FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label IsLaND. Show all posts
Showing posts with label IsLaND. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

PaKaT Mai SiNi : STaR CRuiSes (STaR LiBRa)

Taraaaa..... Jom kita naik CRUISE!!!!! Mana eh datang rancangan sambut tahun baru atas kapal besar!!!!!!  Atas cruise tu!!!!  Ada yang kata kapal to nowhere, dan bak kata makcik2 (seriously betul!) yang duduk sebelah cabin aku dan kak Coco kapal menang judi! Hahaha suka hati je kan?! Muahahaha....  Katanya ada kasino kat atas ni, tapi tak jumpa lar pulak kat mana memandangkan bukan ada niat nak mencari pun! Ekekeke.....

Untuk naik cruise ni, masa check-in bermula dari jam 5.30 petang.  Wahhh bukan main panjang nak kena beratur!  Mula-mula kena ambil kad, lepas tu beratur nak masuk ke dalam gate pula.  Bila dah lepas gate, beratur lagi nak masuk kapal!!  Dah masuk kapal, beratur pula lagi sekali sebab dia akan check kad kapal dan simpan kad pengenalan!!! Fuhhhhh 4 kali check dan beratur nak naik kapal nih!

Datin RaFeaH dah bertukar!!!!!!!  Tak kenal dah beg trolli!!!! Hahahaha.....  Katanya nak  ambil feel, camno kalau berjalan dengan beg kena angkat-angkat nih...... ;p

Cruise Libra yang kami naiki ni ada 10 tingkat (deck)....  Kita akan masuk melalui tingkat 5..  Agak-agak  nak tahu, ce kira lubang-lubang tingkap tu.  Tempat kami kat tingkat 3 :)

Taraaaaaa (lagik!).....  Kabinnya comel sangat!  Ada dua katil kurus, ada tempat sangkut baju, telefon, dan bilik air. 

Seaview kekdahnya!!!  Ini pemandangan sebelum kapal bergerak.

Meronda atas kapal.....  Agak-agak kalau titanic, sini larrr agaknya lokasi  yang  harus dituju.... Huuuu Namaoooo

Lepas tu meronda di dek 9, kawasan terbuka untuk bersantai-santai.  Kat sini ada banyak kerusi malas untuk yang nak berbaring-baring, bertidur-tiduran kat luar, ada bar, gim dan juga mtv untuk karaoke....  Teringin tak??? 

Kat sini ada juga swimming pool dan jakuzi (wow! wow!  teringin nak baywatch! erk?! hihi).  Spa nak berurut dan kilat kuku pun ada juga kalau nak merias-rias..

Naaaaaaaaa...... dah chop kerusi kerssss ;p

Dah dekat pukul 7, kapalnya belum juga berlayar......  Last check in pukul 8.30 malam, hurmmmmmm....  Harus gerak jam 9 malam larrr tu, kan?!!!!  Mari layan senja dari atas kapal.

Takde keroje.... ehehehe..... saje sambil-sambil makan makanan sedap-sedap atas kapal......  *mood bagi warning siap-siap!!!! Skrol dengan tenang ok!

Chef-chef sibuk membakar.  Hidangan makan malam disajikan secara buffet  bermula pada jam 6.00 petang.  Jadi bila naik  kapal tu, simpan barang terus larrr pi makan!!!!

Taraaaaaaaa........  Sebahagian dari hidangan makan malam.  Sebenarnya ada  pelbagai hidangan dan variasi dihidangkan.  Ada nasi goreng, pasta, bar-b-q, salad, desert yang tak terkira jenisnya, roti yang berbagai jenis, pilih larrr ikut hati.  Erkpppp alhamdulillah....  
Sebab kami dah makan petang kat Padang Kota, jadi kuranglah ruang nak makan dengan banyak.  Arghhhh rugi! Rugi! *geleng-geleng kepala.  Masa makan ni, ada pula satu masalah besar!!!!  Tak jumpa kaunter air!!!! Tahu-tahu ada je pelayan yang datang tanya nak order air apa....  Korek-korek beg, alahai tertinggal pula air mineral dalam kabin!  Pilihan air sama ada air buah yang kalau tak salah harganya RM12 atau sejag air teh air limau RM28++.  Dah tentu kami pilih air teh limau, pastu minum bercatu! Wakakaka sadis! Nasib baik ada hidangan tembikai yang gebu-gebu dan banyak air, jadi bila agak-agak kering tekak makan tembikai kekdahnya.

