FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label TeLuK INTaN. Show all posts
Showing posts with label TeLuK INTaN. Show all posts

Monday, March 2, 2015

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2015 (PHoTO SHaRiNG)

Haluuuuu....
Assalamualaikum....
Selamat pagi aka selamat tengah hari....

Kerjakah mengkome sekalian?

Diriku sedang dilanda blues hari Isnin yang maha dasyat! Hahahahadeh tak boleh blah sungguh!! Apapun hari ni nak kongsi gambar masa event Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Chai) 2015 yang berlangsung pada 28 Febuari 2015 di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.


Malam tu gigih memandu dari #negaraEeypoh turun ke Teluk Intan walaupun dasarnya 50-50 je nak pergi.  Bila dah hidup dalam kereta ni, bila nak travel terutama bila nak kena bawa kereta sendiri.... phewwwwwww weng weng kepala ni rasa.  But heiiii, kat Teluk Intan beb!  Serius ko tak nak pergi???  Menara condong tempat menung ko  tanda dah selamat sampai Teluk Intan? Owhh No! No!  Ko mesti pergi beb!  Ceh?!  Heiiii ni National Level lahhh, ermmmmm.. Grrrrrrrrrrr Dush!
Oklah!  Pergi sebab kerja!  Liat naww Dush! Dush!

Maka, malam tu sampailah juga ke Teluk Intan atas tiket Jabatan tapi gaya memang bukan macam wakil Jabatan larr... Dah serupa reporter je gayanya..  Nasib baiklah bos tak ada kan?!  

Key penting pada aku malam ni, Menara Condong Teluk Intan dengan secara rasminya di isytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.  YahOOOoOOOOoooo.... I'm proud of you :D

Today is Monday, 
I share picture je okayyyyy :D
(macam pantun dak???)

Untuk tiga gambar berikut ni, sampai terus duduk lepas tu cam "Comeinya Menara malam ni.. Berhias-hias tanglung macam pengantin berdandan je :)" 
Lepas tu aku senyum sensorang...  comelnyaaaaaaa

Menara Condong ni badannya memang bertukar-tukar warna bila waktu malam,,, Haa ni yang warna hijau..


 Jenuh nak intai depan sebab singa melompat sana sini... Layan skrin depan mata

Taraaaaaa... Ha ni persembahan dari kumpulan yang katanya telah memenangi 58 kali johan tarian singa peringkat kebangsaan..

Persembahan dari Raja Gelek Malaysia tuu diaa Datuk M. Daud Kilau, "Bila orang gila bayang! Lalalalalala..... " *tak ingat lirik! kikiki 

Naga pula keluar,,,,  Awesome!

Haaaa ini persembahan terakhir dalam majlis rasmi sebelum VVIP meninggalkan majlis.

Dan orang ramai pun mulalah masuk... Ok, kita layan gambar dari tab diorang je lar...

Tengok atas kiri kanan, penuh tanglung.... 
Ishkkk lapor. Tak kenyang tengok tanglung ni je.... ;p

Ok next!  Baru lah boleh mai dekat dengan Menara ni... Konsert pulak!

Ahhh nahhhhh, ini dia Raja Gelek Datuk M. Daud Kilau.. Suara dari mula aku kenai dia sampai la ni sama jaaaaa....

Persembahan YoYo....  Ok aku tak reti hiksss 

Show dari kumpulan Fourteen.... Ya ampun, aku tak kenai tapi nasib baik pernah dengar lagu diorang...

Gemilang sungguh Menara Jam Condong Teluk Intan malam ni...  She is so beautiful :D

Selamat malam Teluk Intan... 
U are always in my heart, muahhhhhhsss


Wednesday, July 3, 2013

EPiSoD JeReBU 2013 : TeLuK iNTaN (PHoTO SHaRiNG)

Haluuuu..... Salam hari Selasa, Salam dah dekat nak puasa... dan Salam Jom pi jalan (ahahahaha sempat lagi ke???)

Kagum jap dengan diri sendiri sebab hari ni, aku dok ngadap blog lagi.. 
Yeayyyy... Keep it up masMZ!!!!

