FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, April 19, 2009

MeNCiPTa JaYA Di KaPaS-MaRaNG iNTeRNaTioNaL SwiMaThoN 2009

Pertama kali aku dengar mengenai renangan Kapas-Marang ini pada tiga tahun yang lalu. Pada masa itulah aku baru diperkenalkan kepada Bukh. Aku mendengar cerita dengan diam tetapi penuh rasa kekaguman. Untuk apa mereka melakukan itu?
Kapas-Marang International Swimathon kini telah masuk musim yang kelima. Kekaguman aku telah menjadi satu keterujaan. Aku menyertai mereka tetapi bukan berenang bersama. Cukup untuk menjadi support crew buat permulaan (wah, apakah maksudnya itu?!).
Renangan dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang adalah dianggarkan sejauh 6.5km. Namun atas faktor arus, jumlah renangan yang perlu dilakukan sebenarnya adalah lebih jauh. Tahun 2009, tahun yang paling mencabar kerana keadaan arus yang kuat menyebabkan para perenang 'hanyut' dari arah yang disasarkan. Aduh, kasihan mereka kerana ada yang seperti tidak bergerak dan ada yang melihat pantai semakin jauh walaupun pada mulanya sudah begitu hampir ke pantai. Ada teman yang berjaya dalam renangan tetapi tersasar dan terpaksa berjalan kaki hampir sejauh 3 km untuk sampai ke gerbang penamat. Belum lagi dikira, kayak yang mengiringi juga seakan tidak bergerak. Erm.....
Menarik pada pertandingan kali ini, kerana Anak-Anak Ombak seramai lapan orang telah menarik perhatian umum. Paling menarik kerana Mohd. Ariff Ahmad Murad, 8, dan kakaknya, Aliya Maisara, 10 tahun merupakan peserta paling muda pernah menyertai acara ini. Aku juga kagum dengan keyakinan mereka dan juga keyakinan kepada Anak-Anak Ombak yang lain. Sebenarnya banyak cerita kelakar yang aku dengar dari perenang-perenang Ombak yang mengiringi mereka. Pelbagai kata semangat yang terpaksa diluahkan bagi menguatkan semangat anak-anak ini. Tahniah buat semua... Believe me, gerbang penamat itu bukan pengukur kerana semangat, keberanian dan keyakinan adalah kejayaan anda. Melintasi gerbang penamat itu suatu bonus kepada semua yang telah sedia berjaya. Cayalah u all :)

Catatan Tambahan
  • Kaki Jalan dah macam wakil media di acara ini
  • Kaki Jalan dan anak?
M : Anak Kakak?
KJ : Ha’ah Anak. Eh?
M : Adik?
KJ : Eh! Ha’ah.. Eh, Anak. Anak Ombak…. Ada. Diorang kat khemah kat tepi tu.

  • Kaki Jalan lady in Pink?? Muahahaha..... tak sengajalah!!!


Hoyeeeeeee.... WeLcoMe... WeLcoMe..

Awal pagi selepas tag nombor.. Part of Ombak famili.
Den pun nak swim jugak!!!!
Anak-Anak Ombak n part of their coachs (Zul,Zack n Bukh)
... At the starting point @ 7.30 am ...
Rescuer team includes Maritim Malaysia

Wahhhh berlari nak swim kat baris depan erk!!!
Ombak team rilekssss... Among last team yang turun... Anak-Anak jalan dulu...
Peserta dari ?? (German, Australia, Jepun, Singapura, ..... )
Here come Raqib!! Amboi siap buat show sebelum masuk gerbang seh!!

Den aaaa ngan 'Anak-Anak' Den!!!! Hihihi

@>~ ~ TaHNiaH BuaT SeMUa ~ ~<@

9 comments:

lifesaver said...

Thank you so much mas...muah..muah..muah!!! Thanks for being a great supporter & a member of ombak family. Indeed all of us have great experience & sweet memory during the kapas marang swimathon race & perhentian trip throughout the holidays.

Ren said...

wah wah wah sakan ko yer cek Mas!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

hye Lifesaver....

[alamak kena kiss angin!! Har har har]

i really enjoyed to be part of the family.... Happy trip for everybody right!!!! :D *wiNK*

* Abang Long, u r good organizer too

masMZ KaKiJaLaN said...

salam Janggel,

hehe... sesekali lepas geram... terapi jiwa tu... ekeke...

Den tunggu citer ekau Jang di Korea... Doa ku untuk misi mu... Wish u best of luck!!!

Jaja Shah said...

opocot omak aih!

hahaha thx sudi menjengah, btw dah dapat candat sotong kan? so next year kapas marang tau

masMZ KaKiJaLaN said...

Dancing Ciken,

ehhhhh..... ader tercakap camtu erk?!!!! ekekeke....... owhhhhh tidakkkkkkk...... sapo nak tolong Den nih haaaaa.....n TuLuN! TuLuN!

coconutgrinder said...

salamx..waa tringat balik time dok swimming masa swimathon aritu...tak gerak gerak... 4 jam hanyut..hehehee..tahun depan repeat balik.

masMZ KaKiJaLaN said...
This comment has been removed by the author.
masMZ KaKiJaLaN said...

Salam coconutgrinder,

Terima kasih menjenguk ke sini :)
All the best for you.

Ermmm... hanyut... ini yang wat Den nervous, ekekeke...
Berani ker tak nak wat ni erk??