Melepas rindu... Aktiviti berlari tahun ini kurang sangat. Ermmm ayat yang paling sesuai "kurang sangat-sangat" kot. Bukan setakat lari dalam event, tapi nak berlari suka-suka pun dah macam tak ada dalam kamus tahun ni. Seronok sangat masa ni sebab kawan-kawan dari pekan Kolumpo datang lari sama. Lepas lari, berkenduri durian manong pulak!! erk?! Hehehe... dengan tak malunya telah terminta sebiji dua untuk bawa balik sebab duriannya kelihatan sungguh lazat *terus ngidam nak buat kuah durian! Peberet!
Hai larrr tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat pemastautin ku, tempat mencari rezeki (suatu ketika dahulu, huuuuu). Tanpa gagal tahun ni, Pesta Flora itu ku jengah juga. Seronok bersnapping-snapping dengan JT, sipoo Bad dan sipoo Zul :D
Macam bercinta sungguh nak pergi menonton teater ni! Dugaan bertalu-talu!! Alhamdulillah, ada juga rezeki nak pergi tengok.. Memang best dan kelakar habis. SUKA!!! Kan JT kan?!
ProGRaM RAS BeRTeRuSaN Di HuJuNG MiNGGu
Kali ni giliran kawasan KJ dan dah tentu juga kena hadir gak untuk giliran orang lain, sungguhpun di hari minggu!!! Untuk bulan ni, KJ melayan RAS di Grik dan kawasan KJ di Lumut. Tiba-tiba pagi tu, masa program RAS kat tempat KJ, semua Enchek Bos, mahupun Enchek Bos Besar tak datang... Haru! Haru! Nasib baik kali ni datang dengan baju glamer ala-ala datin gitew (hahahaha)... Jadi VVIP pula hari tu dan bersaing dengan menteri kabinet *peluh-peluh nebes! **takde entri langsung pasal RAS, tak sompek!
Satu-satunya event Triathlon yang KJ masuk tahun ni. Nyaris-nyaris tak dapat pergi, tapi dengan semangat yang masih berkobar-kobar, KJ memandu seorang diri terus dari Lumut (sebaik sahaja program RAS Lumut tamat) menuju ke Port Dickson. Handphone dah nyawa-nyawa ikan pulak! Haishhh kacang semangkuk betul!!! Terpaksa berharap untuk bertembung dengan kengkawan masa pendaftaran atau setidaknya masa carbo-loading. Masa pendaftaran terserempak dengan R, tapi masa carbo loading berpisah sebab tempat lain-lain. Masa taklimat pula tak jumpa sesiapa! Hadeh! Haru betul! Malam tu, KJ memandu ke Seremban dengan nekad untuk cari bilik nak tido! Giler penat tapi taknak fikir panjang sebab esok dah race. Kelam kabut, diorang-diorang cari KJ tido mana.... Ater nyerrr nak buat camner kan?! Tepon dah mampuih! Apa pun event ni memang layan! Team memang best best ;D
Akhirnya tercapai lagi satu wishlist! Sangat suka! Dah lama ngidam nak tengok persembahan tradisional nih. Memang mengujakan!!! Lepas ni nak sampaikan juga menonton tarian klasik India, no matter what! Hehehe.
JoM MaKaN BuaH Di PuTRaJaYa
Ahakssss.... tak sempat nak buat entri... yang pasti sampai sendat makan buah kat Taman Warisan Putrajaya bersama JT dan HD! Lepas tu KJ dan JT sambung nengok Putrajaya Night Run. Sedih tengok kawan-kawan lari, kita dok kat tepi je... Susah betul nak merancang bila keje kat tempat baru ni ~jadual tak pernahnya tetap! Mencikkkkkk!
BRoGa LaGi!~
Broga... Terjebak lagi walaupun pada sebelah malamnya hingga menjangkau jam 1 pagi masih lagi membuat pujuk rayu supaya perjalanan dialih arahkan ke aktiviti main air... Akhirnya, " Baiklah, saya ikut saja"... Dengan gigih, KJ bersama JT, sipoo Bad dan Zul mendaki larr Broga...
10 comments:
konpius sebab ada durian di situ.
pentipu! sebenarnye lari bertempiaran kan kan kan... HAHAHHA... awat semua orang entry durian? TIDAAAAK (i tak suka lulian sbenornye, sket2 ok ler)
somebodi mentioned durian?
tunggu entry deroyan di COCO nutz...
hhahahahahaha.....
salam ziarah...
hehehe
adeh...ade gmbr durian lagi! nak makan duriannnnn pls!!! huhuhuhu
@Janggel,
Ahakssss.... dah nama ngikotttt, terpaksa larrrr ngadap sekali *tengok je
@Lily,
Hahahaha... dalam entri asal lagi banyak gambar duriannya!!!! Kita pun tak makan durian *ehem yang rupanya masih buah.... tak boleh nak telan langsung! Tapi kalau buah durian dah kena sumpah jadi kuah durian tambah gula merah, memang berhantu larr makan :D
@K.Anash,
Amboihhhhh!!!! Nak buat entri duyan jugak yerrr... Pstt : rindu larrr kak!! Lama nyer jadi babysitter... eh?! baywatch girl ;p
@John,
Ko selalu ngidam memacam nih. Ce check ce check, bape bulan dah ;p
i lapp duriannn.. sapa xsuka durian tu leh kawan dgn papi hihihii
Ely,
Terpaksa dok jauh-jauh *sambil tutup hidung!
Mengade hahahahaha
Ahakssssss... wekkkkk ;p
Post a Comment