FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label OLe2 UTaGHa. Show all posts
Showing posts with label OLe2 UTaGHa. Show all posts

Monday, June 27, 2011

LaNGKaWi DaY 2 : TaK PuaS MaNDi LauT JoM TeLaGa TuJuH!!!

sambung dari entri-entri terdahulu....

Waktu bercuti a.k.a berjalan wajar digunakan sepenuhnya. Tak ada masa nak balik berehat-rehat di bilik. Siapa nak ikut kami jalan, kena lar tahan... Muahahaa.....

Lega kerana selepas mandi laut di Pulau Beras Basah, kami dapat membilas badan dengan air tawar. Besar harapan, selepas kembali ke tanah Langkawi kami mahu sambung ke Telaga Tujuh (yeayyyy berjaya juga mujok ehemmm walaupun memula mendapat tentangan... tenkiusssss erk muah muah hahaha)..

ReBaK MaRiNa
- CHecKeD!

Dalam perjalanan ke Telaga Tujuh, kami singgah ke Rebak Marina tempat berlabuhnya kapal-kapal layar yang fuhhhh cantik-cantik belaka... Ermmm boleh tak nak berangan naik kapal layar???? Apapun, tempat tempat ni memang cantik untuk ambil gambar dan berangan-angan macam kat oversea....

Berjalan sambil berangan ...

"Banyak juga kapal layar labuh kat sini"

"Errrr, cheq punya bot depa simpan tang mana?? Awat cheq tak nampak pun?"

"Best wooo ambil gambar kat sini"

"Ala dah biasa larrrrr" <- kengkonon lar kan?! Ekeke

"Huuuu sudeyyyy... meh siapa nak ikut??? Kita keliling urmmmmm"

Wokey larrr tak kira, yang penting kita dah checked-in Rebak Marina :)


TelaGa TuJuH, LaNGKaWi - CHeCKeD!

Permintaan paling besar kot masa di Langkawi ni selain dari Kilim Geoforest, sebab cheq tak pernah lagi sampai ke Telaga Tujuh nih. Kalau dengan famili, memikirkan untuk mendaki dan keutamaan yang nak bershopping memang cadangan ke Telaga Tujuh akan ditolak bulat-bulat. Masa ber'girls' holiday pun diorang tak mau, shopping dan kereta kabel juga yang menjadi pilihan. Adeiiii..... Tima kasih ya Janggel (hehehe)... Tima kasih ya Dhamin....

Rupanya tinggi betul kalau nak sampai ke telaga tujuh tu! Masing-masing dah memandang satu sama lain... Belum apa-apa dah tengok bukit yang bukan main mencanak tingginya!!! "Errrrr.... hehehe.... kita g takat air terjun je larrr erk!?"

Info :
Bayaran tempat letak kereta dikenakan RM2 sekali masuk.
Terdapat gerai-gerai jualan makanan dan cenderahati sebelum perjalanan untuk naik ke atas (air terjun/ telaga).

yEAyyyyYYYYY... Betul ni dah sampai!

Haaa pilih, pilih nak naik tinggi lagi ke atau terus sahaja ke air terjun??? Jom! Air terjun ye yuk!

Elephant adventure???

Sampai sudah.... Ramai juga orang rupanya! Best juga mandi kat sini, dekat tempat yang ramai-ramai tu paras pinggang hinggalah ke paras kepala (5 kaki). Dekat tempat yang dalam tu, amboii seronok diorang melompat terjun dari atas batu ke dalam air...

aiii sejukkah???

nikmat mandi air segar

Yes! Telaga Tujuh checked!
*Jom jalan-jalan cari makan pula!!

Friday, June 24, 2011

LaNGKaWi DaY 1 : PaNTai CHeNaNG DaN MaTaHaRi NaK TiDuR

Percaya atau tidak, dapat sahaja kereta terus cari bilik (memang nak redah je), letak barang terus pergi jalan. Dah check in di tepi sawah, Pantai Pasir Hitam, Buffalo Parks dan Kilim Geoforest Park, kami pulang ke Chenang. Masing-masing balik bilik dan pengsan! Janji nak keluar semula jam 5.30, kengkonon nak mandi laut eh, tup-tup pukul 6 petang baru kami keluar dan berjalan kaki ke tepi pantai... Pantai Chenang panjang, tak daya nak berjalan dari hujung ke hujung... Huuuu...

Meriah! Ada yang bermandi-manda, ada yang naik 'banana boat', ada yang naik payung terjun, melepak-lepak, dan ada juga yang seperti kami ber'snapping-snapping' mengambil gambar sambil-sambil menunggu matahari 'tidur' (terbenam). Memang senja yang indah di Pantai Chenang.
Bukan main ramai orang!
Posing-posing....
Didatangi beach boy (ikut ayat Janggel) yang bertanyakan sama ada berminat untuk ber'island hoping'.
Ermmm.... teringin nak wat ke tak erk?? Cam gayat je!

