FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, December 9, 2011

Ho CHi MiN DaY 3 : MeKoNG TouR PaRT 1

TiN TiN!! Hari ketiga di Ho Chi Minh, jom kita buat Mekong Tour....  Teringin betul nak tengok floating market dan snapping snapping.... Tapi floating market yang biasa kita tengok dan ngidam-ngidam itu, rupanya memerlukan 2 hari trip! Huh!! Pengsan!  Jauh!!!!

Terpaksa tukar plan dan ambil trip yang 'ala-ala' boleh menjurus kepada floating market.  Rasanya tidak lengkap perjalanan ke sesuatu tempat kalau kita tak keluar dari kawasan bandar dan masuk kampung untuk ambil fil dan tengok cara hidup masyarakat tempatan.  Oleh yang demikian, kami ambil pakej 1 hari dengan agen untuk Mekong Tour.  Harga tour rupanya berbeza-beza mengikut bilangan kepala (kumpulan) atau kalau nak murah lagi ikut joining group tour.  Orang Malaysia yang kami jumpa di hotel, katanya dikenakan bayaran USD35 manakala ada satu kumpulan yang kami jumpa di lapangan terbang dikenakan bayaran USD40+.  Untung juga semasa bertanya kepada kaunter di hotel, ada pakej USD17 dan USD19 (sibuk orang kat lobi tu promote pakej yang pertama).  Maklumat agen yang kami ikut klik sini

Jam 8.30 pagi, bas sampai menjemput kami di hadapan hotel.  Rupanya kami adalah kumpulan yang pertama naik bas! Hahaha boleh pilih tempat duduk!  Bas yang disediakan berhawa dingin dan selesa.  Cukup sesuai untuk sambung tidur! Erk?!!!! Dua jam perjalanan ok!!!

Hari ni kita nak melawat 4 'pulau'.  Jom layan gambar....

Bas yang dinaiki... *alamak! apa pemandu bas buat tu???
haishhh batu campoq betuiiii!! abesss gambar!

Sawah padi merupakan antara sajian pemandangan di dalam perjalanan.
Pelik  tengok kubur di tengah-tengah bendang.

Berhenti rehat di Mekong Rest Stop selama 20 minit katanya (tapi  sebenarnya 30 minit!).  Satu-satunya perhentian dalam perjalanan untuk menghilang lenguh dan membuang apa-apa yang patut.

Sebab tempatnya lawa, janganlah lupa ber'posing' ;p

Selepas dua jam perjalanan, akhirnya sampai ke My Tho. YeaYYYY!!!

Jom naik kapal!!! Yang besar kat belakang tu ke???
errr jangan berangan!!! Kita naik bot-boy yang kecil kat depan tu je k! 

PuLau 1 :  Unicorn Island

Dari jeti, kami menaiki 'cruise' melalui Sungai Tien menuju ke Unicorn Island.  Perjalanan mengambil masa selama dua puluh minit dan kami berhenti di sebuah 'ladang' ternakan lebah.

Kalau berani boleh cuba angkat 'box' nih

Kami dipersilakan duduk.  Katanya akan dihidangkan madu lebah.

Dalam cawan ni ada madu lebah dan poleni

Madu lebah + poleni + limau nipis + air panas dihidangkan bersama  kerepek pisang, jeruk halia dan ..... (lupa!).
Air madu ni sedap.  Ada rasa manis, pahit, masam dan jangan segan-segan untuk tambah yer!!


Part ni yang macam tak percaya je....  Tiba-tiba pemandu pelancong kami bawa keluar ular sawa ni...  Dan dari mana entah (mungkin gila sikit kot hari ni!), "Errr... nak cuba angkat larrrr!!!!".  Jadinya TARAAAAAAAAAAA fuhhhhh gelis gelemansssss!

7 comments:

Biqque said...

ular??? *pengsan*

bebila aku nak try la mekong ni...

Lily Riani said...

faint.... geli laaah

Fatt said...

aku penah pegang sekali dulu, tapi anak ular le..rasa sejuk mcm pastu licin2 kan? cam errr....huhuhu...tak geli tapi pelik rasanya

eh jap, yg pakej belasan USD ni kalau walk-in at agent tepi2 jalan dapat ke? apa yg membezakan pakej belasan2 ni dgn puluhan2 tu? itin ke? half day full day ke? transport ke? ceciter...

sbb kalau kata aku tak duduk kat hotel yg ko duduk ni camne nak dapat yg murah kan? aku tak koser nak buang duit bayar memahal..

masMZ KaKiJaLaN said...

@Lily, Biqque,
HAhahahaha.... semua orang sila pengsan!!!!!


@ Biqque,
kalao nak best cuba terai pakej yang dua hari tu! pastu ceciter ;)

masMZ KaKiJaLaN said...

@Fatt,

harga memang lain-lain... ikut hotel jugak kot... Sebab bila aku tengok balik pamplet, memang left kosong, so orang hotel/ agen larr suka hati nak ambil berapa. Link kompeni yang bawak tour ni ada aku letak kat atas. Bila aku check balik, hotel aku ambik komisen USD2 je.. seb baik...

Lepas tu, rega kalau nak group sendiri ikut rega pack larrr... itu agaknya diorang yang dapat tu gila-gila punya mahal...

Yang kami ambil ni pakej 1 hari tour... dari jam 8 pagi sampai HCM balik dalam pukul 5++. Transport, diorang akan datang ambil kita depan hotel.. Kalau nak murah, terus kol larr diorang sah takde mark-up kaw! Kat luar-luar tu, tak banyak jumpa travel agent (tak macam Phuket yang beratur sepanjang jalan! Kat Langkawi pun lagi gila banyak).

*geli masa ular tu gerak, terasa muscle diyerrr...

xplorer said...

Ek eleh ekau ni , ulau tu bagi aku saiz ciput je tu tak mencabar langsung .cuba tgk gambo profil facebook aku , mcm tu baru eden panggil BAPOK ulau

masMZ KaKiJaLaN said...

xplorer,

ekaw bia bona nak suh ese pogang bapak ulau... Yang ni pun se dah goli