FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, December 1, 2011

ReTaK RuNTuH NaMuN Ku PaSRaH

Ayah : Mana kamu Mas?? 
Me : 'Exxx'
Ayah : Mas, ... 

 ... dan berita yang disampaikan ayah telah membuatkan aku luluh di rumah pengantin yang sedang bersiap untuk ke majlis persandingan mereka. Mujur aku menyambut panggilan di luar kamar. Dari butir peluh halus di dahi, aku kembali dengan mata yang sudah merah... 

Me : Maaf ya kak.. 
M.A : Kenapa? Panas ya.. 
Me : hurmmm [sambil berusaha menahan diri] 

Hari itu, memang sudah niatku untuk pulang ke kampung. Hari itu ialah hari lahir ibu.  Sesibuk mana pun, hari istimewa ini akan ku cuba juga untuk luangkan bersamanya.  Mana tahu awan nano berlalu dengan pantas.  Hari ulang tahun ibu tidak dapat disambut seperti biasa.  


Pada 27hb yang lalu, atuk (ayah kepada ibu) yang merupakan tunjang rumah dan nadi-nadi kami akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Atuk, pengaruhnya di dalam kehidupan aku sangat besar.  Aku membesar bersamanya..  Aku pengekornya.. Dan aku dikenali kerana Atuk.. "Siapa tu?" "Cucu Cikgu M", "Cucu s/u masjid". Dan aku biasa di'piat-piat' oleh arwah Opah, mahupun ibu kerana berperangai 'luar biasa' (macam jantan! Asyik berjalan je, tak reti nak duduk diam).  Aku mengekor Atuk ke sekolah, aku mengekor Atuk ke kopitiam melayan kopi dan roti bakar, aku juga mengekor Atuk bila Atuk kembali ke masjid selepas Isya' untuk mengunci jam,  memadam lampu dan menutup masjid...

Aku tidak pernah menang kepadanya.  Terkenang-kenang saat aku terduduk tewas bermain badminton di padang rumah dek kerana tangkasnya dia bermain (seingat aku kalau di televisyen itu siarannya perlawanan badminton dan gusti, kirim salam kalau mahu menukar saluran.. Haip katanya..).  Terkenang-kenang juga saat aku  terduduk melopong mendengar ceritanya kerana dia mempunyai ingatan yang sangat kuat dan kaya pengalaman (aku juga yang masih tergagap-gagap bila mahu bercerita). Dan yang terakhirnya, jangan pernah tidak untuk bercerita tentang tulisan Atuk yang kemas dan cantik. KAGUM!  Tidak ada antara kami yang mempunyai seni tulisan seperti itu dan juga kegigihan untuk mencatit segala yang berlaku...  Teringat saban tahun, Atuk akan meminta aku mencari diari untuknya "Nanti kamu carikan Atuk diari ya".  Diari perlu cantik, ada kalendar Islam dan ada doa-doa di dalamnya...  Dia membaca dan menulis lebih banyak dari aku. 

Tak tercerita semua detik aku bersamanya.  Aku membesar di rumahnya dari umur belumpun menjangkau beberapa hari.  Ingatan ku seluruhnya di rumah itu dan kenangannya Atuk, Opah dan segala yang berada di dalamnya.  Berikanlah aku ketabahan...

Al-Fatihah buat Atuk.  Semoga rohnya dicucuri rahmat..




Kesempatan akhir menghabiskan masa berdua dengannya

Hidangan minum petang

Entah larr kenapa tiba-tiba aku beriya ambil gambar masa ni, rupa nya...

CaTaTaN DuLu  : LeGaSi ATuK

7 comments:

Ren said...

Salam Takziah...
Al-Fatihah untuk arwah atuk.

Anash said...

MasMZ,
Kehilangan dirasai...
Al-Fatihah untuk atuk tersayang..
Be strong dear...

Zilla said...

MasMz, redhakan pemergiannya..
Al-Fatihah utk arwah atuk

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel, K,Anash, Zilla,

Terima kasih.....

Dah seminggu dah rupanya....

Unknown said...

Al Fatihah..

Fatt said...

Innalilah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman

aku baru baca entry ni Mas...sorry about ur loss...be strong ok!

masMZ KaKiJaLaN said...

Na n Fatt,

Terima kasih...

Rindu masih bersulam, pasrah...