Matahari dah nak tidur
Cantiknya....
Tajuk gambar ni Flamingo Man During Sunset boleh tak??
Pulang
Owhhh yang ini tak tahu nak bagi tajuk apa!
Deretan kedai di Pantai Chenang
Opsss,.... berhenti posing jap
Berangan oberC
KumKum Siri 6 (hahahaha)
Lepas bersiap-siap, kami cari makan dan berjalan-jalan di Dataran Lang (huuuu sempat lagi tu kan ke pekan Kuah! Rasa cam nak pengsan bila sampai bilik!)

* Pasni kita ber'island hoping' nak?????? Tunggu.....

Friday, January 29, 2010

GuNuNG JeRai, KeDaH - DaH SaMPai

Cerita pasal Gunung Jerai di Kedah, yang chek ingat dulu ada kawan chek ajaq pi daki.. Tapi masa tu chek tak sempat nak ikut depa sebab ada hai laen. Chek kata kat depa, "Hang pa naek larr... Takpa larrr tinggaikan chek... Ermmm chek tak kisah... Hang pa pi larrrr...". Dalam half redha kasik depa pi (dulu ler, skrg dah redha). Jadinya chek ngadu lar kat kawan chek yang laen. Kawan chek yang ni oghang Kedah. Chek cakap kat dia, "Kawan-kawan Gunung chek tinggalkan chek. Depa pi Gunung Jerai." Erphmmmm hampeh kena gelak dengan kawan chek yang soghang nih. Tak dak belaih kasihan langsung! Cesss! Katanya, "Oklar nak daki gunung tu, pi larr. Nanti I tunggu kat ataih. Leh lagi ensem bergaya, tak dak kuar peluh setitik pun! :p". Memang tak patutkan! Chek tau lar dia oghang sana, grrrrrr...

Jadinya, memang dah sah lar chek kena tinggai, peh tu memang dah kena gelak sakan. Memang sampai ati depa no... Ermmm... Tapi tu cerita dua tahun lepas, memang dah takleh nak pegi nak buat camno... Tahun lepas, chek ada projek kat Gunung Jerai.... Dalam hati, bila lar depa nak pangge wat site visit? Hehehe... Bagai ulam dicita pucuk mendatang, di akhir projek ada taklimat... Yes! Ada site visit! Cayalah!! Terima kasih wat JMG Kedah!

Gunung Jerai, chek mai nih... Akhirnya sampai juga ke puncak (well, tak sampai ke puncak yang paling atas - but still! Hehehe). Sorrylar sebab akhirnya chek sampai jugak kat ataih sungguh pun dengan cara yang paling tidak adil. Chek naek 4wd... Kengkawan kat KaKi JaLaN, hang pa nak naik ataih pun buleh. Takdak hai. Aritu chek tengok kete pun leh naik.

Pemandangan kat atas, memang cantik. Marvellous lar bak kata omputih... Tengok sawah luas terbentang. Tengok laut. Tengok pulau... Tapi kat sini, chek takdak gambar yang elok yang leh kongsi ngan hangpa. Masa chek pi tu jerebu sket. Gambaq sawah tak nampak sangat.. Aduiii... Frust eh! Yang chek leh kongsi, ada kat bawah nih. Gambar pemandangan takdak lar yang cun dan sebab chek pi sebab keje, yang chek dapat amek gambar clear gambar yang dekat ja iaitu gambaq segala batu-batu dan mineral yang ada kat sini. Namanya kena tanya dengan oghang JMG Kedah (tapi JMG Kelate pun buleh jawab jugak! Hahaha).

Dikongsikan gambar-gambar masa chek pi Jerai.
Selamat datang, ini santun Malaysia.... Chek suka :)

Duduknya Gunung Jerai ni kat dalam Hutan Simpan Kekal Gunung Jerai
Sebahagian pemandangan dari kawasan resort kat Gunung Jerai

Nama nyer.... ermmm....
Nama nyer.... ermmm.... (cikgu-cikgu jangan marah! saya budak baru belajar!)

Nama nyer.... ermmm....
Nama nyer.... ermmm....
Nama nyer.... ermmm....
4wd yang chek naik. Nanti chek tukar ngan gambar ramai-ramai kat sana tu

KaKi JaLaN pada ketinggian 1200m dari aras laut

Kat atas ni ada resort lar. Masa chek pi hari tu, resort ni tak buka lagi. Tempatnya memang cantik, chek gerenti dan kat atas ni memang sojuk walaupun kek bawah tu panaih! :)

Pemandangan dari bawah.... Den ado (eh silap cakap nogori laksss!). Chek ada gambaq lama yang tunjuk Gunung Jerai ni cantik berkabuih (nak kena korek fail lama eh!). Nanti chek kongsi kat KaKi JaLaN :D
[terima kasih wat JMG Kedah atas layanan dan semua bantuan yang diberikan masa chek kat sana]

