FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label WeDDiNG. Show all posts
Showing posts with label WeDDiNG. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

INDiaN WeDDiNG II JaY n SYaMaLa

Haluuuuu......
Selamat tahun baru....
Resolusi baru ada tak?? Ngeh ngeh ngeh....

Lama weh takde bercinta dengan blog ni.  Maklumlah biasa masa-masa rehat atau petang lepas kerja boleh menjenguk tapi dah sejak lapan menjak, opis sekat media-media camni ~ kita kuranglah sikit.. Huhu.

Apapun, hari ni saja nak kongsi gambar masa majlis perkahwinan sahabat lama di Ombak dulu.  Tahniah buat Jay dan Syamala.  Memang tak sabar nak pergi sebab memang ini kali pertama pergi wedding India dan geng pun ramai nak pergi... Rindu dengan korang, tunggu aku datang erk!!!

Dikongsikan gambar-gambar masa majlis Jay..  Takdelah semua masa ambil gambar, sipi-sipi janji dapat tengok dan tumpang gembira kengkawan gitu kan.... Hehehehee...

Tahniah Jay and wife.. Mana gambar kami??? 



















Monday, June 4, 2012

TaHNiaH EnCHeK N daN PuaN N

Cuti sekolah dan kenduri kahwin memang dah tak boleh nak dipisahkan.  Asal cuti sekolah je, mesti ada orang kahwin.  Asal ada orang kahwin je mesti berderet-deret pulak jemputannya.  Minggu ni sahaja  ada 5.  Haaaaaaaa hambek!  Cuti sekolah punya cerita aaa nih.... Haduiii berbelah-bagi nak menolak-nolak bila dah lokasinya bertabur dari utara ke selatan.  Bestnya kalau ada 'Pintu Sukahati', kejap je aku dah sampai kat semua rumah kenduri.  Hurmmm bayangkan!!  


Antara kenduri paling ralit yang aku tak dapat nak datang, kenduri H kat Penang.  Bukan main bercita-cita besar siap canangan lagi "Aku MAI!  Hang pa tunggu taw!!  Aku ambil cuti".  Dan mana tahu cuti kena banned time-time cam ni pulakkan?! #pasrah.  Harem kacau rancangan!!  Terus kansel! Cissskek bahulu kemboja sangat rasa di hati (marah dalam bahasa sopan)... Tahniah buat Hera dan pasangan. Kengkawan di utara, Disember laks erk??? Ai teraiiii. Soweee kengkawan.

Apapun, terus pada kenduri kawan Ombak (walaupun sekarang semua pun bukan di bawah Ombak) Nazeem dan Nora yang berlangsung pada pagi Ahad di Wangsa Maju.  Tahniah korang.  Hamboiiiiii ber'peace' bagai yerrrrr...... 

Kongsi sikit gambar pengantin yang sempat di'snap-snap' :D

Masa baru sampai... Muka nebes ke nih??? Huahuahua


Sekali lafaz je :D


Selamat dah menjadi suami isteri


Suka main peace, gelak bagai


Santekkkkkkk

: D : D : D


Wednesday, January 18, 2012

SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu LiLi DaN RiZaL : mooD LoVe LoVe

Lalalala.... blog dah mula menampakkan sarang! mana sapu sawang? mana sapu sawang??? muahahahaha....  hadeiiiii sekarang orang dah guna sapu untuk beli tiket jalan nih!?! haih!!! sapu paling latest ~ tiket pergi Sydney! Huuuuu nanges!!!  Tak apa!  Aku akan cuba bertabahhati [mood bertabahlah! hUwaaaaaaaaaa]....

Kali ni saja nak kongsi gambar-gambar dari album From Gopeng With Love....  Nape pulak bukan From Tepen With Love???  Ahhh tak kira!!!  Yang penting salah seorang pengantin kita ni dari Tepen!!!!  Tahniah buat Rizal dan pasangannya Lili yang selamat diijabkabulkan pada cuti Krismas yang lalu.  Semoga berbahagia dan forever love larrrrr kisah nyerr.... Hehehehehe....




