FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, June 10, 2015

IPoH : JoM MaNDi aiR PaNaS Di LuBuK TiMaH!!

Haluuuuuuu
Salam pagi Rabu...
Tak sabar nak jumpa hujung minggu balik.. Ngeee
Jom pi jalan nak????

Ada satu masa dulu, masa mula-mula aku datang Ipoh aku panggil Ipoh tu Negara Eeypoh.  Semua aku main #negaraEeypoh.  Tempat berstatus Bandaraya tapi sumpah sunyi!  Jadi, aku pun pujuk-pujuk hati dan mencari segala hidden jem yang ada di 'negara' yang besar ini.  

Segala yang aku rasa macam 'erk???', 'ada ke?', semua aku tak simpan dalam hati.  Semua aku terjah cari dengan gigih.  Macam gigihnya mencari Tasik Cermin dulu. Jadi, aku explore dan explore, aku jumpa pula satu gambar waterfall yang aku tak pernah pergi lagi.  Mujur juga, ada sahabat yang tinggal di bandar berhampiran (ahaha rahsia sangatla kan!), dan dia pun setuju untuk pergi.  Kebetulan seorang lagi sahabat kami turun dari Kuala Lumpur, yeahhhhh let's go!!!! Jom! jOM!

Pernah dengar ke Lubuk Timah ni?  Frankly speaking, aku tahu pun sebab gigih bukak kitab Kinta Valley aku.  Tiba-tiba tap! WoW!!!  Then terus gugel sampai dapat.


Lubuk Timah terletak di Simpang Pulai dan cara untuk sampai, ikut jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.  Lepas dari kawasan kuari-kuari, usha-usha la papan tanda kawasan perkelahan air panas di sebelah kiri.  Lorong nak masuk tu memang macam skeri meri untuk kuari (kereta lawa-lawa baru lepas masuk, takyah la bawak masuk! Hahahhaa).  Satu pesanan, sebab tempat ni tak ramai sangat orang berbanding Kuala Woh, Ulu Chepor, Lata Kijang dan yang seangkatan dengannya, maka adalah disyorkan adalah hero seorang yang ikut serta dalam trip korang.

Ini dia rupa sungai dia.  Waktu kami sampai ni memang awal pagi.

Bukti awal pagi lagi ni. Tenang je waktu ni.

Dan waktu kami sarapan sebelum ada aktiviti terjun tiruk, si ekor panjang ni pun muncul.  Jaga-jaga makanan, jangan biar terbuka.


Taraaaa... Inilah dia rupa kolam air panas Lubuk Timah.  Masa kami sarapan tadi, ada satu keluarga mandi kat sini siap bergayung-gayung.  Adeh! Cuba rendam je dalam kolam tu... Nikmat wooooo...

Tazzabarrrrrrrrr berendam! Tapi hari panas nih..  Jom pi cari air terjun dalam gambar tu nak???

Nak pergi kat kawasan air terjun ni (aka empangan sebenarnya), kena jalan kaki ke atas sikit dalam 500 meter macam tu. 

 Fiuuuuu, ada orang mandi kat sini.  Budak-budak kolej yang katanya selalu datang mandi kat sini.  Sempat juga tanya semua tempat ini ok ke mandi???

"Sini ok mandi, tapi jangan mandi dekat bawah air terjun tu.  Dalam"
"oOOOoooo okay!"




Emmmm cantik gak kan!  Kami mandi-mandi kat sini lama juga.  Sempat juga main hanyut-hanyut sebelum berpindah ke kolam air panas.

Pengalaman mandi kat sini, berdebar dengar bunyi kuat yang rupa-rupanya dari kawasan kuari yang berdekatan.  Almaklumlah, Simpang Pulai kan kawasan kuari.  Haaa dah satu lagi, batu-batu bawah air terjun tu kebanyakkannya warna putih macam batu marmar.. Curlasttt kan!!


Tadaaaaa... Ok korang, selamat berjalan dan selamat bermandi-manda.  

No comments: