FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, May 25, 2009

CeNDoL KLaNG

KaKi JaLaN jalan-jalan cari makan. Terima kasih pada Abang Ngah yang beriya-iya nak mempromosikan makanan-makanan Klang dia. Memang tak habis-habis, kalau manusia boleh makan setiap saat, setiap minit, setiap jam..... hai alamat satu hari suntuk yang akan mengambil masa berhari-hari juga agaknya Den kena makan.

Ok, info pasal cendol Klang ni kedainya terletak di 78, Jalan Nenas, Klang (berdekatan dengan Pasar Jawa. Jangan tanya detail sebab Den memang tak berapa nak tahu jalan-jalan di Klang nie.. Hee... Goggle larr). Kedai satu lot yang sangat simple. Menu cuma cendol dan rojak mamak. Pelanggan memang tak pernah putus.... Fuh!

Menu tambahan iaitu Samosa Klang diimport dari kawasan berdekatan (beriya Abang Ngah pergi membeli supaya kami semua merasa. Nie memang tuan rumah yang baik hati... err suka larr tu Abang Ngah kena puji).

Berbalik kepada cerita cendol, yup Den memang suka. Cukup lemak (santan), cukup manis (gula merah) dan cukup meriah. Kat bawah nie, Den sertakan rupa cendol yang Den makan - cendol campur. Yang lain cendol biasa, cendol pulut .... (kenapa larr Den tak amek gambar menunya?? Ermmm...).

Kepada yang suka mencuba dan singgah ke bandar Klang, jangan lupa try test rasa Cendol Klang.


[Terima kasih banyak to OKK Mud... Lepas nie apa pulak erk?!!!]
Post a Comment