FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, June 30, 2011

LaNGKaWi : CaRi MaKAN JoM

Langkawi?? Hurmmmm..... Agak-agak apa makanan yang wajib eh bila pi Langkawi nih???

Mapkanan pertama yang kami jamah (errr macam salah je!) sebenarnya nasi sebab dah lapar sesangat. Sarapan di Kuala Perlis setakat mengalas perut je yang mana alasnya mungkin senipis tisu je kot... tak tahu larr sebab terlalu excited nak ke pulau sampai tak ada selera nak makan atau memang makanannya tidak begitu memberangsangkan. Selepas sahaja check in di motel, kami terus keluar dan tempat utama haruslah kedai makan.

Makan 1 : (lupa laks namanya, tapi betui-betui seberang Akuarium)
Cheq suka makan kat sini... Selera tukang masak dengan tekak cheq memang sama! Dek sebab lapo, lupa pula nak ambil gambar!

Makan 2 : Gerai makan dekat Dataran Lang
Yeayyyyy dapat makan laksa utara yang SEDAP!! Nyaman nyerr rasa sebab yum yum memang sedap.... Nak lagi!!!


Makan 3 : Kembali ke Dataran Lang
Gara-gara terlewat keluar sebab tak sedar diri bergambar sakan bagai di Pantai Chenang dan mahu checked-in di Dataran Lang, kami keluar makan malam ke pekan Kuah. Gerai pilihan hanya selang beberapa pintu dari gerai petang tadi. Malam ni makan satay, huaaa ni siapa punya kegilaan makan satay 2 hari berturut-turut ni?? (kat Ipoh pun dah makan satay). Makanan utama cheq Nasi Goreng Ketam Istimewa, huuuuuuuu..... Jemput. Jemput. Jemput makan :)





Makan 4 : Makan tengah hari di gerai depan Akuarium (lagi sekali!)
HAhaha.... dah memang cheq suka makan kat sini.


Makan 5 : Laksa Power (tepi lapangan terbang)
Suatu ketika dahulu, masa cheq datang Langkawi, cheq rasa cheq makan kat kedai ni. Makan laksa dengan cendol, tapi..... tak tau larr ni kedai yang sama atau bukan... Nama laksa power, haduiiiiii.... rasanya inilah antara laksa yang paling hampeh yang pernah cheq makan... Hangit! Tanya pasal cendol, jawabnya ada tapi yang warna hijau dalam cendol tu tak ada! Huhhhhh tu bukan cendol tau! Mee rojak, antara yang paling hampeh jugak! Hurmmmm.... tolong larr meniaga betul-betul tuan... Ni belum buka cerita lain lagi nih.... Hurmmmmm (lagi sekali).




Makan 6 : LasT DiNNeR MaKaN SeDaP... KeDai iKaN BaKaR seBeLaH AmZaR MoTeL
Kedai ini sebenarnya terletak betul-betul sebelah motel yang chek duduk. Tengok sombong tak kami, simpan pi kedai makan yang dekat masa hari last?? Hahaha... Kedai ni memang ramai orang, kalau lapar sangat order lar yang simple-simple dulu... Tempat makan selesa dan harga makan pun ok!
Malam ini, satay untuk hari ketiga berturut-turut... Tak tahulah siapa yang mengidam nih!??






Makan 7 : Aii bukan sepatutnya makan kat tanah besar ke???
Gara-gara bot pukul 10 sudah habis (kami sampai jeti jam 9 pagi), terpaksalah kami menaiki feri jam 11.30 pagi. Hai lama juga nak menunggu tu (tapi best gak sebab sempat lar nak mengintai parfume! hihihi).
Menu sarapan pagi, masing-masing memesan mee goreng mamak dan teh tarik dan tambahan godaan yang tak tahan sekeping roti canai yang dikongsi tiga (kes takmo kenyang sangat! ntah hape-hape kan?!)


DaH LaR JoM BaLik!!
Trip Langkawi ni memang best.... Terimbau kenangan Pangkor dulu... Susah senang bersama. Ada campur, ada tolak, bincang-bincang yang penting hepi dan enjoy. Kepala kena sama baru happening!!!! Terima kasih Janggel, terima kasih Dhamin buat kesekian kali nya.... Jerejak pula ya lepas nih??? Hahahaha adoiiiiiii.....

Menunggu feri di terminal, mood gambar tetap tak habis!

Hoyeahhh, syukur dah selamat kembali.. Owhh Langkawi, gudbye...

Banyak makan, banyak jalan, ni larrr jadi nyerr..

Sebelum entri Langkawi ditutup, dikongsikan sedikit info.
Tempat tinggal : Amzar Motel (bilik yang dipilih aircorn untuk double RM45/malam * 2 bili * 2 malam
Kereta sewa : Kalau anda bernasib baik, harga kereta sewa yang terendah ialah RM50/- harga biasa RM70++ (Kalau di jeti Kuala Perlis ada yang offer RM50 tu kira ok dah tu)
Pakej island hoping - RM35 (harga yang paling tinggi). Should check kat chalet/ motel atau stall-stall sebab boleh dapat RM25 tanpa perlu tawar-tawar pun!
Kilim Geoforest - baik pergi ramai-ramai kalau mahu terus ke sana. Jika tidak, baik guna agen sama ada di motel atau mana-mana agen.

Jumlah perbelanjaan kami dari Kuala Lumpur ke Langkawi dengan menaiki kereta ialah RM210/seorang untuk 3 hari 3 malam (termasuk makan, minyak, tol, tambang feri, pakej, kereta sewa dan sebagainya - semua aktiviti kira sekali), tidak termasuk borongan coklat sebab tu ikut suka masing-masing :) Yeahhhhh...... Jom cuti-cuti lagi!!!!
Post a Comment