FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label iPoH. Show all posts
Showing posts with label iPoH. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2018

Haluuuuuuu.....

Jom balik Ipoh kome!  Acara tahunan yang ditunggu-tunggu dah nak mula minggu ni!

Peminat-peminat hoki, Piala Sultan Azlan Shah 2018 akan berlangsung pada 3hb Mac sehingga 10 Mac 2018 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh.

Tahun ni 5 pasukan terbaik dunia akan berentap iaitu Australia (no 1), Argentina (2), India (6), England (7) dan Ireland (10).   Great Britain (Juara Piala Sultan Azlan Shah 2017) dan Jepun  (tempat ke enam) takde pula kali ni. Kedudukan pada tahun lepas - (1) Great Britain (2) Australia (3) India (4) New Zealand (5) Malaysia (6) Jepun.

Jadual perlawanan pada tahun ni seperti berikut :

Sabtu (3 Mac 2018)
1600  Argentina vs  India ( 3 - 2)
1800  Australia vs  England (4 - 1)
2030  Malaysia vs  Ireland (4 - 1)

Ahad (4 Mac 2018)
1600  India vs  England (1 - 1)
1800  Ireland vs  Argentina (3 - 5)
2030  Malaysia vs  Australia (1 - 3)

Selasa (6 Mac 2018)
1600  England vs  Ireland (4 - 1)
1800  India vs  Australia (2 - 4)
2030  Malaysia vs  Argentina (2 - 1)

Rabu (7 Mac 2018)
1600  Australia vs  Ireland (4 -1)
1800  Argentina vs  England (1 - 1)
2030  India vs  Malaysia

Jumaat (9 Mac 2018)
1600  Argentina vs  Australia
1800  Ireland vs  India
2030  England vs  Malaysia

Sabtu (10 Mac 2018)
1600  Penentuan tempat ke 5 & 6
1800  Penentuan tempat ke 3 & 4
2030  Penentuan Juara dan Naib Juara




Wednesday, June 10, 2015

IPoH : JoM MaNDi aiR PaNaS Di LuBuK TiMaH!!

Haluuuuuuu
Salam pagi Rabu...
Tak sabar nak jumpa hujung minggu balik.. Ngeee
Jom pi jalan nak????

Ada satu masa dulu, masa mula-mula aku datang Ipoh aku panggil Ipoh tu Negara Eeypoh.  Semua aku main #negaraEeypoh.  Tempat berstatus Bandaraya tapi sumpah sunyi!  Jadi, aku pun pujuk-pujuk hati dan mencari segala hidden jem yang ada di 'negara' yang besar ini.  

Segala yang aku rasa macam 'erk???', 'ada ke?', semua aku tak simpan dalam hati.  Semua aku terjah cari dengan gigih.  Macam gigihnya mencari Tasik Cermin dulu. Jadi, aku explore dan explore, aku jumpa pula satu gambar waterfall yang aku tak pernah pergi lagi.  Mujur juga, ada sahabat yang tinggal di bandar berhampiran (ahaha rahsia sangatla kan!), dan dia pun setuju untuk pergi.  Kebetulan seorang lagi sahabat kami turun dari Kuala Lumpur, yeahhhhh let's go!!!! Jom! jOM!

Pernah dengar ke Lubuk Timah ni?  Frankly speaking, aku tahu pun sebab gigih bukak kitab Kinta Valley aku.  Tiba-tiba tap! WoW!!!  Then terus gugel sampai dapat.


Lubuk Timah terletak di Simpang Pulai dan cara untuk sampai, ikut jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.  Lepas dari kawasan kuari-kuari, usha-usha la papan tanda kawasan perkelahan air panas di sebelah kiri.  Lorong nak masuk tu memang macam skeri meri untuk kuari (kereta lawa-lawa baru lepas masuk, takyah la bawak masuk! Hahahhaa).  Satu pesanan, sebab tempat ni tak ramai sangat orang berbanding Kuala Woh, Ulu Chepor, Lata Kijang dan yang seangkatan dengannya, maka adalah disyorkan adalah hero seorang yang ikut serta dalam trip korang.

Ini dia rupa sungai dia.  Waktu kami sampai ni memang awal pagi.

Bukti awal pagi lagi ni. Tenang je waktu ni.

Dan waktu kami sarapan sebelum ada aktiviti terjun tiruk, si ekor panjang ni pun muncul.  Jaga-jaga makanan, jangan biar terbuka.


Taraaaa... Inilah dia rupa kolam air panas Lubuk Timah.  Masa kami sarapan tadi, ada satu keluarga mandi kat sini siap bergayung-gayung.  Adeh! Cuba rendam je dalam kolam tu... Nikmat wooooo...

Tazzabarrrrrrrrr berendam! Tapi hari panas nih..  Jom pi cari air terjun dalam gambar tu nak???

Nak pergi kat kawasan air terjun ni (aka empangan sebenarnya), kena jalan kaki ke atas sikit dalam 500 meter macam tu. 

