Hari kedua di Sarawak... Hari ini akan berjalan jauh. Jam biologi subuh alam lagi sudah menghalang aku untuk terus melajak tidur. Alahai, ini bukan hari kerja!! Awal lagi nie, apa nak buat nie??? Erm... tengok Ann, amboiiii lena betul Ann tidur! Mengiringkan badan ke kiri, sebentar kemudian ke kanan... Ishk...
Pagi ini kami semua termasuk Apai Ann (apai = bapa), Auntie Julia (mak Ann) dan adik-adiknya (Lewis dan Iko) akan bergerak ke Pakan iaitu sebuah pekan kecil yang boleh juga disebut seperti pekan koboi. Pekan kampung. Untuk ke Pakan, satu jam perjalanan melalui jalan balak dari Sarikei. Kalau dari Samarahan??? Ermmm... tambah lagi enam jam perjalanan!!!! Jauhnya nak jalan hari ini. Rasa-rasanya dulu dah pernah 'tobat' tak nak naik kereta lama-lama lagi. Ekeke. Tak apalah, kali ini kita bagi 'diskaun' sebab bila naik kereta, boleh juga meng'explore' tempat-tempat lain sepanjang perjalanan.
Dengan dua buah kereta, kami bertolak dari rumah jam 9 setengah pagi. Mengisi minyak penuh dan menyedia bekal jajan sebagai persediaan. Baning (Mahmud orang pertama dapat nama Iban!) tak cukup dengan jajan di stesyen minyak, berhenti lagi membeli buah dan kuih tepi jalan. Haiiiiii...
Jam bergerak jam 10, jam 11 dan seterusnya sampai ke petang. Mak, tolong Den Mak!! Panasnya! Matahari bersinar ceria atau memancar marah??? (owhhhh api dunia, belum lagi sampai ke akhirat!). Sudah separuh perjalanan, terus usaha cari 'langsir'. Nasib baik ada tuala yang Baning tak nak pakai sebab kucing baring kat tuala tu kat umah.
Perjalanan dari Samarahan melalui pekan Serawan, Simunjan, Lachau (tempat berhenti membeli cendera hati. Jay beli gendang!!), Sri Aman (tempat berhenti makan tengah hari kerana Auntie Julia cakap kat sini banyak makanan muslim), Engkili (kawasan bersawah), Sebangkoi (taman rekreasi sebelum sampai ke Sarikei). Menempuh perjalanan antara yang menarik sebab melintasi Batang Lupar (batang bermaksud sungai yang besar) yang terkenal dengan lagenda Bujang Senang. Buaya besar yang sangat terkenal tu, ngeh ngeh tak sangka. Hilang sekejap lenguh badan dek kerana duduk terlalu lama.
Sampai di pekan Sarikei jam 6 petang. Singgah dahulu membeli barang-barang tambahan, buah tangan dan makan malam. Dari Samarahan, inilah tempat yang paling meriah sepanjang perjalanan. Tempat yang dituju iaitu rumah panjai apai Ann (rumah panjang), pandangan dari luar sudah gelap! Lambat benarkah kami sampai?? Letak atas bukit, tingkap dah tutup sebab tu gelap. Rumah panjai ni guna genarator untuk bekalan elektrik. Naik atas rumah, ohhhh meriah... Ramai penghuni yang duduk di ruai. Kami masuk ke rumah berkenalan, makan malam lagi. Belum apa lagi eh, sudah dibawa keluar dan berkenal-kenalan dengan penghuni yang duduk di ruai tadi. Baru habis mesyuarat rupanya...
Dek kerana perjalanan jauh dan panas, gambar hari kedua tak banyak. Kami simpan bateri kerana risau tak sempat nak cas di sini :)
Makan tengah hari di Sri Aman. Tempatnya macam medan selera bas express berhenti kat sini (Semenanjung).
Ini gambar yang tak dapat diterima akal!! Siapa sabotaj ambil muka Den separuh jer nih?!! Aiii
Makan malam siap-siap di pekan Sarikei.
Sampai-sampai di rumah panjai, terus dijamu nasi. Kenyang larr..
Guys, korang tidur kat luar dengan sepupu-sepupu Ann.
[macam mana rupa rumah panjai yang kami duduk?? tunggu....]
2 comments:
Wahhhhhhhhhh Ibarat drama bersirik gituh!!!!
Janggel, banyak sangat benda yang nak dikongsi :)
Post a Comment