Menjelang jam 7.30, ada pula persembahan live band.....  Katanya dari Filipina......  Layan.......

Sambil-sambil makan, boleh berhenti kejap tinggalkan makanan  naik ke dek paling atas an tengok matahari terbenam.    Senja itu, betul kami dapat menikmati 'golden moment'.

Antara pengisian yang ada di atas kapal, malam tu ada persembahan dari penari-penari dari errrr (t hapdet! hahaha), penari ballet professional dan penyanyi dari errrr (t hapdet jugak!).  Persembahan yang terakhir, kami tak dapat nak tengok sebab semua orang dijemput untuk naik ke dek atas pada jam 11.30 malam untuk sambutan tahun baru.  Nak keluar dari lounge, masing-masing dapat door gift (ie party pack!).

Sambutan tahun baru atas kapal....  Sementara menunggu jam 12.00 tengah malam, ber'parade' keliling kolam lagi.  Kami kejap je kat aras tu sebab ramai yang berpontensi sangat BESO untuk mabuk memandangkan setiap meja tu, semua pesan air tu dalam bekas besar!!! 
Oopsss iklan!!!! Berposing setelah meronda  keliling kapal.  Hajat hati nak masuk tempat karaoke, tapi tak kesampaian.  Mtv karaoke tu tempatnya macam dalam restoran kecil dan nyanyi kat kawasan dalam restoran.....  Ada pulak semeja orang yang sambung minum kat dalam tu....... No! No! No! Bak kata Abang Leman....  Last sekali, terpaksa nyanyi lagu fofular Abang Leman "Mailah siniiiiiiii..... Lalalalalalaala....."  <-menchik taw!

Sejuk-sejuk kat luar, kami kembali ke Stardust Lounge....  Kali ni tak ada artis yang buat persembahan ,  deme pasang wayang cerita Super8 pulak...  cerita 13PL ok! hahahaha....  Masa nak keluar dari lounge tu, maka kelihatanlah orang-orang yang ambil standing pax, me'landing'kan diri dengan baiknya di atas kerusi yang best.  Mana rupanya, tunggu.....  *kacau betul ada budak tiga orang duduk betul-betul kat depan skrin, macam lah tak ada orang lain yang nak tengok cerita tu.

Sarapan pagi di kapal ni adalah termasuk pakej.  Pun banyak juga pilihan!  Akhirnya dapat juga aku minum air panas!  Lega rasa tekak.  Antara hidangan yang ada kat sini termasuklah nasi goreng, sosej, roti jala, pau, bubur nasi, bijiran, kuih-muih, buah-buahan, set vegetarian dan oooiiii panjang nih kalau nak list!  *peace~  Waktu  sarapan 6.00 pagi sehingga 9.30 pagi.  *Pukul 10.00 pagi dah boleh turun kapal dah yer!

"Caner  ni, kita nak tinggalkan Abang Leman tak?"  "Hahaha, boleh ke??? Kang dia panggil lagi ~Mai larr sini!! Hihihihi"

Dah habis jenjalan atas cruise (apa sedap panggil kapal! hahahaha), dah makan puas-puas, dah snapping berabis,  beli  souviner kat dek 4, maka marilah kita melarikan diri dari Abang Leman.  Eh, kantoi lakssssss......  Dah siap tunggu rupanya!!!  Bagi kami pulak jadi retis ye!

Sebelum keluar, jangan lupa ambil balik kad pengenalan dalam Stardust Lounge.....  Wahhh merasa naik atas stage dan berangan buat show.

Dah pulak siapa nih?????  Sibuk pulak nak interprem!  Nak kuar anak kapal akan verify kad, kot-kot ada hutang! Hahahahaha!!!!  Memang tak boleh lari ke mana larrr...

