FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, June 24, 2009

Uuha..UUha SeLaMat GaWai DaYaK

Hari Gawai sebenarnya bermaksud tahun baru bagi kaum Dayak - Iban. Untuk menyambut detik tahun baru ini, jam sepuluh malam semua penghuni sudah berada di ruai rumah. Aku awal-awal duduk sebelah Uncle sebab Auntie mahu siapkan kerja di dapur. Pelik duduk di kelompok lelaki, nasib baik Uncle pilih tempat di hujung sekali di antara wanita dan lelaki. Perasan semua mata memandang (hihi!).
Sementara menunggu detik dua belas malam, penduduk rumah yang berkerjaya bersepakat untuk mengambil peluang berkumpul ini untuk berkongsi pengalaman dan menyampaikan pelbagai pesanan seperti kepentingan pendidikan anak-anak, kesihatan diri, persaingan dunia luar, pengurusan kewangan dan sebagainya lagi. Kagum satu perkataan yang tepat buat aku kepada mereka kerana keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk membangun dan maju bersama seluruh penduduk rumah panjai. Bersemangat untuk membantu seluruh kampung (rumah panjai) amnya dan keluarga khasnya.
Uncle Sedai dijemput berucap secara tiba-tiba (katanya). Uncle sebenarnya orang penting di rumah ini dan merupakan antara orang yang berjaya di rumah panjai ini. Panjang juga Uncle berucap. Kami diperkenalkan seorang demi seorang secara rasmi kepada semua. Kenalkan nama, kerja dan perkenalan kami dengan Ann serta aktiviti-aktiviti yang kami lakukan. Terasa 'glamourous!'. Uncle juga awal-awal lagi memberitahu kepada semua, aku, Wan dan Baning tidak 'nyirup' (minum tuak) kerana selepas ini akan ada banyak gelas-gelas air pengayu a.k.a. tuak.
Semua berkumpul di ruai rumah.

Uncle menyampaikan sedikit ucapan.

Diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah. Malam ini ada penyampaian hadiah untuk permainan sukaneka, warga rumah paling tua (datuk ni sihat lagi, eh! Berapa dah umurnya?? Lupa!), warga yang berjaya mendapatkan ijazah dan beberapa penghargaan lain untuk menaikkan semangat pada penghuni yang lain.

Menunggu detik dua belas malam (tahun baru). "Selamat hari Gawai", "Gayu Guru", "Gerai Nyamai", "Lantang Senang nGuan Menoa" diucapkan sesama sendiri tanda kegembiraan.

Uncle Sedai dan sepupu Ann, si kembar kachak.

2 comments:

en_me said...

salammm, nice blog u hv.. wondering wat u doing in rumah panjai..

masMZ KaKiJaLaN said...

Salam en_me..

Thanks 4 visiting and welcome to my blog.

Rumah panjai... unexpected invitation by a friend to celebrate Gawai with her family...

[Walking to rumah panjai, like having 'dejavu' of my childhood. Erm.... Syukur]