 Fiuuuuu, ada orang mandi kat sini.  Budak-budak kolej yang katanya selalu datang mandi kat sini.  Sempat juga tanya semua tempat ini ok ke mandi???

"Sini ok mandi, tapi jangan mandi dekat bawah air terjun tu.  Dalam"
"oOOOoooo okay!"




Emmmm cantik gak kan!  Kami mandi-mandi kat sini lama juga.  Sempat juga main hanyut-hanyut sebelum berpindah ke kolam air panas.

Pengalaman mandi kat sini, berdebar dengar bunyi kuat yang rupa-rupanya dari kawasan kuari yang berdekatan.  Almaklumlah, Simpang Pulai kan kawasan kuari.  Haaa dah satu lagi, batu-batu bawah air terjun tu kebanyakkannya warna putih macam batu marmar.. Curlasttt kan!!


Tadaaaaa... Ok korang, selamat berjalan dan selamat bermandi-manda.  

Monday, April 6, 2015

PiaLa SuLTaN AZLaN SHaH 2015

Haluuu...
Assalamualaikum....
Salam Perak Aman Jaya...
dan Salam Majulah Sukan Untuk Negara

Hoyeahhhh it's back!!! Sorry kakak Santek, tak dapat datang burpday party Sami dan Suci... 
It's hockey time and seriously, i can't resist hiksssss...

Ayuh, peminat hoki, acara tahunan Piala Sultan Azlan Shah 2015 dah bermula!  Jangan lupa datang dan berikan sokong pada team Malaysia!  Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnpinpinnnnnnn.....

Ok, nak kongsi gambar perlawanan Malaysia bertemu pasukan New Zealand.  Malaysia tewas 2-4 malam tadi, esok kita bangkit balik okay!!! Go Malaysia!

Acara berlangsung 5 hingga 12 April 2015
Jadual seperti di atas
Lokasi : Stadium Hoki Ipoh
Masuk adalah percuma :D

AHAD, 5 APRIL 2015
4.10 ptg Australia vs Kanada   7 - 0
6.10 ptg Korea Selatan vs India  2 - 2
8.10 mlm New Zealand vs MALAYSIA  4 - 2

ISNIN, 6 APRIL 2015
4.10 ptg Kanada vs Korea Selatan
6.10 ptg New Zealand vs India
8.10 mlm Australia vs MALAYSIA

RABU, 8 APRIL 2015
4.10 ptg Kanada vs New Zealand
6.10 ptg Korea Selatan vs Australia
8.10 mlm India vs MALAYSIA

KHAMIS, 9 APRIL 2015
4.10 ptg India vs Kanada
6.10 ptg New Zealand vs Australia
8.10 mlm MALAYSIA vs Korea Selatan

SABTU, 11 APRIL 2015
4.10 ptg Australia vs India
6.10 ptg Korea Selatan vs New Zealand
8.10 mlm MALAYSIA vs Kanada

AHAD, 12 APRIL 2015
3.40 ptg Tempat 5 & 6 
4.10 ptg Tempat 3 & 4
8.40 mlm Akhir (hahahahaaaaa konfiden tuh! penting!)

Keputusan perlawanan boleh rujuk di sini "RESULT"












Wednesday, December 4, 2013

Ipoh : The Kinta Valley (Photo Sharing)

Assalamualaikum... Salam Satu Malaysia... Salam Perak Aman Jaya... Salam Rindu dan Salam jom pi jalan semua...... eee cewahhhh
 
Habis KPI minimum sebulan sekali menghapdet blog nih... Kalah dah dengan Chawanna yang sekarang rancak balik keluar entry..  Aku punya??? Nahhhhhh berderet siri tertunda.... dapat pulak musim doghoyan kat Perak ni kan, sibuk laks nebas dan nunggu doghoyan kat kebun nu haaaaa...
 
Apapun, hari ni nak kongsi gambar sikit hasil dari bidikan yang tak seberapa (wallaaaaa sedihhhhh)masa bertugas di awan biru (erkkkk) baru-baru ini.  Errrrrrr takde biru langsung kot, sebab masa tu tak ada langit biru mahupun awan yang terkepuk-kepuk.  Jerebu dan kelam sikit termasuklah hujan di beberapa kawasan.... Huhuuuuuuuu....
 
Ipoh.  Kinta Valley..  Siapa la yang sangka aku ni ada peluang nak tengok pemandangan dari atas.  Gila taknak!  Haruslah nak kalau orang tanya.  Dan kesempatan tu, aku ambil dengan semangat yang sangat waja.  Dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah berpusing di kawasan sekitar melewati sehingga ke daerah hilir Perak, Manjung dan banjaran Titiwangsa.  Dikongsikan sebahagian ....


Ambil seat sebelah pilot katanya :)

Lombong

Lombong-lombong

Dan lombong-lombong dan lombong-lombong lagi

Naaaaaaaaaaaaaaa lombong semuanya :)

Most scenic tin mining area.... tapi tak nampak langit


Kawasan sawah padi...  Maksudnya dah keluar dari kawasan Kinta.... Komperem!

