Hipokrit??? Ermmm... Jenis manusia yang aku menyampah. Dan tahu apa lagi yang aku menyampah??? Tiba-tiba aku rasa diri aku seorang yang hipokrit.
Bukan niat menjadi hipokrit, minta jauhkan dari aku. Masa dan keadaan memesongkan kata kerana menjaga hati (termasuk juga dengan menipu diri sendiri). Ingat lagikah entri Menipu Dengan Bijak?
"Tak kisah", "Tak apa", "Biarlah", "Ermm", antara ungkapan-ungkapan pendek yang kerapkali kujawab kepada seorang teman. Iya tak kisah, tak mengapa bagi aku, biar, semuanya ok jika perkara-perkara yang kujawab itu jarang berlaku dan bersebab. Tetapi jika kerapkali dalih dan alasan yang diberi, sukar untuk difahami walaupun dengan sedaya upaya dicuba erm.... Akhirnya jawapan yang kulafazkan bagi menjawab alasan itu bagai arsenik yang meracun diri dalam diam.
Tak ada kata-kata lagi. Biar senyap. Biar sunyi. Biarpun keadaaan itu sebenarnya membingitkan aku. Biar masa menentukan segala. Aku sudah hampir di persimpangan. Membiar diri pergi lebih jauh, terbang mengikut angin, hanyut mengikut arus atau berpegang menjadi seorang wanita yang lebih sempurna?
Aku sudah sedia menerima apa jua kenyataan. Tidak ada lagi kata tak selari hati. Tidak mampu juga untuk menipu dengan bijak. Aku benci menjadi manusia yang aku benci. Maaf, aku penat.
No comments:
Post a Comment