FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label OwHHH. Show all posts
Showing posts with label OwHHH. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi

Assalamualaikum...

Teman-teman di KaKi JaLaN, sedar tak sedar rasanya Ramadhan kali ini berlalu dengan pantas sekali.  Baru sahaja memulakan ibadah puasa, tup-tup dalam masa beberapa hari lagi dah nak sambut raya.  Bulan puasa kali ini merupakan bulan puasa yang paling mencabar dalam hidup aku.  Bulan yang super duper sibuk sampai nak mohon cuti raya pun macam nak nanges.  Keadaan di luar yang masih berterusan jerebu juga turut menuntut lagi pengorbanan, hurmmm...

Mohon maaf kerana blog yang selalu terabai (eceh bajet cam retis gitewkan!) dan mohon maaf sekiranya ada tulisan-tulisan di KaKi JaLaN yang menyinggung perasaan (ke sebab tak terjawab bagai etc).

Untuk yang akan memandu jauh, berhati-hati di jalan raya.  Jangan lupa tanggungjawab anda untuk balik bakor lemang, kacau dodol, rebus ketupat semua (kang tak raya lakss).  Dan paling penting, jangan lupa keluarga tersayang yang menanti di kampung.

Buat teman-teman di KaKi JaLaN yang tak dapat kad raya bersetem dan bercop Pos Malaysia, ini naaa kad raya spesel edisen untuk korang.... Weeeeee.........

SeLaMaT HaRi RaYa aiDiLFiTRi daN MaaF ZaHiR BaTiN.
#dengan pesanan tambahan --> NaK duit raya!!! Hahahahahaha.... Motif sangatkan?!


Buat Janggel yang jauh di sanun, bertabahlah beraya di perantauan...

Cantik dak baju raya aku??? Kaler kek lapis berpelangi giteww

Kad raya KaKi JaLaN tahun lepas leh tengok kat sini --> Raya 2011


Wednesday, January 11, 2012

TaMaN TaSiK TaiPiNG ~ MaSiH SaMa YaNG TeRKaNDuNG Di DaLaMNYa

Berhenti sekejap dari siri PaKaT Mai SiNi bersama abang Leman, enchek Harun, Aloyah dan Datin Fe'ah. Jom ke Taman Tasik Taiping... Mana tuh??? Soalan tak agak-agak!!! Kalau pakat-pakat tak tau, tak cukup buku geografi dan buku sejarah menengah rendah, majalah Gila-Gila pun boleh buat rujukan.  "From Taiping With Love" gitu.

Taiping...  Kalau ke Taiping, jangan tidak-tidak untuk singgah ke Taman Tasik Taiping.  Tempatnya memang super duper cantik.  Tak tahu apa yang pernah berubah kat sini, sebab dari dulu sampai sekarang, tempat ini masih cantik, masih tenang dan menenangkan.  Dan aku masih suka akan tempat ini tidak kira jika aku sendiri mahupun bersama teman-teman.  Ada hiruk, ada sunyi, namun ianya tetap membawa kepada kesenangan jiwa.


Jangan tidak-tidak  terlepas pandang kepada penjara moden yang pertama dan tertua di Malaysia.  Penjara ini telah dibina pada tahun 1879 dan pada hari ini usianya telah menjangkau 133 tahun!

Love! Love! Love! I'm so into "From Taiping With Love"

Senang dan damai

Betul tak???  Tengok bayang dalam air!!!

Lari sekeliling tasik, one of my fav.



~ eksperimento of mirror  : da relection fantastico!!!~

*bayang dari air
upside down 
upside down
and again, upside down
opssssssssssss........
yang benar rupa nyerr gini yerrrr, hahahahaaha


Saturday, December 10, 2011

Ho CHi MiN DaY 3 : MeKoNG TouR PaRT 3

Lepas dah shopping-shopping candy kelapa (untuk sesiapa yang membeli) dan penyaksian orang minum air 'jeruk' ular (yek yek!), kami di bawa menaiki kereta kuda untuk masuk kampung.  Dalam satu kendati ini boleh muat sehingga enam orang, jadi dapatlah kami semua naik satu kendati yang sama.  Disebabkan sebelum ni, diorang asyik minta tips (sampan dengan orang yang nyanyi-nyanyi, aku pun tanya dengan guide "Nak kena bagi tips jugak ke?" .  Hung jawab, "Ne he" <-- sedap je aku translate ke bollywood!!!)

Perjalanan naik kereta kuda ni melalui pekan kecil pulau ni, lepas tu baru masuk kampung...  Pekan macam pekan koboi!!!! Cuba bayangkan dalam cerita omputih dulu-dulu, tengah-tengah pekan jalan lapang.  Dalam dua puluh minit perjalanan, kami pun sampai kat tempat makan.  Menu dia bagi siap-siap vegetarian dan bagi sorang sepinggan sekali dengan dua ketul popia.  Kalau nak order lain pun boleh juga, ada menu udang, ikan, dan bagai....  M je yang makan nasi dan habis pula!!! Aku makan popia dia, sempoi larrrr...  Yang lenlain, makan bekal... Kami bawa sandwich sardin masa trip nih :)  Kawasan tempat makan ni macam dalam dusun, sejuk (gambar tak letak sebab banyak sangat gambar nak kongsi nih! hihi ampun!).

