Haluuuu....
Assalamualaikum.....
Salam Satu Malaysia....
Salam Perak Amanjaya.....
Salam jom pi jalan.....
Moh sambung cerita di Canberra, Australia...
Cerita awal di sini....
Lepas jalan-jalan di Floriade, kami terjah beberapa tempat
di dalam bandar Canberra ni.
Lokasi pertama, kembali ke tempat belajar dulu.... Hahahahahaa katanya belajar satu semester je sebelum lompat pi tempat lain ;p... Oklah fefeling belajar kat Aussie sangat. Kengkononnya di Australian National University yaaa?!!!!
Gitu haaaa memasing, gaya macam rindu balik kampus sesangat. Dengan Adib pun kami tarik sama. Manalah tahu nanti belajar kat sana pulakkan? Sukalah maknya nanti sepuluh tahun lagi leh datang balik jenjiwang kat tempat jatuh lagi dikenangkan?! Ahaksssss...
Posing-posing depan singage tu, pindah pula kat National Museum Australia. Masuk? Hehehe... memang taklah, sebab memasing penat. Sebenarnya tak sabar nak masuk bilik dah nih...
Tapi dalam tu, geram tengok padang-padang atau tempat berumput banyak pokok ala-ala matahari ni... Apakah namanya eh?
Is kata, jom ambil gambar guling-guling atas rumput....
Hoho.... iya! Ayuh! Gambar banyak tapi kena banned dari tatapan umum... Muahahahaha #evillaughkejap
Oklah jom memasing tongkat dagu sambil gigit bunga lakssss.... Hahahahaa layannnnn...
Dan masa buat perangai tak senonoh ni la tetiber 4 biji bas yang penuh orang tak tahula rombongan dari mana lalu dan berhenti dekat simpang...
Terpaksa perasan macam semua orang dalam bas pandang kami yang tak seberapa senonoh ni.... Dalam hati doa janganlah tertembung dengan diorang ni kat tempat lain...
Tengah-tengah tak sedar diri tu, Abu dari dalam kereta dah lambai-lambai.... Ok next station! Baik bos! Jom pi Parliment House.
Ni dia Parliment House... Dulu bangunan parlimen katanya di Melbourne, tapi sebab Canberra ni dah jadi ibu negara, parlimen baru di buat kat sini.. Dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 5 petang.
Berempat je dulu sebab Adib tidur dalam kereta. Tu dia haaa baru perasan keluarga merah.
Australian War Memorial ni tempat peringatan la pada askar-askar dan organisasi-organisasi diorang yang terlibat dalam perang.
Di Australia War Memorial, kami ambil gambar lebih kurang saja sebelum di sapa anggota tentera dari pelbagai negara. Glamer tetiber dan diorang pun dengan gumbira nak posing sama. Cuma time time tu pulak laaaaaa gadget hebat Janggel wat hal! Ciskek sangat! Huh!
Ok... belanja gambar sendiri satu.... Perasan tak ada persamaan di situ?????
Next checklist – rehat dulu. Jom check-in di YHA (Australian Backpacker and Youth Hostel Accomodation and Travel) yang lokasinya betul-betul dalam pusat bandar. Info sini --- http://www.yha.com.au/hostels/nsw/canberra/canberra-city-backpackers-hostel/
Asalnya lepas sarapan nak daftar masuk, tapi setelah dipujuk-pujuk pun waktu masuk tetap 1 petang. Sebab tu kami pulun jalan merata. Kat sini kami ambil bilik paling besar supaya semua orang berkumpul dan senang nak masak nak makan. Hehehe sebenarnya kat hostel ni ada kemudahan dapur kat bawah, cuma kami dah angkut semua barang masuk bilik dan lebih senang. *mana pulak entah, gambar bilik! haiya! Harga bilik kami untuk 1 katil single 2 tingkat, 1 katil bawah double atas single 1 dan 1 katil extra aus180. Oklah tu bilik besar leh guling-guling atas karpet lagi lapangnya.... *gambar nanti nak cari balik. Hahahahaa
Selesanya masuk bilik dan rehat. Perjalanan jauh bagi aku dan Janggel dari Kuala Lumpur dan terus berkembara kereta Adelaide ke Canberra ni. Lepas lelah 2 jam dalam bilik, malam kami semua ada janji temu makan malam di rumah kawan Is..... Hohohoooooo alhamdullillah.
Tadaaaaaaaa..... muka laparrr tak sabar nak makan. Ngeh3x... Tetiber semua muka cam adik beradik pulak???? Mohon daku menjadi yang bongsu.... Ecehhhhh aghhhh diam! diam!
Dah tu pose ngan tuan rumah pulak. Sedap masaknya walaupun simple. Dasar macam dah kawan lama, makan pun ala-ala tak agak-agak asyik ngulang ke dapur tambah makanan.... Auwwwww maluuuuuuuuu........ Gambar makanan, lupa laaa nak snapp.... *hakikatnya memula tu memalu memeowwwww
Oklah.... lepas makan, sambung sembang-sembang.... Seronok pi rumah depa ni, feel like home sangat masa beramah mesra... Hikssss... Ni nasib datang malam, kalau siang, gambar memang bukan cam ni laaaaaa..... Taman belakang rumah luas dan lawo! Eeeeeeeeee ai is jeles!
Terima kasih tuan rumah Allina dan Najib. Semoga jumpa lagi :)
Terima kasih tuan rumah Allina dan Najib. Semoga jumpa lagi :)
Ok. Nanite. Esok kita bergerak ke Sdyney pulak!!!!!
No comments:
Post a Comment