Baru-baru ini negara kita dan negara jiran di selatan tanah air telah dilanda masalah jerebu.  Bermula dari selatan, bacaan indeks pencemar udara (IPU) menunjukkan peningkatan ke arah utara pula.. Dan seingat aku ada 1 atau 2 hari bacaan tinggi sampai ke bahagian timur semenanjung.  Bayangkan partikel-partikel halus tu boleh terbang sejauh berapa ratus kilometer dan melepasi pula banjaran titiwangsa... Peringatan pada diri kita, perkara-perkara yang berlaku kat alam kita ni, kuasa tuhan.  Bencana, musibah ataupun kejadian bulan jatuh ke riba tu, tak siapa boleh jangka.  Macam jerebu ini la jugak, dari langit biru dek panas tetiap hari tiba-tiba boleh jadi kusam suram, kelabu je langit tu.  Nak kata mendung nak hujan tak pulak.  Kabus?  Kabus apanya kalau dah tetengah hari di tanah khatulistiwa ni.  Orang kat Terengganu yang dok kata, "Kami rilek je, jauh tak sampai jerebu".  Nahhhh kena juga korang kan?!  Tak siapa pun boleh jangka boleh sampai ke sana.. Cuma keadaan di bahagian pantai timur tidaklah seteruk negeri-negeri di pantai Barat.

Selepas Johor, IPU yang tinggi dicatatkan di Negeri Sembilan, Melaka kemudian ke Klang dan akhirnya menjengah ke negeri Perak di kawasan Manjung dan terakhir sekali di Ipoh.  Paling tinggi IPU di catatkan melebihi 700, jauh lebih tinggi dari 500 yang membawa kepada pengumuman darurat di Johor.

Di negeri Perak bacaan yang paling tinggi di catatkan ialah 333 melalui cerapan di Manjung telah menyebabkan sekolah-sekolah di Manjung dan kawasan Teluk Intan ditutup.  Kebetulan, aku berada di kawasan Teluk Intan pada hari tersebut dan hari memang nampak gelap.  Tekak memang dah tak selesa sejak beberapa hari yang lepas....  Minum air banyak pun rasa macam tak cukup-cukup.... Huhuuuuuuuuu..... 

Hari tersebut, aku pun berhenti di kawasan tepi Sungai Perak dan dengan gigih untuk panjat menara Jam Condong Teluk Intan yang femes tu untuk ambil gambar....  Memang sebijik macam kat negara sejuk.  Macam China, boleh????

Gambar-gambar ini diambil pakai kamera telefon dan aku foward pada beberapa orang kawan... Tanya deme apa aku balik kat mana?  "Teluk Intan", jawab aku... "TIPUUUUUUUUUUUUUU". "Haipppp! Tepi Sungai Perak la nih!"

Lawa dak?????  Lawa kan?? #terpaksa puji gambar sendiri
Lawa tapi merbahaya untuk kesihatan.... "Beauty But Hazardous"


"Yulong River" katanya - 3.00 hingga 4.00 petang









melepasi pokok kat depan tu ada sungai sebenarnya...

kengkonon subuh alam la nih??? Gambar pada jam 3.30 petang...

Penutupan sekolah secara automatik apabila bacaan IPU mencecah 300 diperkenalkan pada tahun 2013.  Tak sempat pula nak ambil gambar budak-budak ke sekolah pakai topeng muka tu.

Tuesday, June 12, 2012

TeLuK INTaN : LaYaNG-LaYaNG MaLaM

Satu malam tu masa nak pergi pekan Teluk Intan, dari jauh dah nampak langit meriah luar biasa.

"Omaiii Acik!! Sejak bila pulak UFO pandai buat show kat sini????"

Serius ada 7 lapan space ship a.k.a UFO (ala-ala sebab aku pun tak pasti apa benda yang aku nampak sebenarnya) dok berlengar-lengar dengan lampu macam-macam warna.

