FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, November 26, 2014

MaLaYSia INTeRNaTiONaL ARTS ViLLaGe (MIPAV) 2014

HaLuuuuuuu
Salam segala salammmm......
Hari ni ada dasar tak mampooo nak pikir memacam salam macam selalu.....
Dem sangat bila fesbuk sepuluh juta kali kena hack, sepuluh juta kali tukar password... last sekali aku pun lupa password apa yang aku letak!  Hohohoooo ciskek sangatkan!

Apapaun, sebelum hari ni berakhir, nak kongsi ada event yang aku rasa best tengah berlangsung di MATIC, Jalan Ampang.  Malaysia International Arts Village (MIPAV) 2014 melibatkan penyertaan dari beberapa buah negara termasuk Indonesia, China, Mongolia, Cambodia, Thailand dan beberapa buah negara lagi, Berlangsung dari 22 November 2014 sehingga 26 November 2014 (haaa yerr, hari ni hari terakhir).

Ahad lepas sempatlah jenguk event ini... Memang best dan tambah pulak musim cuti sekolah ni, siapa yang ada anak-anak ke, boleh la mai sini... Aku yang mudo rumaja ni pun enjoy sangat, ni pulak kalau bebudak kan!

So, sharing is caring.... Ni gambar yang aku ambil masa show jam 3 petang dan 5 petang.  Ada juga workshop untuk tarian, ni memang dah penuh katanya....  Feel free untuk petang ni dan malam ni punya persembahan.  Masuk PERCUMA!!

Cekidaut page facebook Malaysia International Performing Arts Village - MPV 2014 atau boleh juga tengok di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara untuk maklumat lanjut.















Tuesday, November 4, 2014

AuSSiE 02 (CaNBeRRa) : JaLaN-JaLaN SeKeLiLiNG KoTa

Haluuuu....
Assalamualaikum.....
Salam Satu Malaysia....
Salam Perak Amanjaya.....
Salam jom pi jalan.....
Moh sambung cerita di Canberra, Australia...
Cerita awal di sini....
Lepas jalan-jalan di Floriade, kami terjah beberapa tempat di dalam bandar Canberra ni.
 
Lokasi pertama, kembali ke tempat belajar dulu.... Hahahahahaa katanya belajar satu semester je sebelum lompat pi tempat lain ;p...  Oklah fefeling belajar kat Aussie sangat.  Kengkononnya di Australian National University yaaa?!!!! 

Gitu haaaa memasing, gaya macam rindu balik kampus sesangat. Dengan Adib pun kami tarik sama.  Manalah tahu nanti belajar kat sana pulakkan?  Sukalah maknya nanti sepuluh tahun lagi leh datang balik jenjiwang kat tempat jatuh lagi dikenangkan?! Ahaksssss...

Posing-posing depan singage tu, pindah pula kat National Museum Australia.  Masuk?  Hehehe... memang taklah, sebab memasing penat.  Sebenarnya tak sabar nak masuk bilik dah nih...

Tapi dalam tu, geram tengok padang-padang atau tempat berumput banyak pokok ala-ala matahari ni... Apakah namanya eh?

Is kata, jom ambil gambar guling-guling atas rumput....
Hoho.... iya! Ayuh!  Gambar banyak tapi kena banned dari tatapan umum... Muahahahaha #evillaughkejap
Oklah jom memasing tongkat dagu sambil gigit bunga lakssss.... Hahahahaa layannnnn...
Dan masa buat perangai tak senonoh ni la tetiber 4 biji bas yang penuh orang tak tahula rombongan dari mana lalu dan berhenti dekat simpang...
Terpaksa perasan macam semua orang dalam bas pandang kami yang tak seberapa senonoh ni....  Dalam hati doa janganlah tertembung dengan diorang ni kat tempat lain...

Tengah-tengah tak sedar diri tu, Abu dari dalam kereta dah lambai-lambai.... Ok next station!  Baik bos!  Jom pi Parliment House.
Ni dia Parliment House...  Dulu bangunan parlimen katanya di Melbourne, tapi sebab Canberra ni dah jadi ibu negara, parlimen baru di buat kat sini..  Dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 5 petang.   

Berempat je dulu sebab Adib tidur dalam kereta.  Tu dia haaa baru perasan keluarga merah.

Australian War Memorial ni tempat peringatan la pada askar-askar dan organisasi-organisasi diorang yang terlibat dalam perang.