Thursday, December 17, 2009

GooD BYe 2009 : JaNuaRY PaRT II (FaNTasTiCa n MaJEsTiCa)

RoYaL BeLUm (HaLF WaY) - TaSiK BaNDiNG DaN KawaN-KawaN BaRu
Undangan dari Bukh (B-Ombak) untuk survei tempat untuk projek seterusnya (dia larr). Kami berenam ke Belum (macam nekad punya trip masa ni sebab kerja tak berhenti). Masa ni lah aku kenal Ann, kenal ngan Kam, kenal dengan Mahmud dan kenal dengan Apai. Betul-betul yang aku kenal dengan B sorang jer. Kenal dengan Ann, Kam dan Apai kira perjumpaan yang kedualah selepas bincang-bincang persediaan. Really a good trip and experience. Kat sana tak pasal-pasal kena amek kontrak masak.... Yang bagusnya seb baek siap bawak tong gas dan dapur (jadi taklar mencabar cam yang biasa-biasa aku ikut kengkawan aku yang lain kat gunung).
Kat sini, tengok rafflesia, mancing (dapat kelah), masuk kampung orang asli, hiking, mandi sungai, shooting star, naik bot tengok pemandangan.... cantik dan tenang.

Pagi kat kem... View from boat.... went for casting..... Unfortunately, tak ada rezeki. Ikan tarak!!!


Pagi di Tasik Banding. Aku suka gambar nih... Dan aku suka perasaan aku masa duduk kat sini :D


Another soothing morning view kat Banding :D


Trip to Salt Lake.... Percaya atau tidak, sebenarnya ini bukit dan lubang tu dikorek oleh gajah untuk mendapatkan mineral????


Tahi gajah yang masih baru. Tengok saiz tahi gajah tu, lagi besar dari kasut aku!!


Akhirnya sampai ke perkampungan orang asli. Dimaklumkan kerajaan negeri mahu mengekalkan kampung ini tanpa pengaruh luar bagi mengekalkan ia sebagai tarikan pelancongan di Tasik Banding.

Erm..... agak-agak kalau cium ikan nie boleh tukar jadi putera raja tak???

Haaaa..... biasa larrrr excited gilessss...... Ni larrr survei team member :D

Sexy n simple... Aku kah??? MueHeHe

[Dengan sesungguh hati buat teman-teman yang mengunjung ke KaKi JaLaN dan belum pernah jenguk entri Royal Belum sebelum ni, jenguk-jenguk entri Januari dan Febuari... Banyak gambar sebab tempat tu cantik dan banyak aktiviti]

Tuesday, December 1, 2009

ReSToRaN NeLaYaN TeRaPUNG UJuNG BaTU, BuTTERwORTH

Jalan-jalan cari makan kita singgah ke Bagan Dalam, Butterworth. Sibuk diorang nak pi makan bawal goreng... Ishkkkk apa speselnya kalau setakat nak makan bawal goreng? Mai habaq kat chek sket!!! Tak dak yang laen ka???

"Meh larr KJ. KJ pi mesti KJ suka larr"
"Ermmm... Ya ka? Kompom?"
"Kompom! Hehehehe"

Restoran Nelayan Terapung Ujong Batu terletak di Bagan Dalam, Butterworth... Camne nak cari kedai ni, chek pun tak tau nak ceghita camna... Hehehe... kalau sesat cuba tanya orang tak pun tepon la kedai nih.... (ya ampun, memang tak tau nak bagitau camne!)

Kedai ni buka untuk makan tengah hari dari jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang dan untuk makan malam (seafood dan ikan bakar), korang datang ler malam (lepas Maghrib lar agaknya mula). Hari Sabtu dan Ahad, tutup.

Yang spesel kat sini memang best makan ikan bawal goreng panas larrr.... Ambil turn untuk amek ikan goreng selepas orang yang menggoreng ikan bawal tu angkat dari kuali. Uiii bezanya ikan bawal ni, ada rasa ranggup yang best. Ishkkk laen larr kalau goreng kat rumah, nikmat! Hehehehe. Yang lain-lain kat sini, lauk-lauk kampung untuk makan tengah hari. Makan malam Chek tak teraiii lagi kat sini, jadi Chek pun tak tau. Tu korang test sendiri larrr... Huuuu...

Oraittt.... dikongsikan gambar-gambar yang sempat dibidik....
Ini papan tanda kat simpang untuk ke restoran

Sebenarnya nak amek alamat.. No tepon restoran ni 04-331 7484. Harga biasa-biasa je, ni untuk empat orang makan :)

Di suatu sudut...

Di satu sudut lain pulak... Ramai orang nih dah pukul 2 dah nih!! Aishhh tak masuk opis ke diorang nih? Ahaksss

Owhhhh ini lauk chek, ikan bawal goreng panas dan ulam 'kambing' favourite
Ha cepat amek, kang kena tunggu lakss

Okesss, dah kenyang... Hehehe

[nak makan apa tengah hari nie??? Ermmm]