FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label X-TRa. Show all posts
Showing posts with label X-TRa. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

2 CuTe 2 iGNoRe : PeRTaNDiNGaN BaJu BeRaGaM DaRi BaHaN KiTaR SeMuLa (PHoTo SHaRiNG)

Haluuuu......
Salam Satu Malaysia...
Salam Pi Jalan..... 
Ya Salam hari ni baru hari Khamis... Esok Jumaat... Lusa dah Sabtu....
Ikut cerita P.Ramlee, Sabtu half day, Ahad public holiday.... errrrr ikut macam mengkome yang keje weken jugaklah yer...  Siapa keje hari Sabtu, angkat tangan tinggi-tinggi... Nak kira ni haaaa.... 

Malam tadi bedek-bedek gambar-gambar lama yang aku pernah ambil.  Jumpa gambar adik-adik ni (yessss.... diorang memang kena panggil aku kakak okay! single lagi katanya... hahaha). Dan tengok diorang, aku senyum sensorang.  

Ada satu majlis ni aku pergi kalau tak salah tahun lepas (2013) di RTC Gopeng.  Dalam majlis tu ada pertandingan baju beragam dari bahan-bahan kitar semula... Wallaaaaaa seb laaa ada bawa kamera kannnn, leh snap-snap berangan paparazi.  Geram nor nengok gaya adik-adik ni menggayakan baju bak supermodel atas pentas.  Sporting ok!

Jom tengok dan bagitahu yang mana paling kiut ;D 













Wednesday, June 20, 2012

EPiSoD JeReBu


Dah dua minggu bahagian pantai barat Malaysia (terutamanya di kawasan lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang) di landa jerebu.
Rindu dah nak tengok matahari bersinar pagi-pagi.
Rindu jugak nak dengar burung berkicau-kicau depan rumah.  Mana pulak diorang pergi nih?!
Pokok kat rumah kering nazak sebab empat hari aku takde kat rumah.  Makanya tak bersiram pokok-pokok tu.  Biasanya empat hari tu, masih bernyawa lagi pokok-pokok aku tu.  Sebab jerebu, cuaca jadi kering, maka pokok-pokok aku pun jadi kering. Haihhhh....

Masa-masa ini nak atau tidak, terpaksa kurangkan aktiviti di luar rumah (tempat terbuka).  Bertabahlah terutama sekali bagi yang ada penyakit pernafasan seperti asma (nanti lagi larr tak cukup oksigen!) dan juga yang ada kulit sensitif.  Banyakkan minum air sebab tekak jadi kering.

Masa-masa macam ni juga, terpaksa aku membebel kalau jumpa orang bakar sampah.  Hadeiiii....  EEEEE naper larr korang suka benau bakar sampah sesuka hati nih?????  Salah tau.  Kalau caught in red, siap sedialah nak bayar kompoun ke nak see u in court.  Nak? Nak?????

Maklumat mengenai Indeks Pencemar Udara boleh dilihat di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, boleh klik kat sini -> Indeks Pencemar Udara.

Bacaan 1-50 menunjukkan indeks kualiti udara berada dalam keadaan sihat.
Bacaan 51-100 sederhana.
Bacaan 101-200 tidak sihat.
Bacaan 201-300 sangat tidak sihat.
Bacaan >300 menunjukkan kualiti udara berada dalam keadaan merbahaya.

SaVe THe EviroNMeNT. Together We CaN Make iT!!


 

Wednesday, January 18, 2012

SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu LiLi DaN RiZaL : mooD LoVe LoVe

Lalalala.... blog dah mula menampakkan sarang! mana sapu sawang? mana sapu sawang??? muahahahaha....  hadeiiiii sekarang orang dah guna sapu untuk beli tiket jalan nih!?! haih!!! sapu paling latest ~ tiket pergi Sydney! Huuuuu nanges!!!  Tak apa!  Aku akan cuba bertabahhati [mood bertabahlah! hUwaaaaaaaaaa]....

Kali ni saja nak kongsi gambar-gambar dari album From Gopeng With Love....  Nape pulak bukan From Tepen With Love???  Ahhh tak kira!!!  Yang penting salah seorang pengantin kita ni dari Tepen!!!!  Tahniah buat Rizal dan pasangannya Lili yang selamat diijabkabulkan pada cuti Krismas yang lalu.  Semoga berbahagia dan forever love larrrrr kisah nyerr.... Hehehehehe....




Wednesday, January 11, 2012

TaMaN TaSiK TaiPiNG ~ MaSiH SaMa YaNG TeRKaNDuNG Di DaLaMNYa

Berhenti sekejap dari siri PaKaT Mai SiNi bersama abang Leman, enchek Harun, Aloyah dan Datin Fe'ah. Jom ke Taman Tasik Taiping... Mana tuh??? Soalan tak agak-agak!!! Kalau pakat-pakat tak tau, tak cukup buku geografi dan buku sejarah menengah rendah, majalah Gila-Gila pun boleh buat rujukan.  "From Taiping With Love" gitu.

