Taman Alam Kuala Selangor, kawasan tanah lembap yang terletak dengan perjalanan lebih kurang satu jam dari Putrajaya/ Kuala Lumpur memang tempat yang menarik bagi kaki-kaki, tukang-tukang, budak-budak sekolah singgah. KaKi JaLaN juga akan ke sana lagi untuk ber'trekking'.
Taman Alam Kuala Selangor merupakan kawasan yang mempunyai landskap yang unik dan berkeluasan lebih kurang 497 ekar. Kawasan yang dipenuhi dengan kawasan bakau pelbagai spesies. Dianggarkan terdapat 13 spesies bakau dan dipasangkan papan tanda yang ditandakan dengan nama dan sedikit maklumat. Ada juga yang pelik-pelik! Perkara yang kita perlu tahu mengenai bakau, ia sangat penting untuk ekosistem, mengawal hakisan, fish breeding dan wahhhh panjang lagi kalau kita nak tulis (simpan untuk entri lain!).
Untuk ber'trekking' di Taman Alam, laluannya tidaklah sesusah yang dibayangkan. Kalau ber'trekking' dengan selipar juga sudah memadai kerana trailnya elok (melainkan kalau nak lagi mencabar dan turun ke becak!). Ada 4 trail untuk dicuba iaitu:
- Engret Trail (550m) - anggaran masa 30 minit
- Macaque Trail (436m) - anggaran masa 25 minit
- Eagle Trail (988m) - anggaran masa 50 minit
- Langgur Trail (1100m) - anggaran masa 80 minit (very worth it!!!!)
Kat bawah ni, KaKi Jalan kongsi trail yang KaKi JaLaN dan teman-teman lalu.... Banyak monyetnya, tapi bila dah dekat tiba-tiba semua sembunyi kat tepi. Sepanjang laluan, kita boleh nampak macam-macam... Follow me in the next entri :) *wiNK*
3 comments:
Mana lah gambor Mud Skipper yang comei ittew????
tuNNGuuuuuuu....
menunggu-nunggu ni yang buek den tak sabau nih,..... buntu...
Post a Comment