Selesai misi di Pulau Kapas dengan jaya, tak sabar-sabar mahu bergerak ke Pulau Perhentian. Pulau idaman. Pulau yang terakhir di dalam senarai untuk dikhatamkan pulau-pulau di seluruh Malaysia sebelum angka 31 menjengah. Aku kira ini macam pencapaian dan hadiah untuk aku sendiri. Untuk penganugerahan tiga paku (***), hahahar…. Well?!!!
Perjalanan dari Pantai Kelulut, Marang ke Kuala Besut mengambil masa dekat 2 jam setengah perjalanan memandangkan cuaca tidak menyebelahi kami. Dua buah kereta dengan 9 orang ahli semua sampai di Besut lebih kurang jam 5.15 petang. Bukhari, Sabree, Wan, Mahmud, Luvis, Jaja, Ann, Khaty dan Den aaaaa.... (Cerita Den ngan suma member akan di’entri’ satu persatu... Coming soon!). Semua bersemangat waja walaupun penat selepas swimathon.
Menaiki bot ke pulau mengambil masa dekat setengah jam (ermmm iye ker? Lebih kurang). Cuaca dah cerah tapi kalau kami lambat sampai tadi, kemungkinan besar tidur kat tanah besar sebab dah tak boleh naik bot. Fuhhh nasib baik sempat!
Menaiki bot ke pulau mengambil masa dekat setengah jam (ermmm iye ker? Lebih kurang). Cuaca dah cerah tapi kalau kami lambat sampai tadi, kemungkinan besar tidur kat tanah besar sebab dah tak boleh naik bot. Fuhhh nasib baik sempat!
Di Pulau Perhentian, kami ambil pakej dengan Fauna Beach Chalet 4 hari 3 malam. Pakej termasuk satu trip (1/2 hari snorkelling di beberapa tempat) dan makan. Untuk sembilan orang, kami ambil 4 chalet. Dua chalet for guys (Luvis, Sab n Mud + Wan n Bukh), dua lagi for ladies (Jaja n Khaty + Den n my Belummate Ann). Letak-letak barang, mandi, lepak tepi pantai dan makan. Lepas tu basuh-basuh baju sket, lepak dan berangkut tidur kat tepi pantai.
Gembira dapat menjejakkan kaki di Perhentian. Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa. Syukurnya hajat dimakbulkan. Disebabkan semua keletihan, arini tak banyak banyak amek gambar...
[End of day 1]
Akhirnya sampai juga!!!!
Mahmud, Bukhari, Jaja, Luvis, Khaty, Wan, Den, Sab n Ann 'Peace'
No comments:
Post a Comment