FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, July 1, 2011

ResToRaN BaWaL, SuNGai PeTaNi

LAPAR!!! Ada tempat makan spesel tak???

"Z, cheq la ni ada kat Aloq Staq menghala ke selatan, ada tempat makan spesel tak kat tempat hang?" (Z, sahabat cheq yang berada di Sungai Petani).
"Spesel? Hang nak makan apa?"
"Nasik lar yang oiiii... Lapaq nasik nih!"
"Hahahaha.... Ok. Ok.... Hang pi Restoran Bawal larrr"
"Senang tak nak cari?"
"Ishkkk M, senang ja. Hang keluaq tol Sungai Petani Selatan, kat trafik light simpang tiga tu, hang pi teruih sampai simpang empat yang ada Giant. Kat trafik light tu, hang belok kiri.. Dalam 2-3 km, hang sampailar. Restoran dia belah kiri. Landmark kat situ tempat jual kete-kete second hand".
"Woooo wokeh.... Terima kasih! Sesat kalu, cheq telefon lagi ya!"

Sebenarnya memang senang pun nak cari Restoran Bawal nih, jangan panik kat kawasan tu, jalan ja teruih Pasti jumpa!

Apa yang spesel kat restoran nih??? Dah tentu bawal lar kot! Hahaha... Sebenarnya bawal goreng panas je tapi simple is better, betul tak? Tengah hari tu, kami memilih set ikan bawal yang mana di dalam set tersebut ada nasi putih, bawal goreng, ulam, sambal belacan dan kuah kari. Harga set ialah RM5.50. Sebagai tambahan, kami order kerabu mangga (owh sedap!) two thumbs up!). Masa menunggu-nunggu order, baru perasan rupanya kat kedai ni ada sambal kuinin my favourite tu.... Ermmmm.... tak apa larr tak ada rezeki nampaknya! Order macam-macam dah macam tamak pula! Hahaha.

Selain set bawal, restoran ini turut menyediakan set-set lain ialitu set ayam goreng kampung, set ikan temenung dan set puyuh. Harga dalam lingkungan RM4.50 - RM5.50 mengikut set. Lain-lain yang cheq ingat ada juga sambal petai, pekasam, claypot kari ikan dan banyak lagi menu untuk dicuba. Lain kali boleh singgah lagi :D

Jom 'teraiii'

set makan tengah hari cheq

ikan bawal goreng dan kuah kari

kerabu mangga

ulam dan sambal belacan

cendol special yang sangat best!

huwaaaa baru perasan ada sambal kuinin!!!

Yes marvellous!! Hehehe.. :)

Cheq - saya
Hang - awak
Lapaq nasik - lapar nasi
Keluaq - keluar
Teruih - terus
Teraiii - cuba / try

Post a Comment