FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label KuCHiNG. Show all posts
Showing posts with label KuCHiNG. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

SaRawaK DAY 2: JaUHNYa PeRJaLaNaN!!!

Hari kedua di Sarawak... Hari ini akan berjalan jauh. Jam biologi subuh alam lagi sudah menghalang aku untuk terus melajak tidur. Alahai, ini bukan hari kerja!! Awal lagi nie, apa nak buat nie??? Erm... tengok Ann, amboiiii lena betul Ann tidur! Mengiringkan badan ke kiri, sebentar kemudian ke kanan... Ishk...
Pagi ini kami semua termasuk Apai Ann (apai = bapa), Auntie Julia (mak Ann) dan adik-adiknya (Lewis dan Iko) akan bergerak ke Pakan iaitu sebuah pekan kecil yang boleh juga disebut seperti pekan koboi. Pekan kampung. Untuk ke Pakan, satu jam perjalanan melalui jalan balak dari Sarikei. Kalau dari Samarahan??? Ermmm... tambah lagi enam jam perjalanan!!!! Jauhnya nak jalan hari ini. Rasa-rasanya dulu dah pernah 'tobat' tak nak naik kereta lama-lama lagi. Ekeke. Tak apalah, kali ini kita bagi 'diskaun' sebab bila naik kereta, boleh juga meng'explore' tempat-tempat lain sepanjang perjalanan.
Dengan dua buah kereta, kami bertolak dari rumah jam 9 setengah pagi. Mengisi minyak penuh dan menyedia bekal jajan sebagai persediaan. Baning (Mahmud orang pertama dapat nama Iban!) tak cukup dengan jajan di stesyen minyak, berhenti lagi membeli buah dan kuih tepi jalan. Haiiiiii...
Jam bergerak jam 10, jam 11 dan seterusnya sampai ke petang. Mak, tolong Den Mak!! Panasnya! Matahari bersinar ceria atau memancar marah??? (owhhhh api dunia, belum lagi sampai ke akhirat!). Sudah separuh perjalanan, terus usaha cari 'langsir'. Nasib baik ada tuala yang Baning tak nak pakai sebab kucing baring kat tuala tu kat umah.
Perjalanan dari Samarahan melalui pekan Serawan, Simunjan, Lachau (tempat berhenti membeli cendera hati. Jay beli gendang!!), Sri Aman (tempat berhenti makan tengah hari kerana Auntie Julia cakap kat sini banyak makanan muslim), Engkili (kawasan bersawah), Sebangkoi (taman rekreasi sebelum sampai ke Sarikei). Menempuh perjalanan antara yang menarik sebab melintasi Batang Lupar (batang bermaksud sungai yang besar) yang terkenal dengan lagenda Bujang Senang. Buaya besar yang sangat terkenal tu, ngeh ngeh tak sangka. Hilang sekejap lenguh badan dek kerana duduk terlalu lama.
Sampai di pekan Sarikei jam 6 petang. Singgah dahulu membeli barang-barang tambahan, buah tangan dan makan malam. Dari Samarahan, inilah tempat yang paling meriah sepanjang perjalanan. Tempat yang dituju iaitu rumah panjai apai Ann (rumah panjang), pandangan dari luar sudah gelap! Lambat benarkah kami sampai?? Letak atas bukit, tingkap dah tutup sebab tu gelap. Rumah panjai ni guna genarator untuk bekalan elektrik. Naik atas rumah, ohhhh meriah... Ramai penghuni yang duduk di ruai. Kami masuk ke rumah berkenalan, makan malam lagi. Belum apa lagi eh, sudah dibawa keluar dan berkenal-kenalan dengan penghuni yang duduk di ruai tadi. Baru habis mesyuarat rupanya...
Dek kerana perjalanan jauh dan panas, gambar hari kedua tak banyak. Kami simpan bateri kerana risau tak sempat nak cas di sini :)

Makan tengah hari di Sri Aman. Tempatnya macam medan selera bas express berhenti kat sini (Semenanjung).

Ini gambar yang tak dapat diterima akal!! Siapa sabotaj ambil muka Den separuh jer nih?!! Aiii

Makan malam siap-siap di pekan Sarikei.