Sunday, November 20, 2011

JoM KaWeN!!! SPeSeL eNTRi FoR SPeSeL DaTe 11.11.11

JoM KaHwiN RaMai-RaMai!!! HeHeHe... itu update status fesbuk pada tarikh 11.11.11 (11 November 2011) setelah sampai di Masjid Bandar DiRaja, Klang.  Wahhhhhh rupa-rupanya ada Majlis Nikah Perdana!!!! HAhahahaha, caner leh terjebak nih?!!!!!

Pada tarikh tersebut, sahabat M dan A telah selamat dinikahkan bersama 8 lagi pasangan pengantin (9 pasangan untuk sesi pagi dan ada lagi 11 pasangan untuk sesi petang!).  Teruja!! Kalau tak silap, M adalah pasangan yang ketiga yang dinikahkan pagi itu dan dengan sekali lafaz, sahabat M akhirnya sah menjadi suami kepada A.  Tahniah buat Mahmud dan Ani. Selamat menempuh alam rumahtangga.... Errrrr.... rumah memang ada tanggakan?!!! Hihihihi.... Peaceeeeee.....


Masjid Bandar DiRaja, Klang
 
Sebahagian dari pasangan pengantin yang dinikahkan....

AcchoMMmMMmm.... YeS!!!!

Ni diaaaaaaaa "Aku Milik Mu"
 
Gambar saudara-mara
 
Gambar kengkawan termasuk 2 inspektor Sahab kat situ

Majlis Resepsi ~ OMBaKiaNs gathering :D

* hahahah baguih gak satu gambar tepek suma gambar! Suma leh masuk!! Muahahaha



Tuesday, June 21, 2011

FaMiLi WeDDiNG MaRaTHoN 3 : ERoS daN ELiN (YeaY PaSNi MeRDeKa!!!)

Wuhuuuuu..... Lalalala.... akhirnya Famili Wedding Marathon berakhir juga... Tahniah buat Eros dan Elin (E&E). Lepas ni kalau ada sesiapa nak ambil turn kahwin minta tolong aaa jarak-jarak sikit masanya... Bila hantar borang cuti, bos kata macam tak ada alasan lain. "Asyik urusan kenduri kahwin je. Awak bila???" Cesss!!!

Famili Wedding Marathon siri pertama berlangsung di rumah pengantin perempuan di Pulau Pinang. Yeayyy berjalanlah kami sekeluarga (eh?! berkeluarga-keluarga di Pulau Pinang, dah alang-alang sampai haruslah sambil menyelam minum air kan??? Hehehehe. Nanti den update jenjalan di Penang :))

Masa kat majlis pengantin perempuan, tak dapek nak beriya-iya ngambil gambar... Sebab tak berapa nak pandai cari kedai makan sebab sana sini jammed kat Penang, masa kenduri ala-ala lebih pulun makan... Huuu giles terasa tak berapa nak malu... Teruk tak?? HHahahaha...

Minggu berikutnya, kenduri di sebelah keluarga kami... Meriah. Meriah... Kali ni walaupun tak dapat berkumpul semua macam kenduri kat kampung hari tu, kami semua tetap layan.... Kalau masa kat kampung ada makan-makan waktu malam, kat Ipoh pun ada... Tapi kat Ipoh, kami semua pakat ramai-ramai melayan boling petang selepas kenduri.... huahuahua.... kesian pengantin dengan adik-adiknya kena tinggal!! Hihihi....



FaMiLi WeDDiNG MaRaTHoN, aLHaMDuLiLLaH SeLeSai DaN SeLaMat SemuaNYa... SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu DaN TaHNiah :D

NaDia daN KaMaL (23-25 April 2011)
AzwaN daN IDa (30 APRiL, 1 Mei, 14 Mei 2011)
ERos DaN ELiN (6 JuN, 11 JuN 2011)