Di Australia War Memorial, kami ambil gambar lebih kurang  saja sebelum di sapa anggota tentera dari pelbagai negara.  Glamer tetiber dan diorang pun dengan gumbira nak posing sama.  Cuma time time tu pulak laaaaaa gadget hebat Janggel wat hal! Ciskek sangat! Huh!


Ok... belanja gambar sendiri satu.... Perasan tak ada persamaan di situ?????

Next checklist – rehat dulu. Jom check-in di YHA (Australian Backpacker and Youth Hostel Accomodation and Travel) yang lokasinya betul-betul dalam pusat bandar. Info sini --- http://www.yha.com.au/hostels/nsw/canberra/canberra-city-backpackers-hostel/

Asalnya lepas sarapan nak daftar masuk, tapi setelah dipujuk-pujuk pun waktu masuk tetap 1 petang.  Sebab tu kami pulun jalan merata.  Kat sini kami ambil bilik paling besar supaya semua orang berkumpul dan senang nak masak nak makan.  Hehehe sebenarnya kat hostel ni ada kemudahan dapur kat bawah, cuma kami dah angkut semua barang masuk bilik dan lebih senang. *mana pulak entah, gambar bilik! haiya!  Harga bilik kami untuk 1 katil single 2 tingkat, 1 katil bawah double atas single 1 dan 1 katil extra aus180.  Oklah tu bilik besar leh guling-guling atas karpet lagi lapangnya.... *gambar nanti nak cari balik. Hahahahaa

Selesanya masuk bilik dan rehat.  Perjalanan jauh bagi aku dan Janggel dari Kuala Lumpur dan terus berkembara kereta Adelaide ke Canberra ni.  Lepas lelah 2 jam dalam bilik, malam kami semua ada janji temu makan malam di rumah kawan Is..... Hohohoooooo alhamdullillah.

Tadaaaaaaaa..... muka laparrr tak sabar nak makan. Ngeh3x...  Tetiber semua muka cam adik beradik pulak????  Mohon daku menjadi yang bongsu.... Ecehhhhh aghhhh diam! diam!

Dah tu pose ngan tuan rumah pulak.  Sedap masaknya walaupun simple.  Dasar macam dah kawan lama, makan pun ala-ala tak agak-agak asyik ngulang ke dapur tambah makanan.... Auwwwww maluuuuuuuuu........  Gambar makanan, lupa laaa nak snapp.... *hakikatnya memula tu memalu memeowwwww

Oklah.... lepas makan, sambung sembang-sembang....  Seronok pi rumah depa ni, feel like home sangat masa beramah mesra... Hikssss... Ni nasib datang malam, kalau siang, gambar memang bukan cam ni laaaaaa..... Taman belakang rumah luas dan lawo! Eeeeeeeeee ai is jeles!  

Terima kasih tuan rumah Allina dan Najib.  Semoga jumpa lagi :)

Ok. Nanite.  Esok kita bergerak ke Sdyney pulak!!!!!  

Monday, September 29, 2014

AuSSiE 02 (CaNBeRRa) : MeNGHiRuP SeGaR di iBu NeGaRa / FLoRiaDe AuSTRaLia

Haluuuu..
Assalamualaikum....
Salam Perak Aman Jaya
Salam jom sambung pergi jalan....
Ke mana kita hari ni?

Yeahhh ayuh makan pankek sedap dan membidik bunga dan burung pada hari yang indah...

Kami bergerak dari Murrumbateman sebuah kampung kecil dan jaraknya ke Canberra dalam 40km. Bila cari-cari info pasal kampung ni, cool climate wine region.  Hohoho..... Padanlah sejuk lain pagi tu, mencapai tahap gigil-gigil gitu haa.  

Canberra ni sebenarnya merupakan ibu negara Australia.  Ibaratnya di tempat kita samalah seperti Wilayah Persekutuan Putrajaya.  Canberra masih lagi dalam usia muda dan kalau pergi pun tak sebesar bandar-bandar lain kat sini.  Ermmmmm moh kita khatamkan semua yang ada dalam bandar ini dalam masa sehari. Hahahahahaa

Sampai Canberra pukul 6 pagi. PAgi benor untuk jengah ke mana-mana kedai.  Selepas berada dalam kenderaan selama hampir 15 jam (termasuk sesi masak maggi tepi jalan), kami singgah dulu di Canberra Nara Peace Park.  Pergi Aussie dan antara tempat terawal terasa di Jepun?  Sedebik!  Info sebalik taman ni, korang tanya cik Google ya.  Taman tepi tasik dengan ada bahagian pokok yang masih belum bangun dari musim sejuk, dan ada bahagian deretan pokok yang sedang berbunga gembira menyambut musim bunga.  Awesome membidik kamera sehingga terlihat Abu melambai-lambai tanda kami harus bergerak ke tempat lain.