Dan akhirnya berakhirlah percutian sambutan tahun baru ala-ala  anak jutawan di atas Cruise to Nowhere......  Lepas ni  enchek Harun, Abang Leman, cik Aloyah dan Datin RaFe'ah dah nak balik.  Kita jenjalan dengan orang lain pulak yer! :D

Harga tiket standing pax - RM142 per pax
Harga tiket cabin - RM402 per pax


**  Untuk mendapatkan info aktiviti dan kemudahan yang ada kat cruise, maklumat boleh diperolehi melalui kaunter reception.  Kaunter tersebut ada berdekatan dengan pintu masuk cruise.

Citer versi enchek Harun, leh klik kat sini. Oopsss sini  yerr! Hahaa... 
Versi Datin Rafe'ah, klik sini.
Versi Abang Leman, errrrrrr..... Siaran tengah terganggu~ tettttttttttt

Thursday, January 5, 2012

PaKaT Mai SiNi ~ WaY To PeNaNG

"PaKaT Mai SiNi ~Lalaalalaalla....
PuLaU PiNaNG saTu DeSTiNaSi ~ LaLalalalaala "

Harun :  Ko nyanyi lagu apa nih Leman?
Aloyah : Ha'ah.  Aku tak pernah dengar pun?!
Pe'ah : Datin pun tak pernah dengar!
Leman : Eh, korang tak pernah dengar ke lagu nih???  Top larr lagu nih!!!!  Dalam sepuluh tahun dulu kot?!

Aloyah : Sepuluh tahun dulu????? Abg Leman, kami semua tak lahir lagi larrr masa tu!!!!

Leman :  Pakat mai c-nieyyyyyy...... [dengan lenggang lenggok], Pulau Pinang satu destinasi lalalalaalala.....  Kemon everybody! Lets sing together!!!!!

Oiiii mak oiiiii penat larrrr wehhhhhhh......  Abang Leman Vogeh sorang je yang tahu lagu nih!!!!  Nampak sangat dia lagi tua dari kami-kami nih......

Pagi sehari sebelum menyambut tahun baru yakni pada 31 Disember 2011, saya berada di pekan Kolumpo (ikut ayat pengembara Icam).  Saya telah dijemput oleh enchek Harun dengan alfarisi di awal pagi sebelum bergerak ke Shah Alam untuk menjemput Datin Rape'ah yang gigih bekerja di pejabat. Errr tatau nak kata jemput ke atau paksa Datin ikot!  Sebabnya???? Dalam kereta macam-macam arahan pejabat larr lampiran itu, lampiran ini larrr, fotostat larrr.... i leb u larrrr *oopsssss cakap dengan saper eh sebenarnya??? Hahahahaha.....  Pak Guard kah????  Last sekali, dok ralit mendengar Datin memberi arahan yang pelbagai dalam kereta, kami sesat-sesat mencari rumah Abang Leman. Grrrrrrrrr....... "Datin ni, orang dah kata cuti, cuti larrrrrrrr.... Owhhh pelissssssssssss".

Takmao citer larrrr, cam buku teks pulak... Nengok gambar yerrrr.....




Kami singgah bersarapan merangkap makan tengah hari di RnR Tapah sebab abang Leman kata dia suka berhenti makan kat sini sebab kawasannya luas


owhhh no!!!! ada jugak rakan se'spesies' kami!!!!  Datin excited nak berkenalan!!!!!  Maka kami berhenti minum air bekas kaler oren kat Gopeng.....


jaga - tido - jaga, akhirnya sampai dah ke Pulau Pinang! Hoyeah!!!! Seb baik dalam kereta, jadi aksi lompat-lompat tak boleh nak buat


Gigih pusing belakang nak ambil gambar Jambatan Pulau Pinang lagi!  Langit biru hari tu masih lagi bertemankan awan nano-nano-nano.... Haihhh abg Leman tak reti pulak nyanyi lagu nih! Hai Pakat Mai Sini ~ lalalalala. Kemon everybody!


Wow! Itukah? Itukah????? <- ayat Datin


Jam yang sudah ratusan umurnya



Lapo!!!  Kita makan dulu larrrrrrr....  Mee sotong boleh?????  Layannnnnnnn...
 

Suka benor orang-orang gerai nih....


Tu dia mee goreng sotong dari gerai Hameed' Pata' Special Mee.  Kalau tengok memula merah kalernya!!!!


Tapi sedap!!!!!!! Naaaaaaaaa..... tak tipu kan?!!!!!!  Mee goreng tu special sebab ada sambal sotong kering kat atas dia.  Harga RM4 sepinggan.... Erkppppppp Alhamdulillah...


Berdekatan dengan kawasan Padang Kota, ada satu kawasan pelancongan yang top (sebab masuk buku sejarah) iaitu Fort Cornwallis.....  Ini jaman-jaman penjajahan dulu larr nih...  Mungkin Abg Leman boleh cerita sebab dia yang paling ehem dalam trip ini ;p


Susahnya kalau bawak 'retis' pi berjalan.... Belum apa-apa dah posing!


Terpaksa larrr enchek Harun dan Cik Aloyah layan.....  Mana tahu kitorang rupanya kena mamarazi pulak!! Hahahaha


Bagi memuaskan hati semua pihak, maka bio adil kata oghang Perak.  Meh gambo ramai-ramai.  "Ater kome masuk ke dalam Fort tu????"  Jawabnyerr, "Idak!" Hahahaha...  Takat-takat ngintai dari pintu pagar je....  *untuk masuk ke dalam Fort ni dewasa dikenakan bayaran RM 2, kanak-kanak RM1.


Ni larrrr hasilnya kalau setakat tengok dari luar!


Kan dah habaq, kami jenjalan kat Padang Kota... Errrr namanya dah jadi Taman Kota Lama ke???


Silap.. Silap... haaa ni kalau masuk dari depan....  Taman Kota Lama ni memang kat Padang Kota... Di tamankan sebab ada tempat rekreasi macam tempat rollerskate/board (flat) dengan permainan kanak-kanak


Haihhhhhhhh...... Beware ada kawasan kurang graviti kat area-area sini!


Layan tepi laut jap, tengok mana rupa ombak.....  Errrr ngintai apa tek??? <-dah terkeluar bahasa Sarawak laks!! Hahhaha


Uiiii mak aiiiiii......  Mao ributkah?????? 


Jom... Jom.....


Ambil beg kat tempat letak kereta (untuk yang akan ber'ehem', parking kat sini dengan harga RM7.  Wow! Wow!  Di balik jam, pokok bagai ternampak sesuatu di situ.... *Lompat! Lompat!


Dekat dah kot??????? Hahahahaha


Tettttttt..... habis siaran..... Bateri kong!!! Sambung nanti eh?! Hahahahaha


Thursday, June 30, 2011

LaNGKaWi : CaRi MaKAN JoM

Langkawi?? Hurmmmm..... Agak-agak apa makanan yang wajib eh bila pi Langkawi nih???

Mapkanan pertama yang kami jamah (errr macam salah je!) sebenarnya nasi sebab dah lapar sesangat. Sarapan di Kuala Perlis setakat mengalas perut je yang mana alasnya mungkin senipis tisu je kot... tak tahu larr sebab terlalu excited nak ke pulau sampai tak ada selera nak makan atau memang makanannya tidak begitu memberangsangkan. Selepas sahaja check in di motel, kami terus keluar dan tempat utama haruslah kedai makan.

Makan 1 : (lupa laks namanya, tapi betui-betui seberang Akuarium)
Cheq suka makan kat sini... Selera tukang masak dengan tekak cheq memang sama! Dek sebab lapo, lupa pula nak ambil gambar!

Makan 2 : Gerai makan dekat Dataran Lang
Yeayyyyy dapat makan laksa utara yang SEDAP!! Nyaman nyerr rasa sebab yum yum memang sedap.... Nak lagi!!!


Makan 3 : Kembali ke Dataran Lang
Gara-gara terlewat keluar sebab tak sedar diri bergambar sakan bagai di Pantai Chenang dan mahu checked-in di Dataran Lang, kami keluar makan malam ke pekan Kuah. Gerai pilihan hanya selang beberapa pintu dari gerai petang tadi. Malam ni makan satay, huaaa ni siapa punya kegilaan makan satay 2 hari berturut-turut ni?? (kat Ipoh pun dah makan satay). Makanan utama cheq Nasi Goreng Ketam Istimewa, huuuuuuuu..... Jemput. Jemput. Jemput makan :)





Makan 4 : Makan tengah hari di gerai depan Akuarium (lagi sekali!)
HAhaha.... dah memang cheq suka makan kat sini.