"Nak gi sana dulu ke?"
"Lapo"
"Kang takde kang"
"Pasrah. Hahahaha"

Dipendekkan cerita, baru aku tahu ada juga orang main layang-layang waktu malam.  Kalau ada orang kata tengok layang-layang waktu malam tak cantik ke tak puas ke, ni memang kes lain.  Kalau tengok layang-layang waktu siang, memang nampak rupanya - ikan pari ke (cam aku punya), jaws ke (cam aku punya jugak! hahaha) atau katak ke memacam ada kan?  Kalau tengok layang-layang malam memang takkan nampak larr shape macam tu.  Istimewa layang-layang malam sebab nampak lampu tukar-tukar warna (lagi cantik kalau masa tu langit pulak gelap - memang terbaik), shape pula tengok kekreativitian empunya layang-layang.  Ada rupa hati (love shape), sarang labah-labah, aeroship dan macam-macam lagi.

Kalau berhajat nak tengok, mungkin boleh cuba nasib tengok kat Padang Speedy, Teluk Intan masa malam hujung minggu :D

* gambar tak seberapa sebab tak berapa nak pandai ambil gambar memalam gelap nih....




Monday, August 24, 2009

PaSaR RaMaDHaN TeLuK INTaN

Puasa pertama kalau tak balik kampung rasa memang tak pueh hati... Nak nak jugak balik kampung. Sahur pertama mesti dengan famili dari doulu-doulu lagi.... ekeke (ke yang sebenarnya sahur pertama nie takut terlajak? hahaha... yang penting ibu masak dan makan bersama... yezza).
Penyakit bila balik kampung nie, kalo bukan ke pasar malam yang best kat Teluk Intan tu, mesti lar ke Pasar Ramadhan bila dah bulan puasa nih... Hehehe... Kali nie sekali niat ke Pasar Ramadhan nak masuk dalam blog... Semua orang kena tau apa yang spesel sangat, hopefully semua yang aku nak kongsi dapatlah dikongsikan... Tetapi... ermmmm....
Air Bandung Tarik Menara Condong
- air bandung spesel yang dah aku minum dari jaman budak-budak lagi... Air Bandung Tarik Menara Condong memang best! Nak cerita cam maner erk?? Kira-kira cukup lar sirap, susu, pekat, manis, masin, segar, sejuk, kembang, nyaman.... uishhhh.... nak ceghita pun chek tak tau... Air Bandung Tarik Menara Condong ni kalau di Pasar Ramadhan Teluk Intan, kena pastikan datang seawal mungkin... Kalau jarum jam sudah melajak hampir ke 6 petang, tengok rezekilah ada lagi ke tak.. Ekeke. Kalau tidak di bulan puasa, ke pasar malam setiap Sabtu. Lokasi gerai, betul-betul depan SKOMK.... ermmmm..... Harga satu cawan RM1. Satu plastik RM2.

[kalau teringat nak beli, biasanya jam 5 dah beli air nie :). Nana kata tinggalkan dulu dapur! Hahaha]

Nie banner baru ke? Tak perasan pulak sebelum nie!

Tarik jangan tak tarik.... best!

Dah ada menu lain laks bulan posa nih... Apapun, bandung tetap menjadi pilihan :)
Popia Teluk Intan
ermmm... apa yang spesel sangat dengan popia Teluk Intan? Hehe... entah lerr tapi mana-mana popia kat tempat lain, jarang juga berkenan dihati. Agaknya sebab sambal Perak ni lain sket kot. Sambalnya cukup rasa pedas, manis, masin dan pekatnya. Tengok warna pun dah memang tergoda.. Ekekeke.. Popia Rahman dan satu lagi Popia Majid memang popular.... yang basah pun sedap yang goreng pun sedap....

Kalau ke Teluk Intan, Popia Rahman nie ada kat pasar malam-pasar malam Teluk Intan jer (ikut hari). Kalau nak cari Popia Majid, cari di bumbung biru depan Jam Tinggi. Harga satu popia = RM0.40

[ada orang jual Popia Teluk Intan di pasar tani Putrajaya, tapi tak sama pun!! Harga pun ada sikit tinggi... Aiyaaa... Kena balik makan kat kampung jugaklarrrr :D]

Popia Pak Rahman bisnis keluarga dari dulu... Makk aiii mengingau aku malam nie teringat Popia Teluk Intan

Konsentrate..... apa larr minah ni snap snap gambo aku nih! Hahaha
Ermmmm alahai .....

