FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label Eco-TOuRiSM. Show all posts
Showing posts with label Eco-TOuRiSM. Show all posts

Friday, May 6, 2016

RauB : BeRHuJuNG MiNGGu di EiGHT aCReS

HaLuuuuuuuu
Salam Satu Malaysia
Salam Jom Pi Jalan....
Lama dah eh tak update pasal jalan nih? Ampunnnnnnnnn

Kali ni nak story, baru-baru ni berpeluang berhujung minggu di Eight Acres.. Kat mana tu?  Haaa Eight Acres ni kat Raub, Pahang.  Kalau agak-agak perjalanan dari Kuala Lumpur tu, perjalanan dia ke tempat ini mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja *with note time tak jammed kat highway Karak tu :)

Jom kita tengok apa yang ada kat Eight Acres ni, best ke idok?!!! Ayuh!
*awas entri banyak gambar, hiks!

Lokasi Eight Acres ni boleh tahan jauh juga masuk melalui pekan kecil, kemudian melalui ladang getah dan sawit. Tapi, bila sekali dah sampai pintu pagar memang korang akan rasa seronoklah.. Kalau tengah tercengng-cengang pun, yakin korang tetiba akan senyum dan jerit Yeay! Hehehehe.. Kenapa?  Ok korang kena pergi sendirilah kan?! 

Hari tu, kami sampai agak awal juga kat tempat ni sebab terlebih eksaited la agaknya.  Lama juga dah tak bercuti-cuti ni.  Memasing sibuk kekdahnya.  Jadi, masa sampai tak bolehlah masuk bilik lagi.  Kami duduk di ruang terbuka (ok ni memang tempat melepaklahh bagi semua tetamu kat sini.. Nak terguling ke nak main indoor game ke, nak melukis, mewarna atau nak menonton televisyen semua kat sini.  Tapi nak beritahu sikit, tempat dalam gambar ni, dihamparkan dengan tikar tatami.  Jadi bolehlah fefiling Jepun sikit kannnn!

Siapa taknak duduk kat dalam boleh duduk kat luar... 

Sementara menunggu bilik, kami dibawa untuk tengok melihat bilik-bilik lain kat sini. Amboiii melawat sungguhkan?!  Manalah tahu nanti nak datang lagi bawa famili pula, haruslah meriki bilik mana yang best.  Senang nak rekues lain kali betul tak??

Ok, kat atas ni pun rupanya ada tempat nak bersantai lagi.  Siap ada hammock dengan apa eh... ahhh dart.  Yang tak ada kayu golf je walaupun ko tengok karpet tu, dah macam nak menghayun je. Alaaaa langit tak biru pula masa ni, huhu.

Dah masuk dalam, bilik-bilik kat atas ni memang super special sebab setiap bilik di interior designkan mengikut tema.  Macam aku ni yang memang selalu terkagum dan teringin sangat ada bilik library bertangga bagai sebab macam kengkonon banyak sangat buku kat rumah, bilik ni memang menjadi pojaan hati ku. ewahhhh....  Bajet ulat buku sangat letewww, pastu ala2 pakai spek mata bingkai tebal.. Hah ko ado? Emmm aku sendiri pun nan hado, sob. sob.. Takpelah, anggap sahajalah ini bilik aku, hiksss

Bilik ni pun super best untuk tetamu bajet dirinya traveller sejati ke backpackers lovers ke 'i own the world' ke atau bajet inilah diri ku sebenar ingin menakluk dunia ke kan, ok sesuai sangat bilik ni untuk korang.

Oraitttt ini pulak terasa-rasa macam bilik air peberet ni... Nampak tak shower tu??? Tiga ketul sekali!  Agak-agak ada rasa mandi air hujan tak? Hahahahaha nak berjoget ke kiri ke kanan tetap la akan basah..  Tapi kelebihan bilik mandi ni, siapa bawak anak-anak, senang terus jemaah kan saja diorang dalam ni :)

Ronda-ronda tengok bilik, tiba-tiba ada bunyi gong... LUNCH TIME!!!! Banyaknya lauk!!! Semua sedap, cheat day for diet??? Hahahahahahadeh tolonglah jangan diet kalau datang sini.

