FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, June 27, 2011

LaNGKaWi DaY 2 : TaK PuaS MaNDi LauT JoM TeLaGa TuJuH!!!

sambung dari entri-entri terdahulu....

Waktu bercuti a.k.a berjalan wajar digunakan sepenuhnya. Tak ada masa nak balik berehat-rehat di bilik. Siapa nak ikut kami jalan, kena lar tahan... Muahahaa.....

Lega kerana selepas mandi laut di Pulau Beras Basah, kami dapat membilas badan dengan air tawar. Besar harapan, selepas kembali ke tanah Langkawi kami mahu sambung ke Telaga Tujuh (yeayyyy berjaya juga mujok ehemmm walaupun memula mendapat tentangan... tenkiusssss erk muah muah hahaha)..

ReBaK MaRiNa
- CHecKeD!

Dalam perjalanan ke Telaga Tujuh, kami singgah ke Rebak Marina tempat berlabuhnya kapal-kapal layar yang fuhhhh cantik-cantik belaka... Ermmm boleh tak nak berangan naik kapal layar???? Apapun, tempat tempat ni memang cantik untuk ambil gambar dan berangan-angan macam kat oversea....

Berjalan sambil berangan ...

"Banyak juga kapal layar labuh kat sini"

"Errrr, cheq punya bot depa simpan tang mana?? Awat cheq tak nampak pun?"

"Best wooo ambil gambar kat sini"

"Ala dah biasa larrrrr" <- kengkonon lar kan?! Ekeke

"Huuuu sudeyyyy... meh siapa nak ikut??? Kita keliling urmmmmm"

Wokey larrr tak kira, yang penting kita dah checked-in Rebak Marina :)


TelaGa TuJuH, LaNGKaWi - CHeCKeD!

Permintaan paling besar kot masa di Langkawi ni selain dari Kilim Geoforest, sebab cheq tak pernah lagi sampai ke Telaga Tujuh nih. Kalau dengan famili, memikirkan untuk mendaki dan keutamaan yang nak bershopping memang cadangan ke Telaga Tujuh akan ditolak bulat-bulat. Masa ber'girls' holiday pun diorang tak mau, shopping dan kereta kabel juga yang menjadi pilihan. Adeiiii..... Tima kasih ya Janggel (hehehe)... Tima kasih ya Dhamin....

Rupanya tinggi betul kalau nak sampai ke telaga tujuh tu! Masing-masing dah memandang satu sama lain... Belum apa-apa dah tengok bukit yang bukan main mencanak tingginya!!! "Errrrr.... hehehe.... kita g takat air terjun je larrr erk!?"

Info :
Bayaran tempat letak kereta dikenakan RM2 sekali masuk.
Terdapat gerai-gerai jualan makanan dan cenderahati sebelum perjalanan untuk naik ke atas (air terjun/ telaga).

yEAyyyyYYYYY... Betul ni dah sampai!

Haaa pilih, pilih nak naik tinggi lagi ke atau terus sahaja ke air terjun??? Jom! Air terjun ye yuk!

Elephant adventure???

Sampai sudah.... Ramai juga orang rupanya! Best juga mandi kat sini, dekat tempat yang ramai-ramai tu paras pinggang hinggalah ke paras kepala (5 kaki). Dekat tempat yang dalam tu, amboii seronok diorang melompat terjun dari atas batu ke dalam air...

aiii sejukkah???

nikmat mandi air segar

Yes! Telaga Tujuh checked!
*Jom jalan-jalan cari makan pula!!

4 comments:

Anash said...

betul aaa korang gi obe-c ape...
melintas laut...gi pulau langkawi...(heheh..)
mata tak mo lelap...tuh yg masuk blog .....waaa...den nak tido!!!
esok kompom mato lobam...

masMZ KaKiJaLaN said...

Anash,

Hehe, yo larr... memang pun kan!

Pstt : Napo tokleh tido? Tak basuh kaki kotzzzz????

Ren said...

Eh ada Jungletrekking la dalam signboard tu. hahah wink wink..

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel,
hahaha.... sempat juga tuh :)