Tak ada rezeki nak kongsi makanan-makanan favourite aku kat kampung.... langit sudah runtuh larrrr.... kalau ada rezeki, nak juga aku kongsikan Satay Teluk Intan yang sememangnya menjadi pojaan hati.... Hehehe

Erphmmmm alahai.... camner nih??

Alahai siannya kat budak tu... Kat belakang semua orang kelam kabut sebab hujan tiba-tiba tersangatlah lebatnya...


Monday, August 18, 2008

Living In A Small Town Named Teluk Intan

Teluk Intan. Bandar kecil jauhnya dua jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur. Kalau menaiki bas, tambangnya hanya sebelas ringgit dengan kelas ekonomi ‘special’. Naiklah dari Puduraya ataupun Hentian Duta. Kalau memandu ke Teluk Intan, selain menggunakan Lebuhraya Utara Selatan boleh juga mengunakan jalan lama yang sudah dicantikkan. Seronok juga ikut jalan lama kerana pemandangan kampung, bandar, estet silih berganti. Boleh juga berhenti membeli jagung, mempelam, bahulu dan lain-lain perusahaan kampung di dalam perjalanan. Wah, promosi lain pula!

Teluk Intan bagiku tidak ada tempat lain yang seumpamanya. Tanyalah pada ku apa yang istimewanya bandar kecil ini. Kalau soalannya berkaitan pusat membeli-belah yang besar, pusat boling atau panggung wayang yang canggih, memang bukan di sini tempatnya. Bukan di Teluk Intan.

Teluk Intan tidak ada pusat membeli-belah yang besar. Tidak ada pusat boling (kalau boling padang tu, tak pastilah kan?!). Panggung wayang? Ada dua di Teluk Intan. Cuma cerita yang dimainkan biasanya kalau nak dibandingkan dengan tempat lain, ceritanya sudah nak hampir lemau jugaklah!

Fizikal panggung di luar dan di dalamnya tidak secanggih di Kuala Lumpur. Maklumlah bangunan lama dan penontonnya mengikut musim. Tiket kelas pertama, harganya tidak sampai RM sepuluh pun! Istimewa lagi kerana tiket kelas pertama tidak diberi nombor kerusi. Duduklah manapun, it’s free seated! Dan rasanya, inilah panggung yang paling berangin kat Malaysia. Kipas angin berputar macam bilah helikopter yang sedang berpusing laju. Dasyat! Frankly speaking, this is experience. Sekali-sekala berangkut satu keluarga beramai-ramai, panggung tu macam kita yang punya! Enjoy! Orang-orang di bandar besar memang tak akan merasa pengalaman begini.

Bandar Teluk Intan tidak sesak kecuali pada hari-hari istimewa seperti hari perayaan tak kiralah sama ada aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali atau perayaan-perayaan lain. Pada masa ini kira peak seasonlah! Entah dari mana muncul orang ramai-ramai dan kereta yang banyak ni pun aku tak tahu. Janganlah ada sesiapa yang berangan nak masuk bandar. Bercinta! Masa-masa macam ini, bawa motorsikal masuk bandar memang seronok. Menyelit-nyelit di celah kereta sambil menjeling orang-orang di dalam keadaan tertekan. Hahahaha... Betul... Percayalah!! Lagipun, bawa motorsikal di sini tidaklah merbahaya sangat. Di sini, Mat Rempit kalau adapun bila lewat malam. Jadi, janganlah risau memandu di sini, sungguhpun dengan menaiki motorsikal ataupun basikal!

Erm.. Ada banyak lagi perkara menarik di Teluk Intan. Kalau nak diceritakan semuanya sekaligus, tak cukup mencabar. Tunggu bahagian kedua, aku akan ceritakan mengenai tempat-tempat makan dan beli kuih yang gerenti sedap. Sampai kita berjumpa lagi!
Don’t miss me ya!!!

Nota:
Catitan November 12, 2007