FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, December 9, 2011

Ho CHi MiN DaY 3 : MeKoNG TouR PaRT 2

"Pulau" 2 : Buahan tempatan dan ladang kebun

Betul betul aku ingat dari pulau ke pulau, rupanya dari tempat minum madu ke tempat makan buahan tempatan sambil menghayati dendangan lagu tradisional oleh penyanyi professional (hahaha lawak larr pemandu pelancong kami ni, "They are professional because they sing da same song everyday!") jalan kaki  tak sampai lima minit pun!! Haiyarkh!!!!

Rasanya tak ada yang istimewa mengenai buah-buahan yang dihidangkan di sini.  Almaklumlarrr cuaca negara kita dengan kawasan ni tidaklah jauh bezanya. Hari itu, kami dihidangkan dengan buah mangga, betik, ciku, nenas dan limau barli.  Sebagai cicah, disediakan asam campur cili... Ooiii mak aiii podeh (pedas!) tapi layanssss....


Yang lain dari kita, cicah asam dengan cili tu je! Hahaaha

Cewahhhhh.... 

Lepas nyanyi bergilir-gilir, nyanyi ramai-ramai pula

Lepas layan buah dengan lagu, kami melalui ladang buah-buahan dan akhirnya  yes!!!! 
naik sampan!!! row row, row da boat!!

Excited!!!! Satu sampan boleh naik empat orang penumpang (pelancong) dan  setiap sampan ada dua orang pendayung iaitu seorang di depan, seorang di belakang.

Laluan bot.... Chanel yang kiri kanan pokok 

Pendayung bot kami di belakang... Ramah!

Selepas sepuluh minit kami sampai semula ke bot asal

Ramai pendayung wanita. Hebat betul diorang nih.

Nenek ni memang tabik spring larrrr... Kuat betul!

"PuLaU" 3 : Ben Tre province

Kami naik bot selama sepuluh minit untuk sampai ke kawasan pembuatan candy kelapa.  Kami ditunjukkan dengan peralatan dari pengopek kelapa, pengukur kelapa, tempat masak sampailah 'candy' siap untuk dijual.


Layan anak itik

Adik ni tengah menguli bancuhan 'candy' sebelum dimasukkan ke dalam bekas untuk dipotong

Pembungkusan 'candy' dibuat secara manual

Terdapat bermacam jenis 'candy' berasaskan kelapa yang dijual di sini

Haduiii... Ular lagi!!!!  Jangan tak percaya pemandu pelancong kami dengan seorang  lelaki mat saleh minum air yang  diceduk dari dalam bekas ni.  Kata Hung (pemandu pelancong), "Ini untuk lelaki!" Eeeee yarksssssss...
Entri selepas ni : "Pulau" Keempat..

15 comments:

Biqque said...

skit nyer baik layan buat candy pakai tangan kan...hahahaha! mesti ada skit masin2 disitu kahkahkah!

ular? *pengsan*

Zilla said...

err tgk pic pun dah geli apatah lagi nak minum air rendaman ular tu..err beb, ular tu hidup lagi atau dah mampuih?

Azian Elias said...

Dahsyat kan diarang punya tourism..

laluan kuala sungai pun boleh tarik pelancong..

Lily Riani said...

eh! i pun penah gi sini a couple of years back, but i tak suka. u nampak tal petrol kiosk atas sungai. ehhehe..

Azizan Zolkipli said...

wahhh, laluan bot pelancong tu sempit ekkk dikiri kanannya.

tempat buat candy berasaskan kelapa tu best dapat gi, boleh tengok perusahaan IKS tempatan.

eeuuuuwwww, saya pun geli nak minum dari cedukan air rendaman ular [geli gelemen]

Ely Hasrul said...

part air rendaman ular tu kan.. hahhaa hahhaha hahhahaha utk lelaki? hahah hahhaha ade yg jadik cm ular kang hahahha.. kembang tekak aku.. ular tu mkn ape.. berpelesaran kat mana2 dia pi rendam minum airnye hahahha hahhaha

masMZ KaKiJaLaN said...

@biqque,

hahahaha.... aku tahu apa ko pikir!!!! yarksssss.... seb baik aku tak beli.... sebabnya dia uli atas meja, pastu kat sana tatau larr anjing ada panjat meja ke dak memalam ke, ai tak sanggup!!


@Zilla,

kira-kira cam air jeruk ular kot!!! wahahahaha uweekssssssss..... tu ular yang aku nampak... ada dalam blog lain yang aku pernah baca, katanya ada lagi menatang-menantang lain dalam balang tu!

masMZ KaKiJaLaN said...

@yan,

Kan!!! tapi sebenarnya yang laluan anak sungai tu, kat sini pun ada! cantik dan best jugak (in fact sebenarnya lagi cantik!) dekat Tasik Chini... Kelebihan kat Tasik Chini, bila habis je kawasan pokok-pokok tu terus terbentang tasik luas.... lagi marbeles!!!!

Diroang kat sini memang pandai larr expose diorang punya pelancongan sector... sebab yang dayung bot tu memang all over the world tahu kat sana ada floating market, jadi nak bagi larr pelancong naik sampan.

masMZ KaKiJaLaN said...

@Lily,

Ada!!! Aku ambil gambar dia!! Petrol pump bersusun! Nanti last2 entri aku masukkan gambar-gambar yang menarik tertarik gitewww..... ahakssss.....

Pegi sini sebab nak tengok people kat sini, meaning luar dari bandar... Tapi seriously semua benda-benda ni ada kat tempat kita sendiri... yang tak ada cuma topi sangai tu aje! HAhaha

masMZ KaKiJaLaN said...

@Azizan,

Hahahaa... Lepas diorang minum cam high semacam je! Uweksssss haduiii tengok pun tak tahan gelissssss.....

Kat tempat buat candy ni, tak ada larrr tradisional sangat... part tradisional tu yang dok ratakan atas meja pastu potong dan bungkus... Diorang pakai mesin kelapa, mesin perah santan dan mesin pengacau tau...

masMZ KaKiJaLaN said...

@Ely,

Hahahaha.... lepas diorang minum, terus aku dok jauh-jauh dari diorang!!!!

"i feel so powerful" katanya... memang air tu untuk lelaki je beb!!! hahahahahaduiiii

Fatt said...

ular tu hidup ke mati? elok je dok melingkar kat situ? yekk...

ha aku pun nak tanya sbnrnya psl candy tu..ada anjing melilau kat ctu ke? mmgla mcm traditional made tp bab bersih ke tak tu yg menjadi keraguan..kan?

masMZ KaKiJaLaN said...

@Fatt,

Diorang minum ular lemas!! Hahahah.. Dah mati dah ular nih.. Takut nak tengok betul-betul sebab aku pernah baca ada jugak binatang lain dalam balang nih...

Kan, sebab bukan ada alas pun.. Habis-habis mesti lap je tempat tu... Kalau diorang pakai mesin, tak adalarr ragu nau kalau nak beli ke makan ke... Dah terang-terang ada cik anj berlarian kat situ... Kalau dia tak panjat, entah-entah tuan yang bawak main kat atas meja tu sambil sikat-sikatkan bulu anjing tu ke bagai...

Dessert Queen said...

Anjing banyak masa kat sini kan?

masMZ KaKiJaLaN said...

@Nowwa Fitri,

Ha'ah... Siap berlari-larian lagi. Terus tak jadi beli candy.