FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, December 6, 2011

TiN TiN : LaYaN CHoKi-CHoKi

Haluuuuu........ TiN TiN! TiN TiN!  Nak baca sambungan hari ketiga di HCM erk?!!! Hehehe... Main rahsia-rahsia larr hari ni....  Nak kasi intro sikit je....
Hari ini kita akan off sikit dari aktiviti shopping-shopping. Penat poket asyik kuar duit pastu dalam kepala tak berhenti-henti buat kira-kira meng'convert' duit dan mengawal simpanan duit nih....  Program hari ini bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang, tapi pergi mana hari ni takmo citer lagi....
Jom layan pemandangan dari bandar HCM ke lokasi rahsia.... hahahaa (giles jahat!!)  

Memandangkan hari ni kita nak berjalan jauh (3 jam perjalanan dan trip akan  makan  masa sampai ke petang), jangan lupa bekalan makanan segera yang penting! Tu dia Choki Choki enak sekali...

kalau lengang, macam ni larr pemandangannya... tapi nak tengok pemandangan macam  ni ada dalam 2-3 minit sahaja.  Lepas dari tu, motor-motor akan menderu datang
 
Haaaaa..... kan dah cakap dahhh

tak seberapa saat kemudian, terus penuh!

Agak-agak dah bosan ambil gambar kat luar, ambil larr gambar sendiri pulak!  Keadaan dalam bas lenggang lagi sebab kami adalah orang yang pertama masuk dalam bas *pakai bingkai sebab nak bajet pasan jadi artis, kengkonon orang tak kenal larr kan!  errrr ada ke orang kenal diri ku?! Artis ke???? Berangan bukan-bukan! :p
 
pemandangan depan salah satu hotel dalam bandar.... kelihatan pelancong-pelancong mat salih  (tak tahu larr baru sampai atau menunggu masa nak balik)...  Bila nampak beg-beg troli beratur je kat depan tu terus teringat pada k.Anash! Hahahaha
 
Dekat HCM ni, wayar letrik/ tepon macam ikut suka hati je.  Sungguh serabut

Ingatkan nak tunjuk, tapi dapat gambar yang tak cukup serabut... ada  kat tempat lain,  dia punya gulungan diameter dah sama dari hujung tapak tangan ke hujung jari kot!!!! Gambar lain tak dapat dikesan le pulak!!! kalau jumpa nanti akan dikeluarkan sebagai bukti...

Disebabkan dah terror sangat bawa dan naik motor,  ada apa hal nak bawak  barang  macam nih!!!!!  Takdak hal larrrrr....  Huuuu macam boleh patah pinggang nak kejungkan badan tahan almari tu!!

Ni dah keluar dari bandar HCM... Ala-ala macam kat Bandung pula  jual-jual macam ni... Yang penting, perempuan kat sana memang pakai topi sangai nih.

Dan dalam perjalanan hari ini, baru perasan yang bangunan-bangunan kat sini semuanya kurus dan memanjang ke belakang....  Tak percaya???? Boleh tengok semula gambar -gambar kat atas

Naaaaa.... ni lagi bangunan kurus, tinggi tetapi memanjang ke belakang

dan errrrrrr....... kita dah keluar dari bas kah?????? Jeng jeng jeng!!!!



10 comments:

Ren said...

Hamboihhh sepet mata palesu!

Biqque said...

bangunan kurus panjang sebab tanah mahai!

pi dak tunnel terhebak tu? :D

Anash said...

aik?
Ingat beg trolley, ingat kak anash?
sempat lagi tuh...hehe
sungai mekong?

Unknown said...

Uihhh masuk sungai bagai, ni macam trip utk komando nih heheheh.. ha lagi! lagi!

AieSha said...

gambar lawa2! ;)

محمد رازيق said...

gambar menarik!! pic last tuh lain sikit.. hehe

masMZ KaKiJaLaN said...

@Janggel,
Tetiber sepet lar pulaks kan! Baru pasan pun! Mata sembab larrrr


@Biqque,
Channel tu tak pegi.

@k.Anash,
Ha'ah. Tetiber teringat! Hehehe

masMZ KaKiJaLaN said...

@BlueEwoke,
Ha'ah kan!!! Berangan! Hahaha


@Sha,
Terima kasih...


@Mohd. Raziq,
Selamat datang. Terima kasih. Ha'ah gambar last lain macam nak kasi fil untuk entri selanjutnya :)

Fatt said...

ada boya tak dalam sungai?

aku rasa pesen bangunan kat sini dengan Siem Reap sama, sume pesen kurus pastu memanjang ke belakang...pelik jgk rupanya pastu tinggi tak seragam..

masMZ KaKiJaLaN said...

@Fatt,

Ko buat marathon komen erk?! Hahaha... Kat tengah bandar ni tak de larr kot.. Tapi yang pergi masa pakej tu, orang bot kata jangan letak kaki atau main air sebab ada buaya... Cumanya ada juga sorang dua pendayung sampan tu letak kaki dalam air...

Pasal bangunan tu, aku pun baru perasan masa trip ni larrrr.... Lepas tu bila dah balik HCM, tengok balik, padan larrr setengah bangunan hotel, tinggi kemain... Dah tu diorang nak extand ke mana lagi kalao bukan ke atas... Kan! Nanti kalao ko g sana, mesti ko nampak dalam deretan bangunan, tetiber mesti ada satu dua yang tinggi ya amat tapi tak sama...