Untuk bilik, kami dapat bilik Mulberry.. Amboih sangat rumah ala Inggeris haaaa dari luar.  Kenapa nama rumah ni namanya Mulberry?  Emmm kat Eight Acres ni banyak juga pokok buah, dan luar rumah ni berderet pokok mulberry.. meriah buahnya!!

Ini Mr Kam.. Owner Eight Acres ni.. Petang tu, Mr Kam bawa kami pusing satu Eight Acres ni sambil bercerita pasal Raub, pasal durian emmmmm emmmmmm (Raub dan Bentong ni memang sinonim sangat dengan durian okay!!!a), pasal sejarah sampailah macam mana Eight Acres ni dibina.  Celoteh dan ramah sangat. Nak bawa sembang pasal sejarah boleh, nak sembang pasal pokok pun boleh.

Jadi, masa pusing-pusing tu kami masuk juga bilik-bilik yang dekat atas bukit.  Untuk yang nak datang beramai-ramai, kat Eight Acres ni ada juga dorm.  Muat berapa orang tak ingat pula. 

Dan kalau ada sesiapa yang ambil view paling awesome dengan tempat lepak private, bilik yang ni la yang paling best.  Selain kedudukan paling tinggi, saujana mata memandang, dari bilik ni boleh view air terjun dan kalau nak pi mandi pun paling dekatlah kiranya. Struktur bangunan ni dari Indonesia, so boleh feeling cuti kat Bali pula.

Masa kami sampai di Eight Acres, kambing putih ni yang sambut kami.  Tajam sungguh mata dia hahaha.  Masa jalan-jalan dengan Mr Kam, baru kami tahu rupanya nama dia Lamb Chop! Hahahaha kejam ohhhhhh?!!!!  Lamb Chop ni kambing jantan, dia satu-satunya kambing kat tempat ni.  Best friend Lamb Chop, ni naaa kat bawah ni....
 
Tadaaaaaaaa..... Athena si cantik rupawan. Macam tak berengang langsung dengan Lamb Chop. Kalau datang hujung minggu, kanak-kanak ada peluang jalan-jalan dengan Athena ni.

Eh? Penunggu kolam? Kisah sangat kami datang waktu kemarau macam ni kan?  Syukur sangat masih ada air.  Rugi sangat kalau tak mandi berendam-rendam kat sini.  Dah macam mandi dalam spa dengan ikan-ikan yang mesra mencuit-cuit kaki, kadang-kadang geli kadang-kadang terOuch la jugak... 


Oklah.. belanja sket gambar kami.   :)

Kenyang makan malam, kami layan movie.  Banyak sampai tak terpilih kekdahnya sesambil minum air cecah biskut.

Dan sekira-kira lewat malam sampai semua guest pun dah masuk bilik masing-masing.

So, we have to leave the lepaking area for bed.. Penat gak sebab sakan main air petang tadi.

Dan bila pagi!!!!!! Tengok siapa yang panggil kita! Angsa! Itik! Ayam dan semua unggas memanggil-manggil suruh bangun suruh keluar bilik suruh jalan-jalan kat luar. Tenang dan segar sangat!  Tak percaya boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni.

HENSEM!






Tengok ada 'orang' marah sebab dekat-dekat dengan bestie dia..

Alololo Kak Anash.... Ada yang nak bergurau tuuu. Hahahahadeh, jomlah jom kita gi bekpes la kak Anash... Lamb Chop tak nak geng dengan kita, sob sob.


Weeeeeeee done breakfast!  Lets do this bebeh... We are flying foxes crossing the pond!  Masa aku naik siap bestie berdua tu tengah makan-makan kat bawah, lepas tu itik-itik angsa pun tengah mandi-mandi...  Macam meriah mood masa ni.  Memang penutup yang agak grand la masa duduk sini. Bagi yang nak duduk kat sini, ada juga aktiviti lain yang korang boleh cuba taw.  Ada aktiviti memancing, wall climbing, abseiling, atv dan macam-macam lagi.

Betul ok, kitaorang main flying fox ni!  Siap repeat lagi tu, ngeeee :D

Jadi, lepas dah makan sedap-sedap kat sini, lepas tu dah eksesais sebab jalan-jalan naik turun bukit, mandi sungai, flying fox, terus bajet macam dah kurus la kan.  Jom timbang!