Dah kenyang, aktiviti bebas.  Nak bersantai-santai rehat kat situ pun boleh... Ada banyak hammock, jadi nak layan mata pun boleh!  Kami pilih untuk berbasikal di dalam kawasan kampung.  Naik basikal ni percuma sebab dah masuk dalam pakej.  Masa yang diberikan selama setengah jam, pi larrr nak pusing kot mana pun!!!  Jadi masa yang diberikan digunakan sebaiknya....  Ingatkan kami yang last sampai, rupa-rupanya ada yang sesat masa meronda tu... Haiyarkhhhhh!!!!!

Untuk balik ke bot asal, kami naik bot kecil dan sekali lagi melalui kawasan rumpun mengkuang (Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu, Dagang Pak Malaudagang bertempat, Dagang hamba terbuang lalu... ecece).  Masa ni, dah pukul 2 lebih, maka, layan je pokok-pokok tu... Hehehe...


Jakun! Cam tak pernah naik kereta kuda je!
Errr pernah ke tak erk????

Layan kasut lagi! <-- gambar bukti nih!

Pekan koboi.... Sebab tu aku tak bagi bawak limosin aku datang sini...
ahaksss

Wanita tempatan... memang topi sangai ni larrr yang sentiasa dipakai ke mana-mana

Gambar ni masa lalu kat kawasan kampung

Dah nak sampai dah....
Dalam kepala dok terbayang-bayang, apa makanan yang diorang nak jamu nih

Pakcik yang bawa kereta kuda kami

Nasi lauk vege. beserta dua ketul popia

Yang depan tu Tad, bukan main excited!
Adakah kerana kesan air jeruk ular???

Verangan gadis Viet

Kayuh sambil snap-snap

Kat sini leh jumpa basikal tua, kereta kuda dengan motorsikal je

Aku pun ada topi sangai tu tau!!!!

Layan 'kasut ku dah kayuh basikal tua viet' masa nunggu orang....

Di celahan pokok rumbia

Suka hati larrr kejap kata pokok mengkuang, kejap pokok rumbia, hahaha

Tu naaaa dah nak sampai bot... Lepas ni kita balik ke tanah besar

Monday, October 17, 2011

PaSaR KaRaT LoKiN, IPoH

Program I Love Ipoh - jom ke Lokin (Lorking?! Looking?!)!

Pasar Karat Lokin ini terletak di Memory Lane iaitu di Jalan Horley (melalui Jalan Sultan Idris Shah) dibuka pada setiap hari Ahad seawal 7 pagi sehingga dua belas tengah hari. Pelbagai jenis barangan termasuk jam, telefon, tin-tin, kamera, barang mainan, buku (dari kategori antik, terpakai, barang 'rare') ada dijual di sini. Pendek kata, pasar karat memang ala-ala 'heaven' bagi peminat-peminat barangan barang-barang lama.

*[hahahadeh tetibe cam dah tak pandai nak nulis laksss, korang layan gambo je larrr erk!].
* Masa yang dihabiskan di Lokin ini (khatam di kawasan pasar karat sahaja) ~ 2 jam setengah!



Jeng jeng jeng... dah nampak dah kemeriahan Lokin (ini baru nak masuk)


haaaaa tu dia, ni keadaan pada pukul 8 pagi.  Digalakkan kalau nak datang sini, eloklah datang awal pagi :)


Basikal-basikal budak... Korang ada??? Teman nyer  dulu yang kedua dari kanan :D


Air gas dalam botol! Dulu2 kita beli lepas tu, orang kedai tuang dalam plastik! Ingat tak?


antara barangan lain


baju bundle


majalah-majalah lama


tas tangan beraneka rupa... yang ni weeeee glamer


bekas cermin mata - terpakai


nak cari basikal tua? ni naaaa kat sini pun ada!!


kelas kau maria - set kayu golf Mustang


stroller 'doulu-doulu'


kamera-kamera antik pun ada... ini antaranya... 'i like!'


borongan aku - The Advantures of Tom Sawyer dengan Harris Brinker :D


JOM IPOH!!!

Thursday, June 30, 2011

LaNGKaWi : CaRi MaKAN JoM

Langkawi?? Hurmmmm..... Agak-agak apa makanan yang wajib eh bila pi Langkawi nih???

Mapkanan pertama yang kami jamah (errr macam salah je!) sebenarnya nasi sebab dah lapar sesangat. Sarapan di Kuala Perlis setakat mengalas perut je yang mana alasnya mungkin senipis tisu je kot... tak tahu larr sebab terlalu excited nak ke pulau sampai tak ada selera nak makan atau memang makanannya tidak begitu memberangsangkan. Selepas sahaja check in di motel, kami terus keluar dan tempat utama haruslah kedai makan.

