FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, December 21, 2011

GuDBYe aPRiL 2011 : WoW MeMaCaM!!!

A) TeaTeR LaT THe MuSiCaL

Wahaha baru perasan rupanya tak buat review teater Lat The Musical!!! Tak sempat!!!!  Mana eh nak cari gambar nih! Rasa-rasa dah burn dalam CD!!  Nan haado dalam laptop nih!!!  *apa daaa ko ni pelupa!!! **ampun, ambe sibuk makkkk

B) KuaNTaN TRiP - SeLaM saMBiL MiNuM AiR

"Selepas beberapa hari pulang dari perjalanan Searching South, kena pula menghadiri 2 hari mesyurat di Kuantan, Pahang. Ipoh - KL - Mersing - JB - Singapura - KL - Ipoh - sekarang KUANTAN????? Jauhnya nak ber'travel' lagi dalam sela masa yang dekat ini. Kalau naik kapal terbang, tapi dari Ipoh??? Harus juga aku memandu ke Kuala Lumpur. Sudah alang-alang, ermmm PASRAH."  

Dari awal April sehingga penghujungnya memang aku sibuk.  Baru je balik dari perjalanan ke Selatan, dah nak kena pergi Kuantan.  Nak naik kapal terbang, rasa macam sama je kalau bawa kereta...  Lepas tu, kat sana nanti tak ada pula kenderaan kalau nak berjalan ke mana-mana.  Jadi, ini memang perjalanan yang hebatlah sebab aku perlu memandu seorang diri dari pekan Ipoh sehingga ke Kuantan seorang diri.  Gigih!! Masa mula-mula sampai, bukan main beriya nak kejar matahari terbenam (almaklumlah bila dah dekat pantai barat memang selalunya matahari terbenam, kan!)... Mampuih aku kena gelak bila aku cerita aku memandu ke Pantai Pasir Hitam semata-mata nak layan sunset!  "Oii cik kak, sini pantai timur!" "Errrr..... hahahaha".  Jadi, pada hari terakhir di sana, tatkala orang sibuk-sibuk nak bangun, nak siap, nak pi sarapan sebelum masuk mesyuarat, aku dah selamat sampai ke Teluk Chempedak melayan matahari terbit (sunrise)... SUKA!!!!





C) PeRJuMPaaN KeLuaRGa aNaK keMBaR, PuTRaJaYa

Minggu kedua, teringat pada pelawaan sahabat H mengenai perjumpaan keluarga yang ada anak-anak kembar yang akan mereka anjurkan di Putrajaya.  Hehehe.... Kebetulan juga rindu dengan R yang encem juga H-H yang sepet... Hoyeaaaahhhhh.... I luv it!!!!

Geng Sepet dan famili beramai-ramai.... Memang ramai geng-geng Sepet yang datang hari tu.... Sangat best dan tetiba agak jeles (huahuahua - mood nak anak kembar leh???)

D) FaMiLi WeDDiNG MaRaTHoN BeGiNs

Wedding marathon dalam famili bermula dengan wedding uNKeL Min, kemudian wedding Nadia dan Kamal pulaks sebelum meleret-leret lagi di bulan Mei dan Jun...
unkel Min
NaDia n KaMaL



E) PeSTa BuKu ANTaRaBaNGSa KuaLa LuMPuR


Alhamdulillah dapat juga pergi kerana kebetulan berkursus seminggu di pekan Kolumpo...  Hasil borongan jangan cakap banyak mana, sebab memang sakan larrr memborong setiap kali ke Pesta Buku... Gitewww kekdahnya :D

2 comments:

kemang said...

rajin kome ye menaip pnjg2 ni :D

Ren said...

Jap..kalo g pantai timur nak tengok sunset ke?? ahakssssssssssssss!