Captured dekat hall terbuka.

Bye bye Eight Acres.. Hujung minggu santai melintasi lembah dan dilintasi air sungai.  Masa nak balik, boleh pula jumpa port berendam yang lagi best rupanya! Betul-betul kat tepi tempat letak kereta... Hahahaha cis!! 

Oraaaitttt nak cau cin cau dah...

Korang boleh check out Eight Acres official website kat bawah ni :
atau ig diorang "eight_acres"
atau  
Telefon : +603 7877 5048
Faksmili : +603 7877 6125
Emel : info@eightacres.net

Monday, June 15, 2015

KuaNG KaMPuNG ReTReaT : HS11 SMaLL GaTHeRiNG

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera...
Salam Hari Isnin  (yeayyy sekolah dah buka! lega kawasan opis dah tak sunyi :D)
Salam puas ke kome cuti???
Tak puas kalu, meh nak bagi lagi satu salam....
Salam JoM Pi JaLaN :D

Pi mana?  Hang nak ajak pi mana?
Apa Hang, Hang?
Ai is nak ajak cuti kat Kuala Lumpur je okay.
Opsss.. Okay! U nak ajak g mana? Ai is eksaited ni...
Muahahahahaha

Ada yang nak pi cuti ramai-ramai, kumpul-kumpul ngan keluarga, kengkawan lama tapi tak nak pergi jauh-jauh?  Meh sini nak kongsi satu tempat kat Kuang (siapa yang tak tahu Kuang kat mana, Tasik Biru taw?  Gugel erk! ;p )

Hari tu, aku bergathering dengan kawan-kawan masa belajar.  Gigih cari tempat mana yang sesuai dan senang untuk semua orang.  Yang dari Lembah Klang boleh datang, yang dari luar leh tidur terus takyah dah nak menggagau-gagau cari tempat tinggal nak tidur kan....  So cari punya cari, jumpalah satu tempat ni Kuang Kampung Retreat.  Lokasi of course la kat Kuang aka pinggir bandar Kuala Lumpur.  Kuang Kampung Retreat ni di bawah Avillion Private Collection.  Maksudnya bila dah sebut collection tu ada la pilihan-pilihan mantap yang lain dan bolehlah sesuaikan dengan bajet dan bilangan orang yang nak datang tu.. Haaa gitewwww....

Meh tengok gambar sambil layan-layan cerita.

Perjalanan untuk masuk Kuang Retreat ni, agak jauh naik masuk ke lorong kampung dan terletak di atas bukit.  Kalau pakai waze, tak tengok kiri memang boleh terlajak sampai ke track mountain bike.. Kalau korang dah sampai kat point tu, memang sah korang di jalan yang benar, cuma dah terlajak sahaja. Depan dari Kuang Retreat ni ada satu menara tinjau.

Masa aku sampai hari tu, family Aloy, family Iza, family Jambu, Beng, Prof dah sampai.  Amboiii sakan korang erkkk gelak-gelak sampai ke luar dengarnya...


Ni kat hall, bestnya kalau rumah aku macam ni haaaa.  Mesti rajin aku update blog.. Cewah

Yang ni pulak pandangan di sebalik ruang tamu utama.. Nampak tak tuala-tuala bersidai tu?  Haaa tu meja makan dan tuala-tuala anak Iza..  Candeliar kayu okay!

Ubah angle pulak... Tadaaaaaa nampak dak warna biru tu apa?  Swimming pool!! YahOOOOoOoOOOO sambil mata keluar love-love.. Omaiiii bila nak terjun nih????

Ni antara kekanak yang sepuluh kali turun naik masuk keluar kolam sampai yang menjaga dalam air pun gigil terpaksa tukar-tukar shift..  Mangsanya Aloy dengan Jambu laaa.. 

Ni dari side lain laluan nak pergi bilik.  Untuk Kuang Retreat ni ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air.  Peringatan mesra, kolam mandi yang korang tengok ni tak termasuk dalam senarai bilik air / mandi ;p

Rasanya ini bilik tidur utama kot.  Cam bilik pengantin je tetiber.. Malam ni, aku ngan Beng dapat bilik ni... Weeeeeeeeee i loike katil tiang dan dinding semua leh buka jadi tingkap.  SEMUA!!!

