FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, April 28, 2009

KuTeMUKaN SeMuA CiNTaKu Di SiNi [PaRT 1]

Tak pernah aku rasa gementar tapi dalam masa yang sama hati melonjak-lonjak gembira. Tak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke Perhentian. Lengkap sudah senarai pulau-pulau yang mahu kujejaki dan kuidamkan setelah sekian lama.

Pulau ini banyak ertinya kepada aku. Pulau di mana aku akan berhenti dan mencapai cita-cita. Pulau ini juga pernah kucitakan untuk berkongsi cinta. Mungkin aku akan jatuh cinta di sini. Pulau yang kusimpan kerana aku tahu istimewanya, tempat aku berhenti dan bermula semula untuk mencapai cita-cita yang lebih besar.

Beberapa hari sebelum bertolak ke Terengganu, aku sampai malam di rumah. Dari Manjalara selepas 2 hari aku habiskan masa melawat saudara-mara yang sudah lama tak dijengah. Termakbul hasrat kerana dalam tak sedar enam rumah berjaya dikhatamkan. Tuhan itu Maha Mendengar. Keluar dari kereta, aku melepaskan lega dan mendongak ke langit. Dalam syukur, tak termimpi aku melihat shooting star di sini. Ianya benar walaupun aku rasa macam mimpi. Mata aku tidak berbohong, akal ku juga waras. Senyum dan mengalih pandangan ke kiri setelah beberapa ketika takjub... Ermmm bulan...

Perhentian pulau cantik dan pertama kali buat sekian lamanya aku membawa diri bercuti tanpa membawa sebarang kekusutan hati. Pemergian yang dirahsiakan dari Encik Bos kerana katanya cuti panjang hanya untuk kes tertentu sahaja. ”Bos, anggap sajalah cuti yang Bos cakap tadi benar”.

Aku membuka hati di Perhentian. Tak terasa penat sungguhpun hampir seharian berkejaran di Pulau Kapas dan Marang. Memijak kaki di gigi air Perhentian, Syukur Alhamdulillah. Dimakbulkan hajat buat sekian kalinya.


MaLaMkU


Cantiknya Perhentian. Pantai. Chalet? ”Nak chalet depan ni”. Chalet betul-betul mengadap pantai. Nampak langit, nampak bintang, nampak bulan. Nampak pantai, nampak laut! Cantiknya Subahanallah. Bintangnya bertaburan. Bulan yang hampir penuh bercahaya terang. Tak sanggup nak melepaskan suasana indah malam, akhirnya berangkut dan tidur di tepi pantai. Lewat mata dipejam kerana alangkah rugi jika pemandangan dan kedamaian malam seperti ini ditamatkan dengan segera.

[Senyum dan menutup mata]


SNoRKeLLiNG


Snorkelling memang kesukaanku. Bermain ikan yang pelbagai, melihat penyu yang pemalu, menjejak baby shark, pari dan mengkhayalkan diri dengan karang yang cantik. Semua bagaikan pakej yang sempurna. Namun aku tak pernah puas di dalam air!! Laut dan khazanahnya begitu dekat dengan ku (tinggal lagi keberanian untuk merenangi laut yang belum ku punya).

Ingat lagi melarikan diri dari obor-obor. Aii panik juga sekejap, tak sangka diorang boleh berposing-posing lagi.. Ermmm jeles! Nanti lenkali nak join jugak!

[Hasrat hati yang telah ku kuburkan dahulu, kini meronta-ronta minta ditunaikan. Iya, aku akan teruskan. Pasti!!]
[Pada tangan yang menarik aku ke dasar, aku mahu senyum. Terima kasih dan senyum lagi]


HiKiNG


Hutan dengan aku? Sama seperti cintaku di laut. Lagi kusuarakan untuk berhenti, lagi dekat aku dengannya. Seorang teman mengatakan, ”Mas ni, sukalah dia. Kalau dalam hutan ini lagi laju dia dari kita.” Hehe, ”Oh, yeah” Korang ni tak tahu ke yang sebenarnya Den ni penakut. Tak boleh pijak atau duduk diam satu tempat lama-lama. Lagipun rugi tau tenaga dibazirkan. [Duduk belakang kena follow orang, nanti banyak sangat Den rehat dan bersenang lenang!]...

Reward hiking di Perhentian, dalam perjalanan nampak laut. Bestnya!!! Lagi laju lar jalan. Kalau di gunung, kita sampai puncak tengok pemandangan jauh ke bawah dan sesekali melihat awan, air terjun yang bertingkat-tingkat dan sejuk. Perhentian? Keluar hutan tengok laut. Pantai putih dan laut biru jernih... Fuhhhh... rasa macam nak berlari dan terus terjun laut!!

[Alamak, kenapa tiba-tiba terasa cam romantika de amour? Aduh!]
[Senyum. Senyum. Senyum]


MeNCaNDaT SoToNG


Aku sudah tahu, jiwa aku bukan memegang pancing atau kail. Tapi aku suka duduk di bot sambil mencadat sotong. Aku sukakan malam dan suasananya. Aku juga suka melihat lampu-lampu bot manusia yang mencari rezeki.

Di Perhentian, buat pertama kalinya aku melihat seorang pakcik di atas sampan kecilnya menunaikan solat Maghrib. Ya Allah, seorang hamba yang aku kagum. Mencari rezeki berseorangan pada usianya yang lanjut di tengah lautan, mengadapMu. Tersentuh jiwa, janganlah aku dilalaikan.

[Mud, sorilah tak larat nak dengar ko mengusik. Sorry, kitaorang tak kisah! Layan jer]
[Mencandat dengan perasaan kasih sayang, ingat lagi tak? Tu lar rahsianya :p]
[Teringat janji kepada seorang teman, mahu ke kampungnya dan meneruskan siri edisi masuk kampung (kali ini dengan ikan sangkar di Sungai Pahang). Hampir dua tahun aku tangguhkan, bila aku punya kesempatan?]
[Senyum dan angkat bahu]

4 comments:

Ren said...

Wah wah wah percutian penuh makna...hmmm taksabar..tunggu lagi 4 hari..akan ku jejaki pulau itu wakakakaka...

Ophe said...

mengharap aku dapat menjejak ke sana. Sungguh aku penuh dengan keinginan itu

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel,

Percutian yang sangat-sangat bermakna sungguhpun angan tak terlaksana...

* Semoga bergumbira di sana Janggel :D

masMZ KaKiJaLaN said...

Koishie,

Semoga dipermudahkan cita-cita dan disampaikan impian...

Aku juga mahu ke sana lagi sekiranya dapat merealitikan angan... ermm