FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, April 29, 2009

KuTeMUKaN SeMuA CiNTaKu Di SiNi [PaRT 2]

KuCiNG


Percaya atau tidak, sampai-sampai di Perhentian, di sambut dengan ’kawat’/ per’barisan’ kucing. Kucing-kucingnya, entahlah... Seronok tengok. Bersih dan bila ambil, amboii manja! Depan pintu chalet pula, ada seekor kucing hitam tengah layan jiwa. Hehe.

Tak pernah aku main kucing lama-lama macam kat sini. Peristiwa tak boleh lupa, cerita aku, Mahmud dan kucing. Itu memang antara cerita yang paling lawak kat sini dan berderai-derai ketawa semua orang termasuklah orang-orang di Fauna. Mahmud boleh mengucap panjang dan lari keliling meja lepas dapat peluang lari. Sementara tu, cakap apa saja dengan dia, pastinya akan diiyakan! Hihi....

[Kenapa aku gila main ngan kucing-kucing kat sini? Ermmm]
[Kucing pun macam tahu senyum masa ambil gambar sama-sama. Aku senyum]

MoNYeT BeRNaMa ORiX


Orix, monyet yang dipelihara. Mula-mula kenal tu garang betul! Menggigit dia! Aduh! Rupa-rupa lapar! Hehehe... Tengok Orix dengan Bukh, macam errmmmmmm.... kiranya cam Bukh tu bapak angkat Orix larrr.... Manja dia dengan Bukh! (ke sebab Orix bersalah sebab mula-mula kenal dengan Bukh, Orix pi kencing kat tangan Bukh dan kena lagi kat kaki dia. Hahaha). Bukh ni memang berciri-cirikan kebapaan larrr. Ye larr Bukh, tak lama lagi dah – counting months jer! Owhhh seronoknya!

Ann dan Orix, ala sedih yer Ann nak pisah dengan Orix. Janganlah sedih. Ann menangis nak pisah dengan Orix setelah beberapa hari main dengan Orix. Ann, kalau janji tu kena tunaikan tau! Nak jumpa Orix lagi kan?!!!

[Di Perhentian, semuanya hidup]
[Aku suka dan aku senyum]

MeNGaMBiL GaMBaR daN DiaMBiL GaMBaR


Iya dua-dua aku suka. Tak puas-puas mengambil gambar dan meminta orang mengambil gambar. Gambar-gambar di sini semuanya hidup. Pemandangan, sekitaran dan orang-orang semuanya.

[Tidak ada apa yang tidak cantik]
[Jatuh cinta dengan fotografi - senyum]

MaKaNaN

Siapa yang tak suka makan? Salah satu nikmat dalam kehidupan! Owhhh ruginya... Kat Fauna, tak pernah sempat rasa lapar. Makanan yang dihidang pula macam masakan di rumah. Aku rasa keikhlasan orang yang memasak. Aku rasa kegembiraan dalam hidangan yang disediakan. Macam mana aku rasa? Entah larr, aku memang merasakan begitu.

He’eh.... boleh mengait jambu kat tepi musollah.


[Perasaan gembira]
[Senyum kepada orang-orang di Fauna. Terima kasih dan senyum lagi]


SuaSaNa KaMPuNG

Bercuti ke balik kampung yer? Tak rasa sangat macam duduk di pusat peranginan. Macam duduk di kampung yang letaknya di tepi pantai. Pantai yang aku duduk kat sini, susah sikit larr buat orang-orang yang bercita-cita untuk mencuci mata kerana yang tersesat tu ada larr sesekali saja.

Di Fauna, tuan empunya chalet keluarga melayu. Ada emak, ada anak dan ada cucu kalau mengikut pemerhatian aku yang kadangkala tak berapa nak tajam ni. Tapi jika tidak pun, mereka semua seperti keluarga. Aku suka dan semuanya mesra.

Petang-petang, hero-hero pulau main bola kat tepi pantai. Makcik-makcik, kakak-kakak dan anak-anak duduk bersantai di pelantar. Meriah dengan kegembiraan mereka.

[Dah lama bercita-cita untuk homestay di kampung tepi pantai di Terengganu. Aku mahu melihat wau, melihat nelayan pulang dari laut, melihat penyu bertelur]
[Teringat rumah impian dekat pantai]
[Teringat kampung. Teringat rumah Opah – arghhh aku akan balik juga minggu ini!]
[Senyum aku dengan pelbagai angan]

SeNYuM DaN KeTaWa


Hanya satu yang aku tahu, hanya satu yang aku rasa. Buat semua yang kutemui di sini, semua tersenyum dan aku tahu tidak ada senyum hipokrit di sini.

Ketawa yang ku dengar, ketawa yang benar-benar gembira. Ketawa-ketawa dari jiwa yang lapang. Ketawa-ketawa yang ikhlas, ketawa-ketawa bergurau. Tidak kedengaran ketawa yang mengejek.

[Sangat-sangat menyenangkan]
[Sangat-sangat mengembirakan]
[Senyum – ya. Senyum itu bisa mengusik hati]
[Aku mahu menulis senyum suatu hari nanti]

AKU DaN PeRHeNTiaN

Aku jatuh cinta berkali-kali.
Aku jatuh cinta pada perkara-perkara yang sedia ku cinta.
Kuhimpunkan semua cintaku di sini.
Aku bukakan cinta dan hatiku di sini.


[ NeXT ENTRY :
PicTuReS oF 'wHaT u CaN FiND iN PeRHeNTiaN' ]


2 comments:

Ren said...

huhu layan jiwang!

masMZ KaKiJaLaN said...

ermmmm.... iyerr Janggel.... jiwang