang dia aaa nih... Tengok diorang goreng bagai... baru konfidenkan!...

*tetiber kuih raya bertukar menjadi maruku tahun ni.... huahuahua

Sue* mamaID said...

kat mana Buntong tu mas??

masMZ KaKiJaLaN said...

Buntong kat dalam pekan Ipoh ni juga. Anggaran dari stesyen keretapi Ipoh, dalam 3.5 km.

xplorer said...

Wah menarik tempat ni masmz, nak kena poie ni

masMZ KaKiJaLaN said...

xplorer,

memang menarik dan tergoda-goda jugalah dengan aneka kacang dan maruku yang dijual... tempat yang den poei ni diorang goreng dalam premis, jadi kalau ada rezeki boleh dapat yang baru punya!

Lee said...

Hi MasMZ, was at Anash's place noticed your callsign and busybody over.
I love these murukus, for watching TV...stop me from falling asleep.
Fortunately where I am ada banyak Indian stores....
Nice pics you have here.

Enjoy the holidays and wishing you the best of hari raya, selamat hari raya.
And keep a song in your heart.
Lee.

masMZ KaKiJaLaN said...

Hello Uncle Lee,

Hahahaa... not to worry, u r welcome here. Thank you 4 dropped by :)

Maruku nor kacang putih are addiction, can't stop eating until somebody stop u or it's finish, tinggal serdak saja.

Anash said...

masMZ
heheh..menu kacang putih tiada plak dlm senarai sekut raya...
kapkek ade la...(0ps..bukan..bukan)
hehehe
uncle lee captioned your name because you're the only one that always in the heart of my comment's box...hahaha(bodek plak)

masMZ KaKiJaLaN said...

Anash,

Menu kacang putih takde dalam senarai takpe... tapi sila ingat 17 syawal dengan 20 september, hahaha pilih dipilih hari yang mana yang anto kapkek ada lilin kat kita... hahahahaha.... Haaa??? Boleh???? Alamak! Bestnya kita!!!!! Tima kasih!!!!! Kalau bley atas tu nak ada kartun Smurfette yer..... hahaha (atau sesape je lar yang baca komen ni nak anto pun bley! hahahahahah)

Anash said...

20 sept = 22 syawal...ke 15 sept = 17 syawal? mana satu nih???
(soklan bersungguh macam nak antau kapkek je..padahal..)

masMZ KaKiJaLaN said...

Anash,

yeayyy yeayyyyy sila antooo.... terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata, owh no no no.... sila jangan lupakan.... yeaYYYyYYyy!!! Muah muah muahhhhhh

hahaha, dua-dua betul larr tu... tahun ni nak sambut dua kali larrr.... t anto masa dua-dua tarikh yerrr.... 17 syawal tu, smurfette pakai baju kurung, 20 sept smufette leh pakai gaun lawa2.... ahakssssss.... heeee suka nyerrrr kita :)

seksyen 23 shah alam muruku enak dan murah said...

bagi saudara -sudari yang (jauh dari ipoh) tak dapat datang -yang tujuan beli jual(pemborong maruku)boleh contact saya -balan(0165345338)or mail :mike_balan@hotmail.com ...siap hantar ke rumah (penang,kl,johor & singapura)--company-malayan muruku

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius, call/whats-App Contact Number +918929509036 via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.