Taiping...  Kalau ke Taiping, jangan tidak-tidak untuk singgah ke Taman Tasik Taiping.  Tempatnya memang super duper cantik.  Tak tahu apa yang pernah berubah kat sini, sebab dari dulu sampai sekarang, tempat ini masih cantik, masih tenang dan menenangkan.  Dan aku masih suka akan tempat ini tidak kira jika aku sendiri mahupun bersama teman-teman.  Ada hiruk, ada sunyi, namun ianya tetap membawa kepada kesenangan jiwa.


Jangan tidak-tidak  terlepas pandang kepada penjara moden yang pertama dan tertua di Malaysia.  Penjara ini telah dibina pada tahun 1879 dan pada hari ini usianya telah menjangkau 133 tahun!

Love! Love! Love! I'm so into "From Taiping With Love"

Senang dan damai

Betul tak???  Tengok bayang dalam air!!!

Lari sekeliling tasik, one of my fav.



~ eksperimento of mirror  : da relection fantastico!!!~

*bayang dari air
upside down 
upside down
and again, upside down
opssssssssssss........
yang benar rupa nyerr gini yerrrr, hahahahaaha


Wednesday, January 4, 2012

PaKaT Mai SiNi ~KeMoN EVeRYBoDY!!

Ecece.... Pakat mai siniiiiiii, ehem-ehem satu destinasi ~ Lalalalalaala......

Sape nak ikot Leman Vogeh (LV), enchek Haron Mustapo, Datin Ra'PeaH PuNGuT daN ciK Aloyah berjalan, pakat mai siniiiiii, lalalalalala...  Kemon everybody!!!! Stay and polo me, jika mahu!!!!

Jalan-Jalan Makan Angin (John-Janggel-masMz-Anash) kata mereka tapi bukan bukan keluarga mereka ye :p

Hahahahaha *best tak????



*memandangkan tiada Pos Malaysia, mahupun tupai comel (cam dalam iklan pos Malaysia tu), maka den anto pos entri pakai setem maya je larrr erk! Hehehehe selak-selak poket, nam posen pun nan hado!!!! ;p

Tuesday, December 27, 2011

GuDBYe OGoS 2011 : PuaSa, RaYa DaN MeRDeKa!!

Bulan puasa!!!  Aktiviti jenjalan tak berapa nak ada bulan ni.  Yang ada, pi cari tempat nak berbuka puasa.  Memandangkan tahun ni berpuasa kat tempat baru, sempat sekali dua tiga empat kali je makan kat luar (hahahaha apasal terbanyak pulak eh?!).  Program i Leb Epo diaktifkan semula (tatau larrr bila leh leb Epo nih).

KoH SaMui, IPoH

Hari pertama berbuka, berjaya memujuk kawan-kawan opis untuk berbuka di Koh Samui melayan rasa Thai.  Makan macam tak hengat.  Apa yang kitaorang makan, klik sini.

BuFFeT ExCeLsioR

Minggu kedua, kengkawan dari kampung mai (tetiber Kedah lar pulak kan?!) membawa hajat nak berbuka di hotel. Makanya kami berbuka di Hotel Excelsior, klik sini. Yang paling tak boleh lupa masa diorang datang ni, KJ kena paksa beli henpon baru... "Apa larrr ko ni, tepon soploh juta kali pun tak dengar!". "Hahaha. Nasib ler kan. Dah senang lenang dok rumah, pastu dengan omak pun dah cakap. Nak kisah apa tepon. Lagipun tepon kecik, tatau dah mana letak tadi. Wakakaka". Masa ni tepon nokia rosak, jadi terpaksa pakai tepon jaman batu - kalau bunyi kat public memang kalau boleh taknak ngaku larrr bunyi tepon sapa! Buleh?! Meh klik sini.


THe DubLiNERs CaFe

Ciptarasa western ngidam pulak tetiber masa bulan nih.  I leb Ipoh seterusnya terai buffet Ramadhan The Dubliners yang terletak kat Greentown.  Owhhh bagus!  Taw dah port nak pergi lepas nih! *wiNK~  Kat mana, ada apa, klik sini.


'PeNJaHaT2' TeRJaH RuMaH ABu dan Is!

Macam biasa kalau birthday, birthday ni memang seprais larrr kan?!  ABuGeN (sukahati) ada pelawa untuk berbuka kat rumah dia, "Iftar Ereignis in meinem Haus (Potluck) Bitte stellen Sie den Tag ... "  tapi semua orang pun buat-buat sombong dan banyak songeh (hahaha memang pun!) sampai last sekali planning tinggal planning je.  Sebab aku dah dok jauh, sukahati jer lar kan nak datang pekan Kolumpo tu bila (hahaha). Citer lanjut, klik sini



KaMPuNG KaCaNG PuTiH, BuNToNG

Fiuuuuu.... tak sangka Program I Leb Epo berterusan membawa aku ke Kampung Kacang Putih yang terletak di Buntong.  Baru je tengok tempat ni kat Buletin Utama :)  Memang rambang mata nak pilih kacang dan maruku sebab banyak sungguh pilihan nak dibuat.  Antara yang ada, klik sini.