Yeahhhhh...... melawat kawasan sangat!

Kampung nelayan di muara sungai Bernam

Tetiba nampak kolam tapak kaki itik? #sukahati je

Dan sampai ke Banjaran Titiwangsa....

Hutan kita
 



Superb!

Empangan air ni memang tak jumpa la kalau nak ikut jalan bawah sendiri... huhu...

Air terjun


Dan memang tak pernah bayang nak tengok pemandangan berada di puncak air terjun kan!!

Terima kasih, syukur yakmats.... Syukur pada semua nikmat yang tuhan berikan pada kita.  Kaya dengan hasil bumi.  Kaya dengan kepelbagaian ekologi.  Kaya dengan sumber air bersih. Dan semoga semua apa yang kita ada hari ini kita hargai dan pelihara untuk generasi yang akan datang :D 
 
*omaiiiiii apa dah jadi ngan ayat aku ni....  oklah nak buat keje, hai skema pulak tetiber.

Wednesday, April 24, 2013

IPoH : WHaT i CaPTuReD DuRiNG HeRiTaGE WaLK TRaiL (PHoTo SHaRiNG)

Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Jalan :D

Hari ini, tak ada cerita-cerita sambungan lagi.. Bertabah sajalah menunggu sebagaimana aku juga menabahkan diri me'nyukat' jalan di empat daerah dan kekadang sampai lima daerah dalam satu minggu....  Lunyai, lemau semua pun ada....

Apapun, berbalik kepada entri kita hari ini, pada hujung minggu yang lalu, Kaki Jalan terima satu pesanan ringkas.  Katanya ada tetamu dari #pekanKolumpo katanya nak masuk kawasan Kakak Jajahan (amboi giteww pulak yer?!).  Memandangkan kebetulan masa tu berada di Ipoh atau dalam bahasa aku #negaraEeypoh, makanya tetamu itu bersambut. Naaaaaa.... siapa dia tu.... kita bocorkan kemudian. (eh cam nak ngarang panjang pulak! rasa cam nak kongsi gambar jer... kikiki)

Oklahhh... Jom layan gambar yang Kaki Jalan ambil masa buat Heritage Trail Walk dengan tetamu dari #pekanKolumpo dan seorang lagi kawan beliau. 

Ok... baru tahu ada hotel bajet baru yang bukan main gagah tersergam kat tengah pekan Ipoh ni.  Lokasinya betul-betul berhadapan dengan kedai Nasi Ganja....  Kat mana Nasi Ganja??? Haaaa serius ke tak tahu??? Kalau masuk pekan Ipoh, lokasinya dekat dengan Balai Polis Pekan Baru

Bangunan dalam bangunan. Kalau tak lalu betul-betul, orang tak perasan sebab gambar-gambar dinding lebih menyerlah.  Dari bangunan lama dua tingkat, bangunan sekarang tak pasti dah jadi berapa tingkat... Yang pasti, memang bertingkat-tingkat.

Bangunan lama ini mempunyai empat jenis tingkap yang berbeza mengikut tingkat

Namanya tingkap juga?

Pintu-pintu lama dipalang

Juga digril gaya lama

Siapa tahu ni apa?

Basikal roda tiga dengan plat nombor.  Tak pernah pula terjumpa di tengah jalan.  Barangkali untuk digunakan di sekitar blok-blok kedai berdekatan sahaja kot?

Juga jumpa benda-benda yang terapung nih... Hahahaha... Iyolah terapung kununnnn.....  payung cina nih...  Kalau payung yang kaler coklat lakssss, lainnnn.....

Fiuuuuuuuuuuu...... antara benda paling mahal yang terjumpa hari tu.  Memang klasik habisss.. Kain pulicat chop sipoth okayssssssss....

Pernah jumpa Marilyn Monroe kat #negaraEeypoh???  Ni first time aku jumpa...  Kalau dia datang, memang kena kacau dengan budak-budak macam ni kan... Kompem!

Seriously ternganga sebab tiba-tiba boleh sampai dalam tempat nih....  Ada Art Gallery di tengah-tengah pekan lama #negaraEeypoh

Semua yang ada di sekeliling kita ada cerita dan ada sejarah dan rahsianya sendiri. Ditutup berlapis-lapis, suatu ketika akan terserlah juga.

Untuk sampai ke atas, kita perlu bermula dari bawah.  Peluang sama rata, mencari cahaya atau sebaliknya.

Ok dah habis dah sesi kongsi gambar... Semua gambar-gambar di atas dalam kawasan pekan Ipoh lama.  Jika ada kesempatan lain, nanti akan dimasukkan bangunan-bangunan yang disenaraikan di dalam Ipoh Heritage Trail Walk (tapi opkos la tak tahu bila...... kikikiki *larikkkkkkkkkkkkkk)

Terima kasih buat Wak Jan dan juga Airil untuk ekplorasi petang yang best.  Sampai bertemu lagi :)