Haluuuu..
Assalamualaikum....
Salam Perak Aman Jaya
Salam jom sambung pergi jalan....
Ke mana kita hari ni?
Yeahhh ayuh makan pankek sedap dan membidik
bunga dan burung pada hari yang indah...
Kami bergerak dari Murrumbateman sebuah kampung kecil dan jaraknya ke Canberra dalam 40km. Bila cari-cari info pasal kampung ni, cool climate wine region. Hohoho..... Padanlah sejuk lain pagi tu, mencapai tahap gigil-gigil gitu haa.
Canberra ni sebenarnya merupakan ibu negara Australia. Ibaratnya di
tempat kita samalah seperti Wilayah Persekutuan Putrajaya. Canberra masih lagi dalam usia muda dan kalau pergi pun tak sebesar bandar-bandar lain kat sini. Ermmmmm moh kita khatamkan semua yang ada dalam bandar ini dalam masa sehari.
Hahahahahaa
Sampai Canberra pukul 6 pagi. PAgi benor untuk jengah
ke mana-mana kedai. Selepas berada dalam
kenderaan selama hampir 15 jam (termasuk sesi masak maggi tepi jalan), kami
singgah dulu di Canberra Nara Peace Park.
Pergi Aussie dan antara tempat terawal terasa di Jepun? Sedebik!
Info sebalik taman ni, korang tanya cik Google ya. Taman tepi tasik dengan ada bahagian pokok
yang masih belum bangun dari musim sejuk, dan ada bahagian deretan pokok yang
sedang berbunga gembira menyambut musim bunga.
Awesome membidik kamera sehingga terlihat Abu melambai-lambai tanda kami
harus bergerak ke tempat lain.
Dah sampai Canberra Nara Peace Park. Info boleh tengok kat sini.... klik.
Latar belakang putih kelabu tu sebab kabus masih tebal... Hilang terus tasik kena tutup kabus.
Taraaaaa..... nak juga buat pose bebudak haaaaa.....
Yeayyy... sarapan! Pagi ni makan lempeng atau bahasa omputihnya
pancake.. Owh ye? Kalau bahasa Melayu bukan penkek ke? Ngada kau! Sama je ok! Kata Is, kalau datang sini mesti nak makan
kat sini. Penkek saja pun, kalau buat
sama juga rasa, tapi tetap jugak tempat ni wajib pergi dan korang kena
rasa. Owhhhh... wokeyyyy. Boleh.
Boleh.. kami tengah kaya lagi ni #evillaugh
Kalau nak cuba, haaaa nanti google kedai ni Pancake Parlour wokeyyyy :)
Muka bahagia tengok makanan lazat depan mata.... AuMMMMMMM.
Ni haaaa 3 keping ok! Dengan aiskrim vanilla kat atas dan cicah dengan mapple sirap. Yummmmmmeh lagi kena hot coklat. Feeling mata biru sangat taw.
Harga sarapan aku pagi ni, set pancake dengan koko panas (erk?! hot choc) ialah $15 (harga student).
Lepas sarapan kami berjalan-jalan dalam bandar sebelum kami masuk ke Glebe Park. On da way tu, ofkos la pose tak hengat donia kan.
Gaya macam wartawan sangat (walaupun opkoslah tidak kan!). Apa? Kasino????? Ngeh ngeh ngehhhhhh..... tidak!
Capturing moments.... Mentang-mentanglah jalan dengan mama dan paparazikannnnn...... Adam ngan Adib suka ambil gambar.... EEEee rindulah pulak!
Dah sampai Glebe Park... Jom bergambar dulu :D
Dalam park, kami dah feel the spring.. Abu
jadi Mat Bunga.
Janggel pun sama... Gitu kan membelai-belai pipi dengan kelopak bunga ;p
Tengok Abu pun sporting buat shoot lari ngan hero-hero dia.
Dan kami pun ikut tumpang dua kali lepas tu.
Pose perasan... cewahhhh tinggilah tu kalau
buat macam tu?
Pose wajib dengan pokok. Aku sukaaaaaaaaaa.. Tetiber rindu laks nak masuk hutan.
Floriade ni masuk percuma... Fuhhhh selamat! Floria kat Putrajaya pun dah kena bayar kan sekarang! Haiya!
Floriade atau pesta bunga ni rupanya major event jugakla terutamanya dalam musim bunga. Waaaaa untunglah! Pesta ni katanya berlangsung tiap-tiap tahun dan tahun ni, rupanya dah masuk tahun yang ke 27! Giler hebat!
Info pasal Floriade ni leh tengok kat sini --- Floriade Australia.
Layannnnn.....
Bukti ok! Kat Floriade :D
Menunggu masa untuk kembang subur mekar semula... Huh dasat pula ayat aku tu... Hahahahaha....
Hepi sangat ok!
Lepas ni kita jalan-jalan dalam bandar lagi ya :)
Sambung nanti!! :D
No comments:
Post a Comment