KaD RaYa TaHuN Ni....

TaRaaaaaa....... 

KaD HaRi MeRDeKa pulak
DaN SaTu LaGi KaD SPeseL

Banyak larrr pulak! kan!

Monday, December 26, 2011

GuDBYe JuLai 2011 : LaRi LaRi BeRKeJaRaN

IPoH INTeRNaTioNaL RuN

Melepas rindu... Aktiviti berlari tahun ini kurang sangat. Ermmm ayat yang paling sesuai "kurang sangat-sangat" kot. Bukan setakat lari dalam event, tapi nak berlari suka-suka pun dah macam tak ada dalam kamus tahun ni.  Seronok sangat masa ni sebab kawan-kawan dari pekan Kolumpo datang lari sama.   Lepas lari, berkenduri durian manong pulak!! erk?! Hehehe... dengan tak malunya telah terminta sebiji dua untuk bawa balik sebab duriannya kelihatan sungguh lazat *terus ngidam nak buat kuah durian! Peberet!


Hai larrr tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat pemastautin ku, tempat mencari rezeki (suatu ketika dahulu, huuuuu).  Tanpa gagal tahun ni, Pesta Flora itu ku jengah juga.   Seronok bersnapping-snapping dengan JT, sipoo Bad dan sipoo Zul :D




Macam bercinta sungguh nak pergi menonton teater ni!  Dugaan bertalu-talu!!  Alhamdulillah, ada juga rezeki nak pergi tengok..  Memang best dan kelakar habis.  SUKA!!! Kan JT kan?!


ProGRaM RAS BeRTeRuSaN Di HuJuNG MiNGGu 

Kali ni giliran kawasan KJ dan dah tentu juga kena hadir gak untuk giliran orang lain, sungguhpun di hari minggu!!!  Untuk bulan ni, KJ melayan RAS di Grik dan kawasan KJ di Lumut.  Tiba-tiba pagi tu, masa program RAS kat tempat KJ,  semua Enchek Bos, mahupun Enchek Bos Besar tak datang... Haru! Haru! Nasib baik kali ni datang dengan baju glamer ala-ala datin gitew (hahahaha)...  Jadi VVIP pula hari tu dan bersaing dengan menteri kabinet *peluh-peluh nebes! **takde entri langsung pasal RAS, tak sompek!



Satu-satunya event Triathlon yang KJ masuk tahun ni.  Nyaris-nyaris tak dapat pergi, tapi dengan semangat yang masih berkobar-kobar, KJ memandu seorang diri terus dari Lumut (sebaik sahaja program RAS Lumut tamat) menuju ke Port Dickson.  Handphone dah nyawa-nyawa ikan pulak! Haishhh kacang semangkuk betul!!! Terpaksa berharap untuk bertembung dengan kengkawan masa pendaftaran atau setidaknya masa carbo-loading.  Masa pendaftaran terserempak dengan R, tapi masa carbo loading berpisah sebab tempat lain-lain.  Masa taklimat pula tak jumpa sesiapa! Hadeh! Haru betul!  Malam tu, KJ memandu ke Seremban dengan nekad untuk cari bilik nak tido! Giler penat tapi taknak fikir panjang sebab esok dah race.  Kelam kabut, diorang-diorang cari KJ tido mana.... Ater nyerrr nak buat camner kan?! Tepon dah mampuih!  Apa pun event ni memang layan!  Team memang best best ;D


Akhirnya tercapai lagi satu wishlist!  Sangat suka!  Dah lama ngidam nak tengok persembahan tradisional nih.  Memang mengujakan!!!  Lepas ni nak sampaikan juga menonton tarian klasik India, no matter what! Hehehe.

JoM MaKaN BuaH Di PuTRaJaYa

Ahakssss.... tak sempat nak buat entri... yang pasti sampai sendat makan buah kat Taman Warisan Putrajaya bersama JT dan HD!  Lepas tu KJ dan  JT sambung nengok Putrajaya Night Run.  Sedih tengok kawan-kawan lari, kita dok kat tepi je...  Susah betul nak merancang bila keje kat tempat baru ni ~jadual tak pernahnya tetap! Mencikkkkkk!



BRoGa LaGi!~

Broga... Terjebak lagi walaupun pada sebelah malamnya hingga menjangkau jam 1 pagi masih lagi membuat pujuk rayu supaya perjalanan dialih arahkan ke aktiviti main air... Akhirnya, " Baiklah, saya ikut saja"... Dengan gigih, KJ bersama JT, sipoo Bad dan Zul mendaki larr Broga...