FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, October 17, 2011

PaSaR KaRaT LoKiN, IPoH

Program I Love Ipoh - jom ke Lokin (Lorking?! Looking?!)!

Pasar Karat Lokin ini terletak di Memory Lane iaitu di Jalan Horley (melalui Jalan Sultan Idris Shah) dibuka pada setiap hari Ahad seawal 7 pagi sehingga dua belas tengah hari. Pelbagai jenis barangan termasuk jam, telefon, tin-tin, kamera, barang mainan, buku (dari kategori antik, terpakai, barang 'rare') ada dijual di sini. Pendek kata, pasar karat memang ala-ala 'heaven' bagi peminat-peminat barangan barang-barang lama.

*[hahahadeh tetibe cam dah tak pandai nak nulis laksss, korang layan gambo je larrr erk!].
* Masa yang dihabiskan di Lokin ini (khatam di kawasan pasar karat sahaja) ~ 2 jam setengah!



Jeng jeng jeng... dah nampak dah kemeriahan Lokin (ini baru nak masuk)


haaaaa tu dia, ni keadaan pada pukul 8 pagi.  Digalakkan kalau nak datang sini, eloklah datang awal pagi :)


Basikal-basikal budak... Korang ada??? Teman nyer  dulu yang kedua dari kanan :D


Air gas dalam botol! Dulu2 kita beli lepas tu, orang kedai tuang dalam plastik! Ingat tak?


antara barangan lain


baju bundle


majalah-majalah lama


tas tangan beraneka rupa... yang ni weeeee glamer


bekas cermin mata - terpakai


nak cari basikal tua? ni naaaa kat sini pun ada!!


kelas kau maria - set kayu golf Mustang


stroller 'doulu-doulu'


kamera-kamera antik pun ada... ini antaranya... 'i like!'


borongan aku - The Advantures of Tom Sawyer dengan Harris Brinker :D


JOM IPOH!!!
Post a Comment