Bilik kedua... Dalam ni ada bilik air.. Sejuk je warna bilik ni.

Ini laluan dari bilik tidur utama ke bilik tidur kedua.  Kalau tengok dinding ni, sebelah kanan ada dua bilik air dan balik dinding kiri tu kolam renang.

Haaaaaaaa tak puas mandi dalam kolam, sambung mandi dalam bilik mandi..  Sejuk dan open concept.  Lapangnya!!! Maksud open tu, ada tingkap kalau mandi kome nak buka tingkap seluas-luasnya suka hati korang... errrrrrrr.  Maksud open tu ada satu pokok dalam bilik ni dan tak dibumbung sepenuhnya...

Ni laaa nampak tak batang pokok sebelah kiri aku dan tingkap seluas-luas alam kat sebelah kanan..  Tingkap tu kalau mandi tutuplah ye.... Seriau laksss kalau kena skodeng...

Added happiness value kat tempat ni, selain ada open air kolam renang (mandi pagi memang sejuk yakmat bak mandi air sungai lakss rasanya!), ada juga sebuah jakuzi dalam bilik mandi..  Curlasttt...

Aktiviti malam, kami buat bar-b-q.  Tempat pembakar ni boleh disewa.  Pestaim pakai ala-ala moden ni boleh adjust suhu, so waktu nak membakar pun cepat je...  Untuk barang makanan, kami sediakan sendiri.

Ayam, kambing, ikan, sosej bakar dalam panggangan.

Satu-satunya masalah kat sini (selain menahan kanak-kanak yang asyik nak mandi kolam), tv tak function sebab takde antena.  Nak tengok kalu, channel semut ada.  Nasib baik ada pulak geng yang pakai henpon canggih leh pancar wayang kartun untuk kanak-kanak semua ni sementara kami semua layan borak kat dapur sambil makan tak hengat dunia.  Hiksss

Jadi, dicadangkan boleh la bawak dvd player ke, ohp ke apa ke untuk back-up plan kanak-kanak.

Bangun pagi kat sini, memang segar sebab sejuk.. Dah memang duduk atas bukit dan keliling kebun getah.  Best wooo tidur sini, nyenyak!!  Malam tadi hanya famili Aloy, aku, Beng dan prof sahaja yang tidur ini.  Sarapan ada disediakan untuk 7 orang.  Macam heaven je makan main tambah-tambah..  Ada nasi lemak dan kuih-kuih kampung, roti dan pelbagai sapuan, telur, buah, air jus, air panas semua ada.  Untuk pagi ni, kami pakat nak makan kat luar pula.

Sebelum makan, pagi tu kami jalan-jalan kat belakang.. Tu diaaaaa..  Ada orang bandar tak pernah tengok ayam?  Sini ada.  Ada yang tak pernah tengok kambing, kandang kambing?  Sini ada.  Ada yang tak pernah tengok kuda, kandang kuda?  Haaaa kandang kuda ada, kuda dah takde.. Apapun budak-budak memang suka.

Reban ayam dan kandang kambing...  Meriahhh woooo bangun pagi ayam dah berkokok, kambing dok mengembek.

Kan dah cakap dinding tu semuanya tingkap!

Alahaiiii lupa dah nama buah ni.

Ni pula pokok malberry...  Ada banyak, nak makan petik je laaa... Aku memang pestaim makan, sedap.

Penat Prof layan budak-budak besaw cam kami

Sebab yang besau pun cam rakan sebaya je ngan yang kecik.. Ekekekeke

Seronok yakmats dapat jumpa famili Jambu..  Muka memang tak berubah, pastu muka anak-anak pun muka fotostat! Hahahahahaa... Sempoilah.  Ni wifey tengah layan baby kat dalam, pun sporting gak.

Yeayyy berjaya jugak...  Ni pose untuk yang datang masa hari pertama.. Hari kedua, ada lagi yang datang menyinggah.  Memang best dan salam muah-muahh untuk semua.  Ai is loike :)

Untuk maklumat lanjut Kuang Kampung Retreat ni boleh tengok kat link ni...
klik sini.  Untuk best price boleh cekidaut Agoda dan semua yang seangkatan dengannya.. Enjoyyyyyyy tempat ni memang rekomended la :)  Jomssss