Pemandangan subuh untuk ke Canberra.

Dah sampai Canberra Nara Peace Park.  Info boleh tengok kat sini.... klik

Latar belakang putih kelabu tu sebab kabus masih tebal... Hilang terus tasik kena tutup kabus.




Taraaaaa..... nak juga buat pose bebudak haaaaa.....


Yeayyy... sarapan!  Pagi ni makan lempeng atau bahasa omputihnya pancake..  Owh ye?  Kalau bahasa Melayu bukan penkek ke?  Ngada kau! Sama je ok!  Kata Is, kalau datang sini mesti nak makan kat sini.  Penkek saja pun, kalau buat sama juga rasa, tapi tetap jugak tempat ni wajib pergi dan korang kena rasa.  Owhhhh... wokeyyyy.  Boleh.  Boleh.. kami tengah kaya lagi ni #evillaugh

Kalau nak cuba, haaaa nanti google kedai ni Pancake Parlour wokeyyyy :)


Muka bahagia tengok makanan lazat depan mata.... AuMMMMMMM.

Ni haaaa 3 keping ok! Dengan aiskrim vanilla kat atas dan cicah dengan mapple sirap. Yummmmmmeh lagi kena hot coklat.  Feeling mata biru sangat taw.

Harga sarapan aku pagi ni, set pancake dengan koko panas (erk?! hot choc) ialah $15 (harga student). 

Lepas sarapan kami berjalan-jalan dalam bandar sebelum kami masuk ke Glebe Park.  On da way tu, ofkos la pose tak hengat donia kan. 

Gaya macam wartawan sangat (walaupun opkoslah tidak kan!).  Apa? Kasino????? Ngeh ngeh ngehhhhhh..... tidak!

Capturing moments....  Mentang-mentanglah jalan dengan mama dan paparazikannnnn......  Adam ngan Adib suka ambil gambar.... EEEee rindulah pulak!

Dah sampai Glebe Park... Jom bergambar dulu :D


Dalam park, kami dah feel the spring.. Abu jadi Mat Bunga.

Janggel pun sama... Gitu kan membelai-belai pipi dengan kelopak bunga ;p

Tengok Abu pun sporting buat shoot lari ngan hero-hero dia.

Is pun sama main pose nyorok-nyorok balik pokok.

Dan kami pun ikut tumpang dua kali lepas tu.

Pose perasan... cewahhhh tinggilah tu kalau buat macam tu?

Pose wajib dengan pokok.  Aku sukaaaaaaaaaa..  Tetiber rindu laks nak masuk hutan.

Bila part bergambar-gambar ni cepat betul masa berlalu.  Sedar-sedar sudah pukul 9.30.  FLORIADE!!!! Wow, awal-awal dah disambut dengan meriahan burung-burung bergumbira di awal pagi....  Ni burung undan ni sepasang, asyik posing jer. Eh?

Floriade ni masuk percuma... Fuhhhh selamat!  Floria kat Putrajaya pun dah kena bayar kan sekarang! Haiya!

Floriade atau pesta bunga ni rupanya major event jugakla terutamanya dalam musim bunga. Waaaaa untunglah!  Pesta ni katanya berlangsung tiap-tiap tahun dan tahun ni, rupanya dah masuk tahun yang ke 27!  Giler hebat!

Info pasal Floriade ni leh tengok kat sini --- Floriade Australia.

Dalam Floriade ni banyaklah bunga-bunga yang cun melecun....

Phewww panjang sangat dah entri ni...  Walaupun jalan 1 hari je, tapi banyak sangat gambar nak kena kongsi.....

Layannnnn.....







Ok.. tumpang post gambar sendiri... 

Bukti ok! Kat Floriade :D

Menunggu masa untuk kembang  subur mekar semula... Huh dasat pula ayat aku tu... Hahahahaha....
Hepi sangat ok!

Lepas ni kita jalan-jalan dalam bandar lagi ya :)
Sambung nanti!! :D