FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, November 18, 2017

LARIAN KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH 2017

Assalamualaikum....

Halu!!! Jom kita pi ekseSAIZ! Miahahahaha
Jom lari weh!!!  

Hari ni kita kongsi gambar-gambar semasa Larian Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2017.  Larian ini memang acara tahunan di Kuala Kangsar ni dan boleh dicakap taraf wajibulghunnahlah untuk warga-warga Perak dan kaki jalan yang suka lari dan jjcm hihihi....

Last masuk dulu 14km tahun 2012 kot lepas tu pelan-pelan gantung kasut.  Tapi tahun lepas kawan-kawan hantar gambar bukan main best dan enjoynya diorang masuk event ni dengan berlari dalam bendanglah, makan-makan masa lari... jadinya.... dengan berbekalkan 'hasad dengki dan kejelesan melampau' maka tahun ni kita pun register laaa.... gilo lemau dah lama gantung kasut woit!

Ayuh! 10km sahaja sudeh!

 Ayuh bersedia!

 Bip pun dah pakai

 Siap sedia untuk pelepasan oleh Sultan Nazrin Shah, Sultan Negeri Perak Yang ke-35

Dannnn..... ponnnnnnnnnnnnn hahaha ok tak boleh gerak sebab semua orang pun akan berhenti untuk ambil gambar keluarga diRaja ni termasuklah KJ ni kan.

Tengok orang main ni.. Nobat?  OOo sebelum sampai kawasan ni, KJ bertembung dengan putera puteri Sultan Nazrin Shah iaitu Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Raja Nazira Safiya.. Beriya konon ambil video last-last masa dah habis race tengok takde pun.. Allahu tak tertekan kot butang rekod sebab eksaited benor ke masa lari2 dok tangan gatai2 pi delete ke? Sedih betoi rasanya, sob. sob.


 Tengok orang pegang singa dan naga... EEE nape tak wat show masa ni haaaa? Hahaha


 Ni pun sama! Narilah!

 Tengok orang main gendang!

Lalu lorong kampung (alaaa kecewa tahun ni 10km tak masuk lari dalam kawasan sawah.. Yang lari 15km masuk sawah lawa kemain gambar diorang! Menchik ai taw!)

Lalu kawasan pembuatan tembikar dan labu sayong (teman nak kabo yang Kuala Kangsar merupakan tempat pembuatan tembikar dan labu sayong yang terkenal ye :) )

Lalu kubur...

 Minum ayor (air) kelapa!

Sama-sama dengan penduduk sekitar...  ha ni belum kira yang kita lalu depan rumah deme masa masuk kampung.

 Tengok orang senam tari.. Haaa nak join pun boleh!

 Tengok lembu

Tepi Sungai Perak.  Lepas laluan ni sebelum naik jambatan kena pancutan air dari bomba pula, tapi gambar cekci tak dapat nak upload, hiks..


Dah habis lari pun dapat makan percuma!  Rezeki hari ni dapat makan roti arab, LAPO YAKMATS!

Peserta terakhir sampai, sporting habis diorang kasi support pada pakcik ni dan N PAKCIK! U ROCK! YOP BOLEH! ewahhhh

Ni le ghuper (rupa) pingat untuk tahun ni :)