Makan 5 : Laksa Power (tepi lapangan terbang)
Suatu ketika dahulu, masa cheq datang Langkawi, cheq rasa cheq makan kat kedai ni. Makan laksa dengan cendol, tapi..... tak tau larr ni kedai yang sama atau bukan... Nama laksa power, haduiiiiii.... rasanya inilah antara laksa yang paling hampeh yang pernah cheq makan... Hangit! Tanya pasal cendol, jawabnya ada tapi yang warna hijau dalam cendol tu tak ada! Huhhhhh tu bukan cendol tau! Mee rojak, antara yang paling hampeh jugak! Hurmmmm.... tolong larr meniaga betul-betul tuan... Ni belum buka cerita lain lagi nih.... Hurmmmmm (lagi sekali).




Makan 6 : LasT DiNNeR MaKaN SeDaP... KeDai iKaN BaKaR seBeLaH AmZaR MoTeL
Kedai ini sebenarnya terletak betul-betul sebelah motel yang chek duduk. Tengok sombong tak kami, simpan pi kedai makan yang dekat masa hari last?? Hahaha... Kedai ni memang ramai orang, kalau lapar sangat order lar yang simple-simple dulu... Tempat makan selesa dan harga makan pun ok!
Malam ini, satay untuk hari ketiga berturut-turut... Tak tahulah siapa yang mengidam nih!??






Makan 7 : Aii bukan sepatutnya makan kat tanah besar ke???
Gara-gara bot pukul 10 sudah habis (kami sampai jeti jam 9 pagi), terpaksalah kami menaiki feri jam 11.30 pagi. Hai lama juga nak menunggu tu (tapi best gak sebab sempat lar nak mengintai parfume! hihihi).
Menu sarapan pagi, masing-masing memesan mee goreng mamak dan teh tarik dan tambahan godaan yang tak tahan sekeping roti canai yang dikongsi tiga (kes takmo kenyang sangat! ntah hape-hape kan?!)


DaH LaR JoM BaLik!!
Trip Langkawi ni memang best.... Terimbau kenangan Pangkor dulu... Susah senang bersama. Ada campur, ada tolak, bincang-bincang yang penting hepi dan enjoy. Kepala kena sama baru happening!!!! Terima kasih Janggel, terima kasih Dhamin buat kesekian kali nya.... Jerejak pula ya lepas nih??? Hahahaha adoiiiiiii.....

Menunggu feri di terminal, mood gambar tetap tak habis!

Hoyeahhh, syukur dah selamat kembali.. Owhh Langkawi, gudbye...

Banyak makan, banyak jalan, ni larrr jadi nyerr..

Sebelum entri Langkawi ditutup, dikongsikan sedikit info.
Tempat tinggal : Amzar Motel (bilik yang dipilih aircorn untuk double RM45/malam * 2 bili * 2 malam
Kereta sewa : Kalau anda bernasib baik, harga kereta sewa yang terendah ialah RM50/- harga biasa RM70++ (Kalau di jeti Kuala Perlis ada yang offer RM50 tu kira ok dah tu)
Pakej island hoping - RM35 (harga yang paling tinggi). Should check kat chalet/ motel atau stall-stall sebab boleh dapat RM25 tanpa perlu tawar-tawar pun!
Kilim Geoforest - baik pergi ramai-ramai kalau mahu terus ke sana. Jika tidak, baik guna agen sama ada di motel atau mana-mana agen.

Jumlah perbelanjaan kami dari Kuala Lumpur ke Langkawi dengan menaiki kereta ialah RM210/seorang untuk 3 hari 3 malam (termasuk makan, minyak, tol, tambang feri, pakej, kereta sewa dan sebagainya - semua aktiviti kira sekali), tidak termasuk borongan coklat sebab tu ikut suka masing-masing :) Yeahhhhh...... Jom cuti-cuti lagi!!!!