FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, May 4, 2009

BuKiT CeRaKaH, ShaH AlaM [KeNa TiPu DeK MooD!]

Hujung minggu ke Bukit Cerakah yang terletak di Shah Alam… Tujuan untuk hiking yang tidak beriya sangat tapi.... Huwaaaaaa, manalah tahu rupanya cita-cita murni Den untuk setakat nak test darjah stamina yang dah lama tak diuji ini rupanya diuji sungguh dek trek yang dibawa oleh Mood.

Ada sesiapa yang pernah hiking di Bukit Cerakah? Menapak sudah pastinya dari kawasan letak kereta pelawat di luar hingga ke Empangan Sungai Baru kemudian masuk ke dalam hutan sebelum keluar di Empangan Sungai Kuning. Trek biasa tapi laluan dalam hutan banyak pokok-pokok besar yang baru tumbang yang secara tak langsung telah melambatkan perjalanan kerana terdapat keperluan untuk ‘buka jalan baru’. Nak mengagak dahan mana nak pijak, tinggi ke, boleh tak ni, tapi kira oklah, boleh tahan. Cuma, kasihan Abang Long dan Adik Ann yang panik-panik dengan pacat. Lagi kasihan dengan Abang Long kerana kakinya luka dan calar balar kerana tergelincir semasa turun.

Yang kena tipunya apa? “Okey, lepas nie dah tak jauh dah. Kita semua nanti rehat dekat menara. Kat situ nanti kita lihat pemandangan seluruh Shah Alam”. Ini kejadian selepas keluar di Empangan Air Kuning. Ingatkan dalam perjalanan balik singgah di menara yang kononnya terletak dalam perjalanan (kena tipu sebab dah kata on da way balik!) Ermm..... Takdo larr Den heran sangat sebenaunya nak panjat menara dan nengok bandar Shah Alam. Den diam, ikut je.. Kena tinggal sorang naye. Sapo nak jawab?

Untuk ke menara pandang sebenarnya perlu mendaki Bukit Sapu Tangan dengan jarak 1.8km (berbukit dengan pelbagai darjah kecerunan sungguhpun jalan bertar). Ingatkan dekat jer nak ke menara ni, alamak mana tahu rupanya dah lar perjalanan mencabar (sebab dah lapar dan penat), lepas tu kena patah balik di jalan yang sama! Hampeh betul Abang Ngah aku nih! Boleh pulak gelak-gelakkan dan ”Eh, sikit lagi jer. Sikit lagi jer!” Aiiii mak aiii hidup-hidup kena tipu dengan Mood a.k.a Abang Long. Ini bukan on the way balik! Penat aku dan adik Ann buat helah untuk berhenti rehat mahupun berhenti dan menunggu mereka patah balik, sikit pun tak kasik (Mana boleh monyet kidnap kami!!! Tak logik langsung!). Ini trek tambahan 3.6km!!! Aduyaiiiii mental tak ready tu pasal larrr... Hampeh tui!!

Apapun pemandangan dari atas menara memang boleh nampak keseluruhan bandaraya Shah Alam dan di satu bahagian lagi boleh nampak empangan?/tasik dan kawasan kerja tanah yang Den tak dapat nak pastikan sebab lokasi tu di luar kawasan Bukit Cerakah.

Pagi tu terlepas langsung makan pagi (kononnya lepas hiking – dah set dalam kepala paling-paling lambat pun jam sebelas). Jadi, makan time terus carbo-loading yang loading tak ingat! Semua pekena nasik beriani gum power... Ermmm... BuRNiNG n LoaDiNG!!!

Info perjalanan:
It’s a good walk.
Keseluruhan masa yang diambil dari jam 8 pagi sehingga 1.30 tengah hari (termasuk setengah jam di atas menara)
* Continous walk – berhenti di kawasan pokok tumbang (amek gambar), tepi empangan (periksa pacat) dan menara sahaja.
Lokasi tepi 'sawah'

Lokasi tepi bukit Taman Rempah Ratus

Sarang labah-labah atas rumput

Ni sarang yang di'zoom'kan

Ni larrr penghuni sarang!

Empangan Air Kuning

Dari atas menara pandang! Owhh tingginya!

Carbo-loading: beriani... Tapi Den tak dapek nak abeskan nasi sebab dah tenguk 3 gelas air!!! Nyamannya dapat air ais!!

No comments: