FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label KeLaNTaN. Show all posts
Showing posts with label KeLaNTaN. Show all posts

Friday, October 30, 2009

LeaViNG

Tak sangka lama juga habiskan blog Stong. Urus kerja sememangnya tak mengizinkan. Jadi dikesempatan ini dikongsikan gambar-gambar terakhir untuk dikongsi. Masih lagi gambar di waktu pagi di puncak Air Terjun Jelawang menjadi kegemaran dan kekal dalam ingatan. Dikongsikan juga air terjun yang sudah sampai ke bawah, air sungai yang mengalir dan kami-kami yang perlu meninggalkan tempat yang indah ini.

Jika masih berkesempatan, iya aku akan kembali lagi [tapi bukan dengan cara aku membawa diri sebelum ini :)]







[Terima kasih Tuhan atas kesempatan yang Engkau berikan padaku]

Tuesday, October 27, 2009

PaGi YanG CaNTiK LaKss







[Ada lebih baik kali ini aku tidak bercerita]

WakTu PaGi YaNG iNDaH

Di waktu pagi yang indah di puncak Air Tejun Jelawang, tempat kami bermalam.... fuh.... terasa malas menyelebungi setiap sisi rasa yang aku punya. Pastinya petang semalam hujan. Sepanjang malam, entah! Yang pasti sejuk itu terasa hingga ke tulang hitam (ada ke?).

Subuh itu, aku gagahi juga membuka mata kerana jiwa sudah dipanggil untuk menikmati indah terbit mentari. Mahu juga menjadi orang terawal di puncak air terjun, lantas sleeping beg beserta kain telekung diangkut sekali. Tak kira.... Port mesti cun!! Yezza....

Dah puas di puncak air terjun, bersarapan dan bersantai di tapak perkhemahan. Banyak gambar yang sempat diabadikan. Sayangnya mahu meninggalkan tempat yang cantik ini. Ermm....

Aku kongsikan lagi beberapa gambar di sini.

Dari Air Terjun Permaisuri ke Jelawang

Ke puncak Air Terjun Jelawang

Mengintai ke puncak air terjun

Menyibuk di hammock orang. Saja nak ambil feel dan nikmati bumbung hutan. Sejuk betul, cam mana diorang tidur???

Cendawan jernih tumbuh di tempat bekas bakar. Cantik pulak!

Khemah Den. Orang lain tak boleh masuk!

Salah satu jalan nak ke sungai

Air terjun yang terletak betul-betul belakang tapak perkhemahan

[next gambar matahari terbit: pemandangan dari Air Terjun Jelawang]

Sunday, October 25, 2009

kE PuNCaK GuNuNG SToNG

Hari kedua di Taman Negeri Gunung Stong... Hari nie kami nak mendaki ke puncak. Sungguh tak sabar tapi orang kata jangan terlalu excited! Semalam dah seharian duduk berehat di puncak Air Terjun Jelawang. Tenaga dah re-charge larr konon! Ngeh ngeh!!
Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 3-4 jam, kami rancang makan tengah hari atas puncak gunung nanti. Nampak gayanya, tengah hari nie tak mewah lar makanan!! Gaya makan maggi, sandwich sardin dan maggi larr.... ahakssss....
Streching dulu... Panas-panas kan otot supaya tak 'cramp'... Keje Den ngambik gambo jer masa ni... Nunggu dak2 ni lama betul nak bersiap!!!
Muka pada separuh perjalanan.... Maintain!!

'Brunch' (Breakfast campur lunch)? Makan biskut mayat je cukup!! Kira sedaplah nih!

Di puncak Stong.... ada atas satu batu besar... Waktu nie lebih kurang pukul 12 tengah hari...

Kat satu part lagi, masih di puncak Gunung Stong

A nature friend cik Tupai yang sangat jinak.

Bagi makan cik Tupai... tunggu giliran nak bagi makan :)

Oraitt... dah puas kat atas puncak nie.. Dah habiskan bekalan, dah recharge tenaga, dah bagi tupai makan, dah abes puas me'lepak', jom kita turun. Macam ada ciri-ciri nak hujan, even kat tempat lain, dikhuatiri tak lepas pulak kami nak menyeberang sungai nanti.

Hah! Nak tunjuk ni Payung Permaisuri... Leh lar ganti memori daun pisang sebab kat sini tak jumpa pokok pisang nak berteduh dari panas atau hujan :)

[Petang hari kedua, nasib tak menyebelahi. Sedang masak-masak nasi dan lauk untuk makan malam, hujan turun dengan lebat. Ada jugak orang bancuh kopi dalam hujan! Kah kah kah... Nasib baik ini hujan dari kawasan hutan! Kalau di bandar, alamatnya air asid jugak yang masuk dalam tekak nih! Makan malam terpaksa tunda dengan minum kopi cicah biskut lagi!!]

Thursday, October 22, 2009

DaBoNG - aiR TeRJuN JeLaWaNG - SToNG

Lokasi Jiwa terletak di Negeri Kelantan. Naik kereta api turun sahaja di Dabong.. Makan sarapan nasi kerabu.. uiiii.... nyaman!! Lepas tu barulah bergerak ke Taman Negara Gunung Stong....
Cerita sikit pasal Taman Negara nie, Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,443 meter merupakan satu puncak di Negeri Kelantan. Gunung Stong memang best dan berbaloi untuk pergi (ayat Den aaa nih! Memang best!). Kat sini ada 7 air terjun dan yang paling tinggi namanya Air Terjun Jelawang dengan ketinggian 303 meter dari aras laut. Air Terjun ini dikatakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Kalau mendaki, memang akan lalu sepanjang air terjun ni.
Pada sesiapa yang tak berniat untuk mendaki ke puncak Gunung Stong atau Gunung Ayam, cukup juga untuk berkelah di bawah atau hiking sampai ke puncak Air Terjun Jelawang. Atau alternatif, boleh juga berkhemah di puncak Air Terjun Jelawang kat Kem Baha. Perjalanan untuk sampai ke Kem Baha lebih kurang 3 jam (jalan santai), kalau tak lagi cepat.


Berhati-hati, jangan sampai tergelincir.. Pilih beg yang seswai masa mendaki :)
Inilah Air Terjun Jelawang yang marvellous!!
Selepas menyeberang air terjun. Lokasi masa crossing - 3/4 dari puncak kot!

Ni dah kira nak dekat separuh perjalanan. Tengok kat batu yang kering tu ada basah yang membentuk kalimah ALLAH. Kata guide, kat sini dulu pernah ada pelancong yang tergelincir selamat dengan berlindung bawah batu yang kering tu.

Hahaha.... ini lah pintu gerbang yang Den nanti-nantikan!!!! Orrait, kita dah sampai ke Kem Baha tempat ala-ala creepy lar konon korang cakap ek?!! Tempat nie memang cantik!!


Kat puncak air terjun... puas hati yang tak terkata... Nanti Den kongsikan lagi gambar-gambar kat puncak air terjun ni.

Tapak khemah, duduknya berhadapan dengan satu lagi air terjun dan Kolam Permaisuri. Memang port terBAEK!!!!!

A nature friend.... Nak letak kat tangan memang takut! Berani pegang belakang lipan nie je.... Oiii mak aiii bukan main laju lipan nie jalan bila lepas ke tanah!!!

Hohoho.... KaKi JaLaN baCK to SToNG!!!!!!
[nanti Den letak lagi banyak gambar kat sini. Banyak yang nak kongsi nie. Tungguuuu :)]

Tuesday, October 20, 2009

FaiLeD To DeToX BuT iT MaKes Me ..........


Ingat lagi dengan gambar nie? Ada yang kata cam tempat Jurrasic Park. Lokasi tempat nie, kita simpan dulu.... Hari nie, kita tengok gambar-gambar yang aku ambil dari tempat nie....

Tempat aku membawa jiwa. Jauh untuk berfikir dan melepaskan rasa. Namun, jujur aku mengaku hampa dengan misi dek kerana terlalu indahnya tempat ini membuat aku lupa apa yang dibawa. Tempat ini membawa aku dekat kepada Tuhan dan ciptaanNYA. Aku menemu tenang yang tidak dapat aku gambarkan kepada sesiapa.

Jika mata itu berkaca, bukan kerana aku berduka. Sesungguhnya aku bahagia dan aku bersyukur kerana Engkau tidak pernah melupakan aku Ya Allah.


Dikongsikan suasana pagi di lokasi jiwa.

Sawang labah-labah macam dibuat dari titis air. Kuatnya!!

Menjejak tanah jangan lupa memandang ke atas.

Sejuknya masih terasa setiap kali gambar ditatap

Bumbung hutan hujan kita. Aku dipayungi??

Salah satu air terjun yang terletak di kawasan perkhemahan

Bersiap sedia dengan baju tebal atau selimut sebelum keluar khemah

Sekitaran.....

Menjelang 10 pagi?? Budak-budak nie tak nak bangun ke??