Makan 1 : (lupa laks namanya, tapi betui-betui seberang Akuarium)
Cheq suka makan kat sini... Selera tukang masak dengan tekak cheq memang sama! Dek sebab lapo, lupa pula nak ambil gambar!

Makan 2 : Gerai makan dekat Dataran Lang
Yeayyyyy dapat makan laksa utara yang SEDAP!! Nyaman nyerr rasa sebab yum yum memang sedap.... Nak lagi!!!


Makan 3 : Kembali ke Dataran Lang
Gara-gara terlewat keluar sebab tak sedar diri bergambar sakan bagai di Pantai Chenang dan mahu checked-in di Dataran Lang, kami keluar makan malam ke pekan Kuah. Gerai pilihan hanya selang beberapa pintu dari gerai petang tadi. Malam ni makan satay, huaaa ni siapa punya kegilaan makan satay 2 hari berturut-turut ni?? (kat Ipoh pun dah makan satay). Makanan utama cheq Nasi Goreng Ketam Istimewa, huuuuuuuu..... Jemput. Jemput. Jemput makan :)





Makan 4 : Makan tengah hari di gerai depan Akuarium (lagi sekali!)
HAhaha.... dah memang cheq suka makan kat sini.


Makan 5 : Laksa Power (tepi lapangan terbang)
Suatu ketika dahulu, masa cheq datang Langkawi, cheq rasa cheq makan kat kedai ni. Makan laksa dengan cendol, tapi..... tak tau larr ni kedai yang sama atau bukan... Nama laksa power, haduiiiiii.... rasanya inilah antara laksa yang paling hampeh yang pernah cheq makan... Hangit! Tanya pasal cendol, jawabnya ada tapi yang warna hijau dalam cendol tu tak ada! Huhhhhh tu bukan cendol tau! Mee rojak, antara yang paling hampeh jugak! Hurmmmm.... tolong larr meniaga betul-betul tuan... Ni belum buka cerita lain lagi nih.... Hurmmmmm (lagi sekali).




Makan 6 : LasT DiNNeR MaKaN SeDaP... KeDai iKaN BaKaR seBeLaH AmZaR MoTeL
Kedai ini sebenarnya terletak betul-betul sebelah motel yang chek duduk. Tengok sombong tak kami, simpan pi kedai makan yang dekat masa hari last?? Hahaha... Kedai ni memang ramai orang, kalau lapar sangat order lar yang simple-simple dulu... Tempat makan selesa dan harga makan pun ok!
Malam ini, satay untuk hari ketiga berturut-turut... Tak tahulah siapa yang mengidam nih!??






Makan 7 : Aii bukan sepatutnya makan kat tanah besar ke???
Gara-gara bot pukul 10 sudah habis (kami sampai jeti jam 9 pagi), terpaksalah kami menaiki feri jam 11.30 pagi. Hai lama juga nak menunggu tu (tapi best gak sebab sempat lar nak mengintai parfume! hihihi).
Menu sarapan pagi, masing-masing memesan mee goreng mamak dan teh tarik dan tambahan godaan yang tak tahan sekeping roti canai yang dikongsi tiga (kes takmo kenyang sangat! ntah hape-hape kan?!)


DaH LaR JoM BaLik!!
Trip Langkawi ni memang best.... Terimbau kenangan Pangkor dulu... Susah senang bersama. Ada campur, ada tolak, bincang-bincang yang penting hepi dan enjoy. Kepala kena sama baru happening!!!! Terima kasih Janggel, terima kasih Dhamin buat kesekian kali nya.... Jerejak pula ya lepas nih??? Hahahaha adoiiiiiii.....

Menunggu feri di terminal, mood gambar tetap tak habis!

Hoyeahhh, syukur dah selamat kembali.. Owhh Langkawi, gudbye...

Banyak makan, banyak jalan, ni larrr jadi nyerr..

Sebelum entri Langkawi ditutup, dikongsikan sedikit info.
Tempat tinggal : Amzar Motel (bilik yang dipilih aircorn untuk double RM45/malam * 2 bili * 2 malam
Kereta sewa : Kalau anda bernasib baik, harga kereta sewa yang terendah ialah RM50/- harga biasa RM70++ (Kalau di jeti Kuala Perlis ada yang offer RM50 tu kira ok dah tu)
Pakej island hoping - RM35 (harga yang paling tinggi). Should check kat chalet/ motel atau stall-stall sebab boleh dapat RM25 tanpa perlu tawar-tawar pun!
Kilim Geoforest - baik pergi ramai-ramai kalau mahu terus ke sana. Jika tidak, baik guna agen sama ada di motel atau mana-mana agen.

Jumlah perbelanjaan kami dari Kuala Lumpur ke Langkawi dengan menaiki kereta ialah RM210/seorang untuk 3 hari 3 malam (termasuk makan, minyak, tol, tambang feri, pakej, kereta sewa dan sebagainya - semua aktiviti kira sekali), tidak termasuk borongan coklat sebab tu ikut suka masing-masing :) Yeahhhhh...... Jom cuti-cuti lagi!!!!