Pertama kali aku dengar mengenai renangan Kapas-Marang ini pada tiga tahun yang lalu. Pada masa itulah aku baru diperkenalkan kepada Bukh. Aku mendengar cerita dengan diam tetapi penuh rasa kekaguman. Untuk apa mereka melakukan itu?
Kapas-Marang International Swimathon kini telah masuk musim yang kelima. Kekaguman aku telah menjadi satu keterujaan. Aku menyertai mereka tetapi bukan berenang bersama. Cukup untuk menjadi support crew buat permulaan (wah, apakah maksudnya itu?!).
Renangan dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang adalah dianggarkan sejauh 6.5km. Namun atas faktor arus, jumlah renangan yang perlu dilakukan sebenarnya adalah lebih jauh. Tahun 2009, tahun yang paling mencabar kerana keadaan arus yang kuat menyebabkan para perenang 'hanyut' dari arah yang disasarkan. Aduh, kasihan mereka kerana ada yang seperti tidak bergerak dan ada yang melihat pantai semakin jauh walaupun pada mulanya sudah begitu hampir ke pantai. Ada teman yang berjaya dalam renangan tetapi tersasar dan terpaksa berjalan kaki hampir sejauh 3 km untuk sampai ke gerbang penamat. Belum lagi dikira, kayak yang mengiringi juga seakan tidak bergerak. Erm.....
KJ : Ha’ah Anak. Eh?
M : Adik?
KJ : Eh! Ha’ah.. Eh, Anak. Anak Ombak….Ada. Diorang kat khemah kat tepi tu.
Menarik pada pertandingan kali ini, kerana Anak-Anak Ombak seramai lapan orang telah menarik perhatian umum. Paling menarik kerana Mohd. Ariff Ahmad Murad, 8, dan kakaknya, Aliya Maisara, 10 tahun merupakan peserta paling muda pernah menyertai acara ini. Aku juga kagum dengan keyakinan mereka dan juga keyakinan kepada Anak-Anak Ombak yang lain. Sebenarnya banyak cerita kelakar yang aku dengar dari perenang-perenang Ombak yang mengiringi mereka. Pelbagai kata semangat yang terpaksa diluahkan bagi menguatkan semangat anak-anak ini. Tahniah buat semua... Believe me, gerbang penamat itu bukan pengukur kerana semangat, keberanian dan keyakinan adalah kejayaan anda. Melintasi gerbang penamat itu suatu bonus kepada semua yang telah sedia berjaya. Cayalah u all :)
Catatan Tambahan
- Kaki Jalan dah macam wakil media di acara ini
- Kaki Jalan dan anak?
KJ : Ha’ah Anak. Eh?
M : Adik?
KJ : Eh! Ha’ah.. Eh, Anak. Anak Ombak….
- Kaki Jalan lady in Pink?? Muahahaha..... tak sengajalah!!!