Sampai-sampai di rumah panjai, terus dijamu nasi. Kenyang larr..

Guys, korang tidur kat luar dengan sepupu-sepupu Ann.

[macam mana rupa rumah panjai yang kami duduk?? tunggu....]

Thursday, June 11, 2009

SaRawaK DaY 1 : KucHiNG + KoTa SaMARaHaN

Perjalanan ke Sarawak bermula hampir dua belas jam sebelum penerbangan. Tengah malam semua dah berkampung di LCCT. Ermmm... masa nie sebenarnya memang mengantuk sangat... Niat dalam hati, sampai LCCT nak terus tidur!


Ini sebenarnya orang yang Den harap untuk guide kami kat sana. Saat-saat akhir batalkan perjalanan. Sepanjang malam, sempat lagi kami mengusik untuk teruskan sahaja perjalanan. Someway, somehow... kitaorang still support him. Bisnis lebih penting buat masa nie...

Salah seorang yang menghantar dan setia menunggu bersama kami di LCCT. Thanks to Hans n Raqib (n Bukh).

Sampai Kuching, makan tengah hari di Boulevard. Cerita kelakar kat sini, nasi Wan hilang tiba-tiba. Rupanya ada orang tersalah ambil. Tercengang-cengang Wan masa tu!!! Memang kelakar tengok muka Wan masa nie.. Nasi tu, nasib baik jugak orang tu tak makan lagi. Macam mana larr boleh jadi macam tu?? Pelik betul!

Ini makanan tengah hari Mahmud. Mak aiii... ini macam bukan makan lagi dah!!!

Ni kat rumah Ann yang kedua di Kota Samarahan. Lepas shopping di Kuching, apa lagi.... kami pun memulakan proses gotong-royong. Cuci ayam, potong sayur, makan buah.... Tu dua orang tu awat tak wat keje???

Ni kat muzium. Cita-cita nak masuk muzium Amau (kucing), tapi tak sempat. Jadi kami semua masuk ke Muzium Etnologi. Masuk percuma dan Den memang akan cadangkan korang semua p melawat muzium ni. Memang best!!! Macam-macam ada dan kami memang mengambil masa yang lama dalam muzium ni sampai tak cukup-cukup masa :)

Sebab muzium ni dah tutup, Den dan kengkawan berjalan-jalan lagi di kawasan sekeliling. Ada batu besar kat tepi tu dengan macam mana nak cerita nih??? Ada rupa manusia yang macam tersembam (satu badan) timbul (mungkin orang dulu-dulu ukir?) kat batu besar tu. Lepas tu melawat Akuarium Bandaraya (yang ini pun masuk percuma!).

Dah puas jalan kat muzium dan sebab makan tengah hari awal sangat, semua pun dah lapar. Makan kat 'medan' depan Arif Hotel. Menu laksa sarawak, mee koloq dan air .... (ermmm... nanti Den tengok balik!). Uiii sedapnya!! Petang ni Luvis, makan 3 mangkuk mee/ laksa! Mahmud makan 2 mangkuk! Aiiii!

Dah kenyang, apa lagi??? Sambung jalan-jalan di Kuching. Di Waterfront, ambil sampan untuk menyeberangi Sungai Sarawak. Tambang sehala 40 sen sahaja. Ni rupa sampan yang Den dan kengkawan naik. Ke Kampung Gersik, dan ke gerai Kek Lapis... (entri nie Den kena asingkan sebab panjang pula entri nie *wiNK*)

Pemandangan yang menarik di waktu senja. Lokasi Waterfront.

Haii.... ada pula kumpulan-kumpulan tengah berlatih perahu panjang. Panggilnya apa?? Regatta?? Hehe... meriah sungai ni!!

"Haiii korang.. Bila kita nak balik nih??? Diorang kat rumah dah nak start bar-b-q. Mak Ann cakap, diorang ada ajak jiran-jiran kat sebelah. Haiii cepat!!!" Maka, dengan segeranya tanpa lengah bergerak balik ke Kota Samarahan. Selepas bar-b-q yang habis dekat tengah malam (dek kerana asyik mendengar Apai Ann, Uncle Sedai bercerita).